GUNA UNSUR LEMBUT

menata gaya hiasan

Sering kita lupa bahawa bilik tidur adalah titik kebahagiaan dalam berumah tangga. Asyik menghias tamu untuk tatapan pengunjung, kamar yang menjadi tempat kita beradu, berehat, menenangkan minda dan memadu asmara dijaga ala kadar, malah ada yang jarang membersihkannya, apatah lagi menata gaya hiasan yang indah.

Sebenarnya, bilik tidur yang sentiasa bersih dan bersuasana romantik memperteguhkan lagi hubungan, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih indah untuk ketenangan diri dan keluarga. Adalah digalakkan supaya menggunakan semua bahan kelengkapan kamar yang bersifat lembut kerana barangan keras akan menghilangkan ciri-ciri romantik.

Langkah pertama yang perlu diambil untuk mewujudkan kamar tidur romantik, ialah menggunakan warna sesuai, ini diikuti dengan perhiasan, jenis katil, langsir, pencahayaan, hamparan dan kelengkapan bilik yang lain serta paling penting, menjaga kebersihan bilik.

WARNA

Boleh menggunakan sebarang warna, namun biarlah sesuai dan sepadan dengan unsur hiasan serta kelengkapan bilik. Jangan pula mencampuradukkan terlalu banyak unsur warna sehingga mengganggu suasana romantik yang hendak diwujudkan.

  • Putih tona yang sesuai jika hendak mewujudkan suasana bilik romantik gaya moden.
  • Merah jambu untuk yang baru mendirikan rumah tangga atau remaja perempuan.
  • Merah/merah hati sesuai untuk suasana romantik yang hangat.

PERHIASAN

Ringkas tetapi ada ciri-ciri percintaan seperti:

  • Jam dinding atau jam meja berbentuk hati.
  • Cermin berbentuk bunga atau hati.
  • Bunga segar.
  • Lilin aromaterapi.
  • Bunga kering seperti mawar dan baby breath sekiranya tidak ada membeli.
  • Perhiasan kecil seperti kotak mengisi barang yang berbentuk hati atau berbunga halus.
  • Chaise lounge (kerusi baring).
  • Kusyen kecil berbentuk hati.

KATIL

  • Berhias sempadan atau birai di sekeliling katil gaya terkini dari Itali.
  • Kepala katil kulit atau fabrik tetapi lembut dan berpelapik.
  • Bertiang empat dan bertirai gaya Victoria.
  • Tilam berkualiti dan mempunyai spring yang elok.

LANGSIR

  • Jenis fabrik sutera atau kelihatan seperti sutera.

HAMPARAN

  • Lembut berbulu tebal

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *