11 Perkara Pengaruhi Kediaman Mengikut Islam

Pengertian Islam geomansi adalah peletakan dalam menguasai persekitaran. Sebenarnya bumi menguasai satu kedudukan yang paling harmoni berbanding planet lain, menguasai ruang angkasa raya cakerawala yang paling stabil.

Jadikan rumah impian anda sebagai sebuah tempat yang paling harmonis berbanding rumah-rumah di sekeliling anda. Rancangkanlah pula salah satu ruang dalam rumah anda menjadi kuasa bumi yang hebat dengan mewujudkan gelombang magnetik yang dapat mempengaruhi daya kerohanian seperti spiritual, emosi dan mental sehingga ke tahap fizikal

Ada beberapa perkara asas yang perlu dipertimbangkan untuk menentukan susunan dalaman, luaran rumah dan tempat kediaman seperti;

  1. Lokasi atau kedudukan; dari segi ini perkara yang perlu diambil kira ialah;
    • Kedudukan di kawasan tinggi atau rendah
    • Di kiri/kanan
    • Luaran/dalaman
    • Depan/belakang
    • Atas/bawah
    • Tepi/tengah

Semua perkara di atas terikat pada kedudukan arah mata angina

  1. Warna
  2. Susunan
  3. Keseragaman
  4. Persamaan
  5. Corak
  6. Bentuk
  7. Pasangan
  8. Sudut
  9. Peletakan
  10. Jenis bahan/unsur peralatan dan hiasan

Tahukah anda segala kekuatan bergantung pada faktor lokasi ?

Perkara asas mesti dielak dan tidak boleh ada ialah sebarang jenis halangan di hadapan rumah.

  • Pagar yang tinggi kecuali pintu pagar/gerbang (lebih baik tidak perlu ada pagar).
  • Tiang yang tidak kukuh (tiang utama perlu kuat).
  • Pokok besar yang menghalang.
  • Kabel elektrik di hadapan rumah (kotak fius TNB).
  • Pili bomba.
  • Kolam tangki air di hadapan rumah atau halaman rumah.
  • Longkang besar, sungai, bukit dan laluan air yang merentang di hadapan rumah.
  • Bukit atau tanah tinggi yang lebih tinggi pada aras tapak pintu masuk utama.
  • Pokok buah-buahan perlu ditanam di belakang rumah (kecuali pokok bunga-bungaan yang mempunyai lima kelopak)
  • Setiap ruang utama mesti bulat dan bersaiz besar.

Kemasukan angina dan sinaran matahari adalah penting, perkara utama yang menentukan jumlah daya magnetik yang diperlukan. Oleh itu adalah baik pintu masuk utama dibina sebesar mungkin dengan gaya megah dan cantic.

Lokasi rumah asal sukar dibaiki jika sedia berada pada kedudukan yang salah. Adakalanya kita terpaksa berkorban bagi membaiki ketidaksempurnaan keadaan lokasi atau bentuk yang telah dirancangkan mengikut pelan asal pemaju yang tidak mengambil kita faktor lokasi mengikut arah mata angin.

Bagaimanapun banyak perkara yang boleh dibaiki mengenai cara hiasan dalaman seperti faktor susunan dan peletakan barangan untuk mewujudkan keseimbangan tenaga.

 

 

 

 

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *