PEMBIAKAN POKOK HIASAN

pokok hiasan

PEMBIAKAN POKOK HIASAN

SATU kegiatan penting dalam pemeliharaan pokok hiasan ialah pembiakkannya, yang bertujuan memperbanyakkan jenis pokok seragam. Pokok hiasan ini boleh dibiak dalam pelbagai cara mengikut jenis, misalnya pokok berkayu, herba, lendair atau semusim. Boleh dikatakan bahawa tanpa pembiakan, tidak mungkin dapat dilanjutkan baka sesuatu jenis pokok hiasan melalui bermacam-macam bentuk, warna, tekstur dan ukuran, di dalam lanskap. Proses pembiakan pokok hiasan sebenarnya boleh dilakukan dengan satu cara saja dan hanya memerlukan peralatan serta bahan asas sebelum menyediakan pokok yang hendak dibiak.

TAPAK SEMAIAN

Terlebih dulu, sediakan tempat (tapak) untuk meletak semaian yang disediakan. Kawasannya tidak perlu besar, tetapi seeloknya mempunyai kira-kira 25 peratus naungan dengan bahagian atasnya berbumbung untuk mengelak daripada percikan hujan. Kemudian bekas semaian diletak atas para. Tentukan pengedaran udaran di sekitar kawasan semaian adalah baik, bermakna elakkan memilih tempat terkepung. Pastikan juga wujud kelembapan yang tinggi (kira-kira 85 peratus) di kawasan sekelilingnya.

BEKAS

Pelbagai bekas, termasuk pasu biasa, pasu semaian dan bekas plastik boleh digunakan. Paling penting tentukan bahagian bawah bekas, berlubang untuk membolehkan pengaliran dan pengudaraan yang baik. Pilih bekas sederhana besar kerana ada masanya bekas berkenaan perlu dialih untuk proses penngerasan dan pengalihan.

MEDIA PERAKARAN

Pelbagai bahan boleh digunakan untuk mengakar keratin, tetapi ia perlu mempunyai beberapa ciri tertentu untuk mendapatkan perakaran yang baik. Bahan yag digunakan mesti mempunyai sifat-sifat berikut:

  • Gembur dan berongga;
  • Boleh membantu pengudaraan dan saliran yang baik;
  • Tidak mempunyai bahan toksik dan kuman patogenik yang boleh memusnahkan keratan.

 

Antara bahan yang sesuai digunakan untuk mengakar keratan termasuk pasir sungai, serat koko, hydrocorn, perlite, vermiculite, serkam padi dan tanah gambut. Selain itu, bahan berkenaan boleh dicampur bersama pasir dan tanah atau pasir dengan serat koko ataupun pasir dengan serkam padi. Bagaimanapun, penggunaan pasir saja sebagai bahan tunggal sesuai untuk kebanyakan keratan.

 

HORMON PENGGALAK AKAR

Hormon penggalak akar adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk mempercepat dan memperbanyakkan akar pada keratan, terutama bagi pokok hiasan yang susah berakar. Kebanyakan hormon yang ada di pasaran sekarang berbentuk sintetik dan sering mengandungi bahan aktif IAA, IBA atau WAA, iaitu sejenis asid sintetik yang mengalakkan akar. Kebanyakan pengalak akar yang ada berbentuk serbuk dan pekatan. Lazimnya, keratan kayu hijau atau lembut menggunakan hormone yang memiliki kadar kepekatan kira-kira 25 peratus, keratan sederhana pula menggunakan hormone dengan kadar kepekatan 50 peratus dan bagi kayu keras atau matang (kadar kepekatan kira-kira 80 peratus). Keratan pokok hiasan yang tersedia hendaklah didebukan sepanjang tiga atau empat sentimeter pada bahagian pangkal dahannya. Selepas itu, ditanam dalam media dan akar akan tumbuh dalam tempoh lapan higga 12 minggu. Perlu diingatkan bahawa hormone yang sudah digunakan hendaklah ditutup rapat dan jangan didedahkan kepada cahaya kerana ia boleh mengurangkan kekuatan hormon.

 

BAHAN TANAMAN

Seperkara penting untuk mendapatkan keratan yang baik ialah, bahan yang dipilih mesti daripada pokok sihat dan segar. Selain itu, pastikan jenisnya, kematangan kayu dan panjang keratan bersesuain serta pokok mendapt cahya sepenuhnya. Selain itu, sebarang pemotngan yang dibuat mesilah kemas dan bersih supaya keratan mudah berakar. Oleh itu, setiap peralatan yang digunakan seperti pisau cantuman, gunting kacip dan gergaji pangkas mestilah tajam serta bersih. Selalunya, jika ada tisu yang terkoyak sewaktu proses pemotongan dilakukan, keadaan ini mungkin mengakibatkan keratan sukar untuk berakar.

 

PEMBIAKAN TANAMAN

Ada dua cara membiakkan tanaman, yang biasa dilakukan di bidang hortikultur, iaitu:

  • Menggunakan biji benih tanaman; dan
  • Pembiakan tampang, iaitu membiakkan pokok menggunakan bahagian tertentu daripada pokok berkenaan menerusi kaedah tut, keratan cantuman atau bebawang.

 

Pembiakan Biji Benih

 Ini cara yang biasa dan mudah dilakukan. Namun, tidak semua biji benih yang diguna akann menghasilkan anak seperti induknya kerana biji benih adalah hasil kacukan induk jantan dan betina. Bagaimanapun, untuk pembiakan sesetengah tanaman seperti sayur-sayuran, kita tiada pilihan melainkan mengguna biji benih kerana tanaman ini tidak boleh menghasilkan baka melalui pembiakan vegetatif.

Penanaman biji benih boleh dilakukan terus di lading atau disemai terlebih dulu. Bagi biji benih yang halus seperti sawi dan bayam, ia hendaklah dicampur dengan pasir halus untuk mendapatkan jarak tanaman yang sesuai. Kemudian campuran tadi ditabur di atas batas sebelum ditutup dengan sungkupan bagi mengelakkan biji benih diterbangkan angina, hujan lebat dan terik matahari.

Biji benih sederhana besar juga boleh terus ditanam di lading dengan memasukkan dua atau tiga butir biji benih berkenaan ke dalam lubang tanaman. Lubang yang disediakan tidak perlu terlalu besar dan dalam, memadai ukurannya hanya dua kali ketebalan biji benih. Biji benih yang besar seperti durian pula biasanya ditanam dalam polibeg berisi tanah campuran terlebih dulu. Apabila biji mula bercambah dan membesar, anak pokok yang sihat dan berpotensi untuk terus membesar saja dipindahkan ke tapak semaian.

 

Pembiakan Vegetative/Tampang

Cara ini lebih mudah dilakukan untuk mendapat pokok yang tulen seperti induknya, di samping dilakukan terhadap pokok yang sukar mengeluarkan biji benih seperti sukun. Kelemahan cara ini ialah, tanaman tidak mempunyai akar tunjang bagi menguatkan kedudukannya. Beberapa kaedah pembiakan tampang merangkumi:

 

Keratan

 Boleh dilakukan pada beberapa bahagian pokok seperti dahan, batang, ranting, daun dan pucuk. Di sini dihuraikan beberapa caraa keratan yang biasa dilakukan.

 

Keratan Batang

Pilih bahagian batang yang sihat, tidak terlalu tua aau muda dan mempunyai mata tunas. Potong menyerong kira-kira 10 hingga 12 sentimeter di bawah mata tunas. Pastikan pisau yang digunakan tajam. Buang sedikit daun untuk mengelak kehilangan air berlebiha daripada daun. Sesetengah keratan boleh ditanam terus di kawasan tanaman, tetapi ada juga yang perlu disemai dulu kerana memerlukan penjagaa sempurna. Hormon perakaran boleh diguna untuk mengalakkan perakaran dengan menyapu hormon pada pangkal keratan dan pindahkan ke tapak semaian atau dimasukkan dalam polibeg berisi tanah campuran.

Penyiraman dua kali sehari diperlukan dan elak daripada menggunakan air berlebihan. Letak keratan/polibeg di tempat redup. Apabila keratan menunjukkan tanda ‘hidup’ dan daun mulai tumbuh serta membesar, biasakan ia dengan cahaya matahari secara beransur-ansur.

 

Keratan Daun

 Ada beberapa pokok saja boleh ditanam menggunakan kaedah ini seperti Sanseviera dan Begonia. Mula-mula potong daun secara melintang di antara 7 hingga 10 sentimeter. Letak bahagian bawah daun dalam media perakaran. Pastikan media sentiasa lembap untuk menggalak perakaran dan mengelak kekeringan pada keratan.

 

Keratan Akar

Dilakukan pada pokok yang sukar dibiak melalui cara keratan batang. Potong akar berhampiran pangkal pokok, sepanjang kira-kira 10 hingga 12 sentimeter dan semai pada media perakaran. Siram selalu untuk mengekalkan kelembapan media. Apabila tunas mula tumbuh dan berakar, pindahkan keratan dalam polibeg dan selepas beberapa ketika, pindahkan ke kawasan tanaman.

 

Keratan Rizom

Rizom adalah batang yang menjalar di dalam tanah seperti halia dan lengkuas. Ia boleh dilakukan dengan mengerat rizom pada induknya. Sebaiknya pilih rizom yang mempunyai mata tunas. Keratan ini boleh ditanam terus di kawasan yang dikehendaki. Pastikan keratan disiram selalu.

 

Tut

Pilih dahan yang subur dan tiada penyakit. Potong kulit luarnya (kabium), di antara 3 hingga 5 sentimeter lalu dikikis dengan belakang pisau. Balut luka dengan tanah campuran dalam nisbah 2:1 (tanah:pasir) yang sudah dilembapkan. Sebelum itu, sapu hormon perakaran di hujung yang luka dan balut dengan plastik bersama tanah campuran. Apabila dahan mula berakar, kerat bahagian bawah dahan dan pindahkan dalam polibeg berisi tanah campuran. Letak di tempat redup dan dedahkan kepada cahaya matahari secara beransur-ansur.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *