STOR selesaikan masalah penyimpanan  

kitchen utility

STOR selesaikan masalah penyimpanan

 

“NAMPAK macam tak penting, tapi kalau tak ada ruan khusus sebagai stor akan timbuk banyak masalah nanti,” beritahu Roslan kepada isterinya, Eda apabila saya meminta mereka mengesahkan ruang yang diperlukan di dalam rumah baru mereka. Eda cuba mempertahankan alasanya mahu ruang dapur yang luas, lengkap dengan ruang dapur kering dan basah, selain ruang serba guna.

 

“Biasalah, orang perempuan anggap kawasan dapur adalah ‘wilayah’ mereka dan kita kena banyak berkompromi,” celah saya.

 

“Memang pun ruang dapur wilayah kita sebab kita yang lebih banyak habiskan masa di situ. Orang lelaki jarang masuk, kecuali masa makan. Itu pun kalau makan di rumah…” balas Eda sambil menjeling pada Roslan.

 

“Awak juga yang selalu ajak makan di luar sebab malas nak masak..” usik Roslan. Seolah-olah tidak mendengar usikan suaminya, Eda terus membelek lakaran yang saya sediakan mengikut kehendak mereka. Sebelum itu saya dibawa ke rumah saudara mereka di Kemensah Height untuk mendapatkan gambaran kasar rupa bentuk kediaman idaman mereka.

 

“Di rumah Uncle Joe ada berapa stor?” tanya Eda.

 

“Kalau tak silap saya tiga. Satu di bahagian dapur untuk menyimpan keperluan memasak, satu di tingkat atas untuk menyimpan keperluan tidur seperti bantal, selimut dan cadar dan satu lagi di luar rumah untuk menyimpan perkakas berkebun dan barangan terpakai,” jawab saya, merujuk nota yang saya tulis di dalam buku kecil.

 

“Ada lagi, iaitu stor untuk menyimpan bahan bacaan di ruang keluarga dan stor di ruang bawah tangga.” Semuanya lima, itu belum termasuk almari siap dipasang yang terdapat di mana saja ruang kosong di dalam rumah.” Kami mengunjungi bangle dua tingkat milik saudara mereka itu secara senyap-senyap kerana tuannya bercuti di luar negara selama dua minggu dan adik lelaki Eda ditugaskan menjaganya.

 

“Patutlah setiap ruang dalam rumah tu nampak kemas, teratur dan lapang…itu rupa-rupanya rahsia mereka,” ujar Roslan. Mendengar kenyataan suaminya itu, Eda yang diam sejak tadi memandang saya, mungkin mengharapkan saya bersuara.

 

“Kalau tapak rumah cukup besar, memang banyak stor boleh disediakan, tapi perbelanjaan pun bertambahlah,” balas saya, “Kalau kos bukan soal utama, rasanya lebih penting kita tidak tonjolkan sangat ruang simpanan. Sebaliknya dengan kebijaksanaan reka bentuk, kita boleh menyembunyikannya.”

 

Kesedaran mengenai keperluan stor saya bangkitkan ketika mereka ghairah menentukan ukuran ruang dan bilangan bilik. Roslan dan Eda adalah kawan lama saya. Roslan pernah bekerja satu pejabat dengan saya sebagai pembantu arkitek lebih 15 tahun lalu. Mereka kini mempunyai empat orang anak lelaki dan masih tinggal di rumah teres. Setelah bekerja sendiri, rezeki mereka bertambah dan sudah mampu mendirikan banglo idaman di atas sekeping tanah yang mereka beli di Ampang.

 

“Budak lelaki faham-faham sajalah, bukannya rajin berkemas. Bilik mereka dah jadi semakin sempit dengan macam-macam benda,” sungut Eda sewaktu kami bertemu dua minggu lepas. “sudah taktahu mana lagi nak diletakkan baju-baju lama, buku, komik dan permainan mereka. Pening dibuatnya.”

 

Roslan bersetuju dan mengharapkan lakaran kasarnya dapat menyelesaikan masalah. Namun saya menyatakan yang ruang besar bukanlah penyelesaian mutakhir. Malah lebih besar ruang, makin banyak tempat untuk disepahkan dan kerja mengemas pun bertambah. Mereka akhirnya bersetuju bahawa penyediaan ruang penyimpanan yang baik, sempurna dan mencukupi amat perlu. Dari sinilah tercetus ilham untuk meninjau rumah Uncle Joe.

 

“Sekarang ni apa yang tak ada di bawah katil di rumah kami…penuh dengan macam-macam benda yang jarang diguna tapi sayang hendak diberi kepada orang, apatah lagi dibuang,” kata Eda sebelum ini, dan Roslan menambah, “Di balkoni pun ada banyak “khazanah” yang masih disimpan…”

 

Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga yang mempunyai anak-anak sedang membesar, pakaian lama adalah satu bebanan. Buku dan majalan lagi sukar hendak disembunyikan. Cara terbaik ialah melupuskannya dengan derma atau dijual ke kedai barangan terpakai. Kalau sudah tidak boleh diguna dan dijual, buangkan saja. Jangan jadikan rumah sebagai warehouse kecuali jika mempunyai tempat penyimpanan yang bersesuaian.

 

“kalau abang sanggup kecilkan sikit ruang studio dan bilik bacaan, saya boleh benarkan ruang dapur basah dikaji semula keluasannya,” kata Eda, membuat tawaran kepada Roslan. Ketawa besar si suami apabila isterinya seakan-akan mahu bertolak ansur.

 

“Abang tak kisah asalkan untuk kebaikan bersama. Baik kita serahkan kepada arkitek kita ni untuk buat cadangan. Yang penting set golf abang, kasut awak dan anak-anak yang banyak tu, majalan danbuku-buku boleh disorokkan,” balas Roslan.

 

“Semua itu sudah diambil kira, malah aku nak cadangkan supaya kasut, paying, topi, alat bekebun dan set golf disimpan di dalam satu stor berhampiran pintu masuk utama. Dengan pemilihan jenis pintu yang dibuka ke luar serta rak dan pembahagi ruang dalaman yang sesuai, rasanya kita boleh jimatkan ruang dan tidak mencacatkan pandangan,” jelas saya.

 

Saya juga mencadangkan penggunaan laci, selain rak kerana lebih rapid an boleh disusun bertingkat. Laci juga memudahkan pencarian barang yang disimpan.

 

“Jangan lupa ruang bawah tangga pun perlu dijadikan stor,” kata Roslan, cuba mengingatkan saya.

 

“Ya, saya ingat tu. Untuk kawasan dapur, kita ada banyak ruang di bahagian atas cabinet yang boleh diperbesarkan sehingga ke siling. Kita cuma perlu padankan reka bentuk almari siap dipasang pada mana-mana bahagian, mungkin di kawasan antara ruang dapur kering dan basah,” cadang saya.

 

“Nampak gaya kita tak payah buat sampai lima star macam di rumah Uncle Joe lah, ya bang?” ujar Eda, dan menyambung perlahan, “tapi kita boleh besarkan sikit almari pakaian saya di ruang walk-in wardrobe tu ya, sebab dalam lukisan ni macam sama besar kedua-duanya almari….” Rupa-rupanya ada tujuan lain apabila Eda banyak mengalah sepanjang perbincangan kami.

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *