4 PERKARA WAJIB ANDA TAHU

Bilik anak tidak hanya berfungsi sebagai tempat tidur semata-mata. Malah ia juga merupakan ruang interaksi peribadi, bermain dan belajar buat si manja. Bukan itu sahaja, di ruang ini juga si manja akan membesar dan berkembang, sekali gus membantu pembentukan keperibadiannya. Berikut lima perkara yang wajib ada dalam menghias kamar tidur buat yang tersayang.

INFO 1  :  HIAS KAMAR TIDUR SI MANJA

  1. Pemilihan perabot yang bersesuaian adalah paling penting untuk pastikan ruang tampil selesa. Jadi pastikan perabot tidak bersaiz terlalu besar termasuklah almari pakaian. Namun bagi mendapatkan lebih ruang simpanan, dapatkan katil yang mempunyai ruang simpanan di bawahnya. Kedudukan perabot dan peralatan sebaiknya diletakkan rapat ke dinding. Ini akan memberi lebih ruang kosong kepada bilik.
  2. Hiasi dinding yang kosong dengan lukisan atau dekoratif yang mempunyai pelbagai rekaan menarik seperti tema bunga-bungaan, tema puteri dan tema sukan. Secara tidak langsung ia membantu untuk menyuntik keceriaan di dalam bilik tidur.
  3. Banyakkan tempat menyimpan barang supaya ruang nampak lebih teratur dan kemas. Kotak berlabel atau berwarna merupakan cara terbaik untuk pastikan anak-anak lebih mudah mengemas semula barang-barang setelah digunakan.
  4. Penggunaan roller blind ataupun bidai merupakan kemasan jendela yang paling sesuai. Namun pastikan panjang bidai hanya paras tingkap dan sebaiknya elakkan memasang langsir yang panjang, takut anak tetarik atau terjatuh akibat terpijak langsir.
  5. Tidak salah juga jika kepelbagaian warna digunakan. Namun anda harus pandai menyusun kedudukan warna dan kesesuaiannya agar dekorasi bilik tidur tidak nampak berserabut dan janggal. Jika anda bijak bermain warna suasana ruang akan menjadi menarik, yang sempit tampak luas dan yang suram menjadi ceria.

 

INFO 2  :  SUHU BILIK TIDUR BAYI

Sediakan ruang yang nyaman, tenang dan hangat. Suhu kamar perlu kerap dipantau kelembapannya. Bagi yang menggunakan penghawa dingin, suhu yang paling tepat adalah tidak rendah daripada 23o celcius.

Tingkap juga penting bagi pengaliran semula jadi agar ruang biliknya selalu segar dan bebas daripada bau yang tidak menyenangkan.

Penggunaan lampu juga harus disesuaikan, lebih baik si kecil tidur dalam keadaan yang redup. Letakkan katilnya jauh daripada titik lampu.

Pada waktu malam, gunakanlah lampu sudut agar sewaktu si manja terjga dia tetap dapat melihat sedikit cahaya.

INFO 3  :  MEMILIH BABY COT

Pertumbuhan si kecil yang paling maksimum adalah sewaktu sedang tidur. Jika si manja anda memiliki tidur yang berkualiti, otaknya juga akan berkembang secara optimum. Jadi, carilah tempat tidur atau baby cot yang ‘ramah’ buat si manja. Selain selesa terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

  1. Pastikan jarak antara bar-bar kira-kira 45mm dan 65mm untuk mengelak daripada kepala bayi tersepit antara bar tersebut.
  2. Seharusnya tidak terdapat sebarang sambungan di sudut dan tiada lubang-lubang hiasan pada papan kepala atau kaki kot yang boleh memerangkap tangan dan kaki bayi.
  3. Pilih bantal, selimut dan mainan lembut yang diperbuat daripada pelbagai jenis material untuk melatih deria sentuhannya. Gunakan bumper sekeliling baby cot yang diperbuat daripada pelbagai jenis material berlainan, berwarna-warni dan memiliki corak seperti gambar binatang, buah-buahan, angka ataupun yang terdiri daripada bentuk abjad.

 

INFO 4  :  KEDAI PILIHAN SI MANJA!

Tahukah anda! Bagi anak-anak, perabot bukan saja tempat menyimpan barang atau kemudahan hidup, tetapi juga menjadi sebehagian daripada dunia permainan dan imaginasi. Jadi pastikan anda memilih perabot serta aksesori yang sesuai untuk mencipta sebuah bilik tidur yang selesa dan indah buat yang tesayang.

Little World Furniture merupakan gedung perabot khusus untuk kanak-kanak yang boleh anda kunjungi untuk memilih perabot yang bersesuaian. Menawarkan pelbagai aksesori perabot seperti katil, meja belajar, almari baju dan sebagainya. Pastikan anda mengunjungi ruang pamerannya yang terletak di Jalan Klang lama yang di buka setiap hari. Segala impian anak anda pastinya terlaksana di sini.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *