Warna & Emosi Ruang

Warna & Emosi Ruang

Warna & Emosi Ruang
Warna mempengaruhi banyak aespek dalam kehidupan kita.Dalam reka bentuk dalaman dan seni bina.Warna menentukan suasana (ambience),imej dan status.Pengguna warna bersama bahan binaan yang sesuai dapat menimbulkan reka bentuk dan estetika menarik malah boleh menjadi sesuatu yang trendy.

Warna-warna di sekeliling kita mempengaruhi perasaan seseorang.Apabila mereka bentuk ruang dalaman,warna menjadi satu unsur yang amat penting.Skima warna yang sesuai menentukan keselesaan dan kepuasan penghuni.

Sebagaimana warna-warna semula jadi boleh menenangkan hati, misalnya dengan mengunjungi kawasan hijau membawa perasaan tenteram dan istirahat.Begitu jugalah pengaruh warna terhadap kediaman kita.

Warna pakaian juga memberi kesan Fernando perasaan dan semangat kita.Misalnya jingga memberi tenaga manakala biru membawa ketenangkan,maka demikianlah juga dengan warna yang dipilih bagi ruang dalaman rumah kita.

Warna yang dipilih mengelilingi kita mempunyai kesan secara fizikal dan psikologi.Ia mempengaruhi perasaan dan tahap tekanan(stress level).Ia turut mempengaruhi pandangan kita terhadap kehidupan dan persekitaran.Bagi anak kecil yang dididik dengan kasih sayang dan keyakinan, mereka akan membesar dengan kasih sayang dan keyakinan.Oleh itu, menyediakan suasanan dan pengaruh warna yang sesuai menjadi salah satu cara mudah untuk memberi pengalaman dan persepsi kehidupan yang baik.

Reka bentuk dalaman yang kucar-kacir,semak dan gelap mungkin kelihatkan murung.Lamakelamaan,persepsi hidup kita juga mungkin bertukar.Sebaliknya ruang dalaman yang kelihatan teratur, bersih, nyaman dan tenteram pula boleh menerangkan fikiran dan membawa ketenangan.Adakala warna-warna terang dan panas seperti kuning,merah dan jingga boleh diguna denganberpatutan untuk menimbulkan perasaan bertenaga dalam ruang.

Bagaimanapun, penggunaan warna yang sesuai dan berpadanan kadarnya sangat penting bagimenentukan suasana dan perasaan psikologi yang dihayati.Sekiranya semua dinding di situ diwarnakan merah menyala, nescaya ruang itu kelihatan garang dan agresif.Bagi kebanyakan orang, ruang sebegini mungkin tidak menyenangkan.Sebagai bandingan, jika ruang itu diberikan warna neutral seperti putih
dan digarapkan sedikit warna merah maka warna merah akan titik tumpuan dan memberi semangat serta tenaga kepada ruang berkenaan.Warna-warna sejuk seperti hijau,biru dan ungu perlu memberi perasaan yang menyenangkan dan melegakan.

 

Satu lagi faktor yang harus diberi perhatian ialah tona dan kadar kekuatan serta kelembutan warna.Misalnya ungu muda memberikan suasana yang lembut dan menyenangkan tetapi ungu lebih tua mungkin kelihatan gelap dan tidak menyenangkan.Oleh kerana warna ungu mempunyai unsur warna
merah di dalamnya,adakalanya warna ini kelihatan hangat.

 

Hitam dan putih adalah warna neutral.Hitam sekiranya kelihatan berat dan tidak menceraikan.Putih pula membalikkan cahaya dan dapat menimbulkan suasana aman serta memperlihatkan ruang lebih
luas.Gabungan warna hitam dan putih juga menarik apabila sekali-sekala digunakan.

 

Bagaimanapun gabungan warna hitam dan putih ini, jika mahu mengekalkan kontrahitam denganputih hendaklah sentiasa besih, tanpa kesan kotoran dan habuk.Hitamnya adalah y tulen tanpa habuk
yang memberi debu putih dan merosakkan esterika warna permukaan yang hitam itu dan putihnya pula
hendaklah bersih tulen tanpa kesan kotoran atau kekuningan yang boleh mencacatkan permukaan putihberkenaan.

 

Sebagai kesimpulan, apabila memilih warna hendaklah ingat lima perkara ini:
1. Kesan terhadap ruang.
2. Kesan psokologi perasaan.
3. Fungsi ruang.
4. Tujuan mengadakan skima warna secara fizikal dan psikologi.
5. Mudah dibersihkan dan mengekalkan estetika warna.

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *