Petua Membeli Lampu

Memilih Lampu

 

Lampu kerja mesti bebas daripada gangguan cahaya dan bayangan, lampu bersantai tidak perlu terlalu terang manakala lampu keraian boleh disediakan dalam keadaan terang atau malap, bergantung kepada suasana yang mahu diwujudkan. Jenis dan jumlah pencahayaan yang disediakan juga berbeza mengikut pengisian ruang.

 

Ruang tamu/Keluarga

 

Langkah pertama yang perlu anda buat ialah memastikan kegiatan yang dijalankan di ruang ini. Jika di sini tempat anda sekeluarga bersantai dan menonton televisyen, juga membaca dan menjahit maka anda perlu memasang lampu kerja dan untuk kegunaan umum. Lampu sorot pula adalah untuk memberi tumpuan kepada perhiasaan yang ingin ditonjilkan seperti karya seni, tumbuhan dan binaan tertentu. Sebaik-baiknya guna pencahayaan yang boleh dikawal bagi membenarkan hanya sejumlah pencahayaan sahaja diperlukan untuk kegiatan tertentu.

 

———————————————————————————————————————

 

  • Pastikan pencahayaan datang dari arah belakang bahu ketika membaca. Ini boleh diperoleh dengan menempatkan lampu lantai di kanan atau kiri sofa dan pastikan dasar terendak berada searas dengan mata untuk mengelak silau.
  • Lampu mudah alih membolehkan anda memanfaatkannya mengikut keperluan dan di mana sahaja.
  • Guna lampu relung (recessed) sebagai pencahayaan umum kerana sumber cahanya terlindung.
  • Ambil kira lampu dinding, lantai dan lampu meja sebagai sumber cahaya sampingan yang memenuhi keperluan untuk membaca dan bersantai, selain memberi nilai estetika.
  • Lampu relung dan lampu trek sesuai untuk menghidupkan suasana yang mampu menaikkan seri lukisan dan kemasan dinding.
  • Lapisan pencahayaan menggunakan lampu tumpu dan orot yang boleh dikawal dapat membentuk satu kesan menarik yang mampu mewujudkan suasana mesra dan intim apabila ruang luas bertukar menjadi lebih berpusat.
  • Tempatkan sumber pencahayaan pada beberapa ketinggian di dalam satu ruang seperti di siling, lantai dan meja bagi mewujudkan keindahan yang lebih mengesankan.

 

Ruang Makan

 

Pastikan pencahayaan di sini bukan sahaja kelitan cantik, tetapi juga berfungsi. Seperti mana di ruang tamu/keluarga, pencahayaan di sini juga menggabungkan keperluan umum, kerja dan sorot bagi membangkitkan kepelbagaian suasana. Disebabkan wujud kegiatan seperti jamuan rasmi, makan malam keluarga, membuat kegiatan kegemaran waktu lapangan, mengagih bil dan anak-anak membuat kerja sekolah di sini, maka penggunaan alat kawalan cahaya sangat digalakkan supaya kadar pencahayaan boleh diubah suai mengikut suasana dan penggunaannya.

———————————————————————————————————————

 

  • Lampu jenis candelier berfungsi sebagai titik tumpu dan lazimnya digantung di tengah-tengah meja makan. Apabila lampu dimalapkan, suasana lembut dan bersinar yang mirip kepada limpahan cahaya lilin kian menyerlah. Pastikan chandelier juga dilengkapi lampu tumpu bawah yang bertindak sebagai lampu kerja untuk menerangi meja dan menyorot perhiasan di meja.
  • Pasang lampu dinding di kiri dan kanan ruang. Pilih rupa bentuk yang hampir menyerupai candelier.
  • Pastikan pencahayaan datang dari pelbagai jenis lampu untuk mewujudkan suasana berbeza di ruang yang sama.
  • Ukuran candelier hendaklah antara 0.5 hingga 1 meter lebih kecil daripada lebar meja dan dipasang pada jarak 76 sentimeter dari meja.
  • Candelir berkuasa 200 hingga 400 voltan melimpahkan pencahayaan yang banyak untuk ruang makan.
  • Penggunaan alat kawalan cahaya membolehkan anda mengguna cahaya mengikut keperluan seperti redup sebelum dan sewaktu tetamu tiba dan terang-benderang sewaktu jamuan sedang berlangsung.
  • Gandingkan cahaya lilin dengan cahaya lampu yang malap untuk menghasilkan suasana lebih bergaya.
  • Berhati-hati menggunakan lampu tumpu bawah, pastikan tidak wujud bayangan hitam pada wajah. Untuk mengelakkan ini berlaku, pasang sumber pencahayaan tambahan di sekitar bilik bagi membantu menyeimbangkan cahaya.

 

 

Ruang Dapur

 

Ruang dapur bukan seperti ruang tamu dan ruang makan. Bagi mereka yang mempunyai keluarga besar, di ruang ini sentiasa penuh bertenaga kerana hamper setiap saat berlaku pelbagai kegiatan, terutama meyediakan hidangan. Di sini juga  menjadi tempat pertemuan keluarga dan rakan. Justeru itu, pencahayaan yang selesa dan berfungsi dengan baik paling dikehendaki.

———————————————————————————————————————

 

  • Kaunter berpulau dan ceruk boleh diterangi dengan lampu loket. Sekali lagi pemilihan pencahayaan yang dilengkapi alat kawalan cahaya sangat digalakkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian kegiatan.
  • Pencahayaan ke bawah sesuai sekali untuk memberi tumpuan kepada bahagian permukaan kerja. Pastikan lampu dipasang di hadapan cabinet bagi mengelak pantulan silau yang tercetus dari permukaan kerja.
  • Pencahayaan umum reka bentuk menarik yang digantung di tengah-tengah ruang paling digemari. Ruang dapur berkeluasan sempit memerlukan dua lampu kalimantang manakala ruang dapur yang lebih luas memerlukan pencahyaan tambahan.
  • Dinasihatkan mengguna mentol putih untuk menaikkan seri ruang dapur yang berwarna kelabu dan biru.
  • Lampu kalimantang juga boleh dipasang di tepi cabinet bagi menerangi kawasan meja kerja dan mengurangkan bayang di kawasan penyediaan hidangan. Ini juga membantu menjimatkan tenaga.
  • Lindungi jalur lampu kalimantang di atas kabinet bagi mengurangkan cahaya dan silau. Namun jika anda menghias bahagian atas kabinet dengan himpunan barangan kaca, maka penggunaan lampu kalimantang pasti menampilkan kesan yang berbeza.
  • Pastikan suis untuk lampu umum dan lampu kerja dipasang berasingan. Guna laat kawalan cahaya untuk semua lampu alogen bagi mewujudkan suasana berbeza ketika emmasak dan melayan tetamu.
  • Pasang lampu trek halogen untuk menambah dimensi ruang dapur, selain menerangi perhiasan atau seni binaan yang ingin ditonjolkan.
  • Penggunaan lampu dinding jenis anjal juga digalakkan kerana boleh diubah jarak dan ketinggiannya mengikut keperluan kerja waktu.

 

Bilik tidur

 

Bilik tidur yang privacy banyak membayangkan naluri dan cita rasa orang yang menghuninya. Oleh itu, penyediaan pencahayaan hendaklah mengambil kira suasana santai serta kelam supaya tidak mengganggu tidur anda dan pada waktu yang sama juga memerlukan kadar pencahayaan secukupnya untuk membaca dan membuat kerja pejabat atau kerja sekolah. Gabungan pencahayaan umum dan kerja yang hendak disediakan perlu merujuk kepada usia serta gaya hidup penghuninya. Ingat, alat kawalan cahaya dapat memberi keanjalan dalam mempelbagaikan pencahayaan agar serasi dengan suasana dan kegiatan yang dilakukan! Persoalan berikut penting sebelum memutuskan lampu yang hendak dipasang: 1. Bolehkah saya melihat dengan baik sewaktu menyarung pakaian? 2. Adakah almari dipasang lampu atau lampu siling memadai untuk menentukan warna pakaian? 3. Adakah lampu membaca diperlukan? 4. Perlukah lampu dipasang berhampiran pintu? 5. Perlukah saya memasang lampu mudah alih untuk sudut ceruk? 6. Apakah alat kawalan cahaya diperlukan untuk lampu siling?

———————————————————————————————————————

 

  • Pencahayaan umum dapat diwujudkan melalui pemasangan lampu siling, lampu yang datang bersekali kipas dan lampu tumpu bawah atau dinding untuk membekalkan pencahayaan secukupnya bagi berdandan.
  • Lampu dinding jenis bergerak boleh dipasang di salah satu atau kedua-dua sisi katil untuk kegiatan membaca dan melihat jam/
  • Guna lampu meja soleh yang dapat membekalkan kadar pencahayaan yang diinginkan ketika bersolek.
  • Bahagikan bilik tidur kepada beberapa zon dengan menggunakan pencahyaan dan suis yang berbeza.

 

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *