Membaja Pokok Landskap

MEMBAJA POKOK LANSKAP
Tumbahan lanskap seperti pokok renek,rimbun,penutup bumi dan rumput taman seperti juga bendabernyawa memerlukan makanan untuk tumbesaran supaya dapat mengeluarkan dahan, daun serta akar yang sihat dan segar.Zat makanan seperti nitrogen (N),fosforan (P),kalium (P) dan zat makanan lain akan diseran daripada tanah oleh akar sebagai sumber makanan.Namun,ada masanya baja bertentu perlu digunakan untuk menghasilkan zat makanan ini.

 

Pokok mengambil lebih kurang 10zat makanan merangkumi carbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (O) yang diperolehi dalam udara dan air selain daripada bahan organik dalam tanah yang mesti direputkan dahulu dan diambil dalam bentuk ions oleh akar.Zat makanan daripada baja kimia juga bolej digunakan dengan mudah dan keperluan penggunaannya tidak beza dengan zat makanan ions.Malah, pokok akan tumbuh lebih sihat dan segar dengan menggunakan gabungan baja organik dan kimia. Keperluan Zat Makanan

• Tumbuhan memerlukan zat makanan daripada tiga kumpulan yang mempunyai simbol tertentu yang dipamer pada lebel baja.Kumpulan pertama yang mewakili unsur makro terdiri daripada nitrogen,fosforan dan.kalium;kumpulan kedua mewakili unsur makro primer merangkumi kalsium (Ca), magnesium (Mg) dan sulphur (S) manakala kumpulan ketiga ialah unsur makro sekunder iaitu ferum(Fe),manganese (Mn),kuprum (Cu),zingkam(Zu),boron(Bo),molydentum(Mo),chlorin(Ci),kobalt(Co) dan sodium (Na)
Kapur Dan Keasidan Tanah

 

Tanah masam atau asidik selalu diketengahkan dalam lanskap dengan simbol pH, iaitu ukuran untuk menentukan keadaan tanah di dalam taman masam (asidik) atau alkalin.Sekiranya bermula daripada pH 0.0 (paling masam) hingga pH 14.0(paling alkalin) dan skala pertengahan pH 7.0 iaitu neural.Tanah yang mempunyai pH4.5 hingga 5.0 membekalkan zat makanan seperti nitrogen,fosforan,kalium,magnesium dan sulphur yang rendah. Tanah yang mempunyai pH7.5 hingga 8.5 boleh menyebabkan fosforan, ferum,magnesium dan boron tidak dapat diambil oleh pokok.Berbanding tanah yang mempunyai nilai pH5.5 hingga 6.5 hampir semua zat makanan mampu diserap oleh pokok untuk tumbesarannya.Bagi menentukan tahap keasidan tanah yang ada dalam taman,kita boleh menggunakan alat meter pH atau menghantar contoh tanah kepada agensi yang boleh melakukan analisis sedemikian.

 

Fungsi Unsur Utama
Nitrogen,fosforan dan kalium adalah zat.makanan terbesar dan paling penting kerana ia perlu diambil dalam jumlah yang besar serta memberi kesan ketara terhadap tumbesaran pokok.

Nitrogen
Unsur penting untuk menghasilkan kehidupan klorofi dalam tumbuhan, terutama pada daun.Pokok yang kekurangan nitrogen akan terbantut(stunted) dan mengeluarkan daun kuning bertompok merah.Pelbagai baja nitrogen dijual di pasaran yang mempunyai peratusan nitrogen berbeza seperti
Ammonia sulphur (21%), Anmonia nitrate(31%),urea(46%) dan Potassium nitrate (13%),.Baja tunggal nitrogen beloh diberi di pusat semaian.Paling popular ialah urea kerana ia cepat larut dan mudah diserap oleh pokok.

Foaforan
Unsur penting untuk pembentukan tisu dalam.pembahagian sel.Ia juga membantu menggalakkan pembentukan anak bernih tumbesaran akar,pembungaan dan pembentukan buah serta biji bernih.Kekurangan zat fosforan mengakibatkan tumbesaran akar dan pokok terbantut serta menghasilkan daun berwarna hijau tua dan ungu.Antara baja fosforan yang ada di pasaran ialah superpbospbate (DSP) dan Triple superpbospbate(TSP).

Kalium
Menggalakkan pembentukan klorofil ,kekuatan sel dan pengerakan air dalam tumbuhan.Ia juga membentuk ketahanan daripada serangan penyakit dan meninggikan muti buah,bunga dan biji bernih.Kekurangan kalium mengakibatkan dahan lemah,daun menjadi kuning serta berwarna coklat dan lecuh di bahagian tepi.Baja Potassium chloride (49%) selalu digunakan untuk membekal zat kalium.Nitrogen, fosforan dan kaliun disebut sebagai the big tree kerana bertindak sebagai fungsi utama dalam tunbesaran pokok dan diambik dalam jumlah yang banyak dibandingan dengan zat
makanan lain.Kebanyakan baja taman (garden fertilizers) dalam bentuk lengkap atau sebatian mengandungi ketiga-tiga unsur utama NPK dan beberapa unsur mikro.

Baja Organik
Kumpulan baja organik termasuk baja daripada sisabaki haiwan atau tumbuhan selalunya mempunyai zat makanan NPK yang rendah.Sisabaki ini cukup istimewa kerana dapat memperbaiki tekstur dan struktur tanah supaya menjadi gembur dan peroi.Sisabaki haiwan seperti serbuk tulang,bone meal,darah dan tulang adalah baja organik yang boleh digunakan untuk pokok hiasan.Selain itu, majis haiwan yang dicampurkan air boleh dijadikan baja larutan untuk tanaman sayuran dan ulam.Masukkan najis haiwan seperti tahi berkenaan digantung bagi membolehkan zat makanan keluar daripada fermantasi bakteria. Untuk menggunakkan baja organik haiwan,ia perlu ditabur dengan sukatan 150 hingga 250 gram pada setiap satu meter persegi tanah gembur.Peratus kandungan zat makanan dalam sisabaki haiwan
dan tumbuhan berbeza antara satu sama lain.

Analisisnya adalah seperti berikut :
Baja Haiwan N P K
Lembuh 1.0 0.5 0.5
Ayam 2.5 1.8 1.0
Ayam (untilan) 5.0 3.5 1.5
Kuda 0.7 0.5 0.5
Kambing 2.0 0.5 0.5
Sisabaki Organik
Serbuk tulang 3.0 10.9 –
Darah & tulang 6.0 7.0 –

 

Baja Kompos
Kompos ialah sumber bahan organik yang paling murah dan mudah diperolehi.Salah satu cara untuk menghasilkan baja kompos ialah menerusi kaedah kitar semula menggunkan bahan hijauan dan sisa buangan dapur.Selain itu rumput rumpai.ranting pokok,kulit buah,kulit telur, perut ikan, dan makanan basi boleh digunakan.Pelbagai cara boleh diamalkan untuk membuat baja kompos dan yang paling mudah ialah menerusi cara bakul kompos (compos basket) yang dibentuk daripada dawai dan
ditempatkan di beberapa kawasan taman.

 

Baja Inorganik
Baja inorganik atau kimia adalah kumpulan baja yang paling banyak dibeli dan diguna di negara ini.Ia mengandungi zat makanan yang lengkap dan kandungan peratus zat yang berbeza mengikut keperluan pokok. Baja inorganik selalunya mudah larut,padat dan boleh diperolehi dalam bentuk serbuk,berbutir dan cecair.Antara baja inorganik yang popular untuk pokok hiasan ialah NPK Hijau 15:15:15 TE khusus untuk memastikan kehijauan pokok. Bagi menggalakkan penghasilan bunga dan buah sebaiknya pilih
baja NPK 13:20:20 TE manakala baja dedaun (foliar) digunakan untuk perkembangan daun.Ia adalah baja istimewa untuk pokok istimewa seperti anggerik dan mampu memberi kesan yang pantas.Baja dedaun mangandungi peratus zat makanan yang tinggi seperti NPK 21:21:21.

Cara Membaja
Pelbagai cara boleh diguna untuk menbaja pokok. Jumlah sukatan dan jenis baja yang dipilih adalah bergantung kepada jenis pokok hiasan yang ditanam.

Taburan
Satu cara yang mudahh dilakukan iaitu dengan hanya menaburkan baja di atas permukaan tanah.Selepas itu, tanah perlu digemburkan supaya baja bergaul dan masuk ke dalam tanah.

Poket
Buat beberapa lubang sedalam 29 hingga sentimeter serta di masukkan baja yang sudah disukat.

Salur
Gali satu saluran sedalam 15 hingga 20 sentimeter di sekeliling pokok. Selepas dimasukkan baja, saluran perlu ditutup.Cara ini sesuai untuk pokok besar dan renek.

Dedaun
Baja dedaun dibancuh dengan air dan disembur pada daun. Zat makanan diserap melalui stomata daun.Kaedah penggunaan baja ini lazimnya menghasilkan tindak balas yang cepat dan berkesan.

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *