Tips Cat Dengan Bersih

KEPINGAN ALUMINIUM & CAT TIP CAT DENGAN BERSIH

Apabila anda membuka cat yang telah separuh digunakan,pasti anda akan
terjumpa lapisan cat kering pada permukaan cat tersebut.Cat yang
terdedah boleh menyebabkannya rosak dan seterusnya tidak lagi boleh
digunakan.Anda boleh dilakukan langkah berikut : Letakkan kepingan
aluminium di bawah tin cat dan lukiskan bulatan mengikut bentuk
tin.Kemudian,lepaskan nafas atas permukaan cat tersebut dan letakkan
kepingan tersebut di atas permukaan cat.

Selain itu,bekas cat yang digunakan semasa kerja-kerja mengecat
pasti agak leceh untuk dibersihkan.Anda boleh sahaja letakkan kepingan
aluminium di atas bekas cat yang ternyata lebih murah dan yang
penting,tidak mengotorkan bekas cat terbabit.
Kepingan aluminium juga boleh digunakan untuk membalut tombol
pintu daripada terkena cat apabila anda mengecat daun pintu.

Adakah anda melakukan kerja mengecat dalam masa yang
berterusan? Jika begitu,anda tidak perlu mencuci berus cat terbabit,hanya
perah sahaja berus tersebut dan balutkannya dengan kepingan
aluminium.Kemudian,simpan di dalam ruang beku peti sejuk.Apabila
hendak digunakan,pastikan anda menjemurnya selama sejam sebelum
boleh digunakan kembali.

TIPS MENGECAT YANG BAIK UNTUK KESIHATAN
UNTUK MENGURANGKAN RISIKO BERLAKUNYA KEMELANGAN KETIKA MENGECAT.BERIKUT MERUPAKAN TIP YANG BOLEH ANDA LAKUKAN

1. PILIH CAT AIR YANG BOLEH DIGUNAKAN PADA SEMUA JENIS PERMUKAAN.IA KURANG
MENGANDUNGI BAHAN CAMPURAN SELAIN MESRA ALAM DAN MENAWARKAN KESAN
CAT YANG LEBIH BAIK.
2. PERHATIKAN LOGO ATAU AMARAN YANG TERDAPAT PADA TIN CAT.USAH ABAIKAN IA SEBALIKNYA AMBIL LANGKAH YANG PERLU DALAM MENGGUNAKAN CAT TERBABIT.
3. GUNAKAN KELENGKAPAN PELINDUNGAN BADAN SEPERTI TOPENG MUKA.
4. SELALU BERHATI-HATI KETIKA MENGGUNAKAN BAHAN PELARUT.
5. CUCI TANGAN SELEPAS SELESAI KERJA MENGECAT.
6. PASTIKAN TERDAPAT PENGUDARAAN YANG CUKUP DI RUANG MENGECAT,MELALUI PINTU TINGKAP ATAU HUO VENTILASI.

 

CAT LANTAI BOLEH KE ?
KESAN DENGAN KEMASAN LANTAI YANG BIASA SEPERTI LANTAI
SIMEN,JUBIN,KEPINGAN KAYU ATAU KARPET?TAHUKAH ANDA JUGA BOLEH MENGECAT LANTAI.BERIKUT MERUPAKAN TIP YANG BOLEH DILAKUKAN :

1. BERSIHKAN PERMUKAAN LANTAI DARIPADA HABUK DAN KOTORAN.
2. SELEPAS MENGECAT DENGAN BERUS PADA HUJUNG PERMUKAAN LANTAI,
UNTUK MENGECAT LAPISAN CAT YANG NIPIS.
3. PASTIKAN SUHU RUANG PADA SUHU BILIK AGAR CEPAT KERING.
4. SAPUKAN DUA LAGI PERMUKAAN CAT YANG NIPIS DAN JARAKKAN MASA 24JAM UNTUK SETIAP LAPISAN.
5. SETELAH SELESAI,JANGAN TINGGAL DI DALAM RUMAH DAN PASTIKAN
TERDAPAT SUMBER PENGUDARAAN YANG BAIK.

PERKARA PERLU DIELAK KETIKA MENGECAT

ELAKKAN DARIPADA MELAKUKAN PERKARA TERBABIT KETIKA MENGECAT :
1. ELAKKAN TERDEDAH KEPADA BAHAN PELARUT YANG BERBAHAYA.
2. JANGAN SESEKALI MEROKOK APABILA MENGENDALIKAN BAHAN
PELARUT.
3. BAHAN PELARUT ADALAH MUDAH TERBAKAR – JAUHKAN IA DARIPADA SUMBER API TERBUKA.
4. JAUHKAN KANAK-KANAK DARIPADA KERJA MENGECAT. NAK BELI CAT APA?

 

Terfikir untuk mengubah wajah warna ruang kediaman anda? Jika ingin membeli cat interior
baru,ada beberapa perkara yang anda perlu tahu :
1. Jangan hadkan diri kepada sesuatu jenama sahaja :Pengeluar cat akan selau melakukan pembaharuan pada produk cat mereka.Oleh itu,cat kegemaran anda dahulu mungkin tidak sebaik kini.

2. Fikir warna dengan masak-masak : Warna memainkan peranan penting dalam penataan ruang.Sebelum memilih,lihat dahulu pada sampel warna yang ada selain melakukan mock-up paint jika anda.
Harus diingat bahawa warna cat memberikan kesan yang berbeza pada ruang,jenis
lampu dan waktu tertentu,lampu kelimantang memberikan impak yang baik pada warna
biru dan hijua,manakala lampu pijar memberikan kesan pada warna suam.Warna
mampu menjelmakan kesan ruang yang lebih besar,oleh itu pilih waena yang cerah
berbanding gelap.

3 Nafas dengan baik: Banyak cat yang ditawarkan kini mempunyai kurang bahan kimia
terlarut,iaitu sebatian organic meruap (VOC).Kini,banyak jenis cat yang dating dengan
ciri kurang VOC

Published
Categorized as Umum Tagged

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *