Paku Pakis

paku pakis

HIJAU MELATA
JIKA SEKIRANYA LAMAN RUMAH ANDA terdiri daripada kawasan yang rending redup, fikirkan
untuk menanam paku pakis.Terdiri daripada pelbagai tekstur, bentuk, dan saiz,kehadirannya
memikat mata dalam nuansa kehijauan yang mendamaikan.Apatah lagi diganding bersama
bunga-bungaan berwarna-warni,dan pohon-pohon besar yang lampai.Buat pengetahuan kita
semua,spesies paku pakis ialah tumbuhan yang sekian lama telah wujud di muka bumi ini, iaitu
400 tahun yang lalu! Sememangnya ia sejenis sepsis yang mudah tumbuh dan
membesar.Diketahui umum pula,sebahagian spesiesnya boleh dimakan.Tentu anda terbayang
masak lemak pucuk paku…
Namun spesies pepakis yang lainnya pula sangat indah di intergrasikan ke dalam rekaan
laman anda.Berada pada kategorinya sendiri,terdapat pepakis diseluruh dunia dengan rupa dan
nama berbeza.

 

ANTARA PEPAKIS YANG SESUAI DENGAN IKLIM TROPIKA DI MALAYSIA INI ADALAH :
1. Adiantum Polyphyllum atau Giant Maidenbair Fern , boleh tumbuh di kawasan separa
redup.
2. Adiantum Tenerum, Fan MaidenbairFern, terkenal di era 90an.
3. Angiopteris Evecta atau Paku Gajah yang boleh membesar hingga tiga meter lebar dan tiga meter panjang.
4. Asplenium nidus atau Pakis Sarang Burung,sering dilihat sebagai pokok tumpang.
5. Cyathea contaminans atau Highland Tree Fern, pohon pakis tinggi yang tumbuh di
kawasan matahari penuh.
6. Drynaria quercifolia atau Oak Leaf Fern,yang biasa tumbuh pada batang- batang pohon besar.
7. Dicranopteris linearis, Resam yang banyak tumbuh di belukar kecil.
8. Nephrolepis, yang biasa kelihatan beruntaian di pada batang pohon besar.
9. Nephrolepis exaltata atau Boston Fern yang cantik ditanam sebagai penutup
bumi,membentuk fern bed.
10. Platycerium coronarium atau Stag’s Horn Fern,pakis berbentuk tanduk rusa,juga
11. Pyrrosia piliselloides atau Sakat Ribu-Ribu yang sering memenuhi dinding-dinding lama diluar rumah.
12. Selaginella Willdenowii sekali sekala dapat dilihat rona kebiruan pada daun-daunnya.

 

Manakala pepakis yang boleh dimakan pula ialah Stenocblaena palustris diplazium
eseulenlum dan nepbrolepis biserrata.
Tanamlah pepakis anda di kawasan yang redup penuh mahupun separa dan tanah
lembab. Dalam semua iklim,pepakis renek perlu dilindungi daripada sinaran langsung
matahari.Bagi mengelakkan lecur pada daun.Pohon yang mudah dijaga ini, atau pun tidak perlu
diselenggarakan selalu ini mampu tumbuh daripada 12 inci sehingga enam kaki tinggi
bergantung kepada jenis dan kadar pertumbuhannya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *