Kegunaan Mural di Dinding Rumah

Apa itu mural ? Merujuk Kamus Dewan, mural adalah lukisan atau gambar yang besar pada dinding. Kini mural ditonjolkan dalam bentuk kertas dinding yang mudah dipasang di kediaman.

Pengurus Besar Goodrich  Global (KL) Sdn Bhd, Jansen Poon menyarankan penggunaan kertas dinding mural sebagai pengganti lukisan dan cat. Kaedah ini juga adalah pilihan paling terbaik untuk pengguna yang mahu kediaman mereka nampak unik selain dapat menonjolkan gaya peribadi.

Dalam memenuhi permintaan, Goodrich menyediakan pelbagai terma dan motif yang sesuai untuk menyeri kemasan dinding di ruang tamu, ruang makan, bilik tidur dan ruang pejabat.

TERBARU

Kini Goodrich muncul dengan himpunan eksklusif lukisan tangan pelukis dari China yang diutarakan menerusi siri ArtCreation Collection. Ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia menyajikan teknik lukisan istimewa menerusi penghasilan mural terang memikat di atas pelapik dinding vinil.

Pilihan terbaru ini menambahkan kepelbagaian rekaan sekali gus membolehkan anda memilih penyeri dinding yang menggambarkan gaya dan personality, selain menyingkap cita rasa seni peribadi menerusi warna, ukuran serta gaya tidak berpenghujung.

KEISTIMEWAANNYA

Pemilihan vinil didorong oleh cirinya yang tahan lasak. Penggunaan vinil boleh dibasuh memastikan ‘karya agung’ bertahan lebih lama berbanding pelapik dinding yang sebelumnya dibuat di atas sutera dan kanvas. Namun bergantung kepada bahan buatannya juga; ada yang hanya boleh divakum tetapi kebanyakannya boleh dilap. Apapun, lihat dahulu keterangan yang disertakan. Jika ditulis boleh cuci, tidak bererti anda dibenarkan menggunakan air panas tetapi sekadar membilasnya dengan kain lembap.

Selain itu, produk berkualiti tinggi ini juga selamat dan mesra alam. Semua itu dibuktikan melalui bahan bermutu berbentuk pelarut bebas berasaskan air dan dakwat kurang asap (smokeless inks)

Mural turut dilengkapi bahan yang tidak menggalakkan kebakaran diiktiraf sebagai kelas A dalam kod keselamatan. Himpunan ini didatangkan dalam bentuk panel dengan lebar berukuran 45.72 sentimeter setiap satu. Ukuran lebar seperti ini memudahkan kerja mengangkut dan memasang.

PANDUAN PENJAGAAN DAN PENYELENGGARAAN

  • Kesan kotoran perlu segera dibersihkan bagi menghindari sebarang kemungkinan tindak balas antara kesan kotoran dan kertas dinding. Kekotoran degil dikhuatiri mengubah dan melunturkan warna serta corak asal kertas dinding.
  • Tompok kotoran biasa boleh dihilangkan dengan sabun berkuasa lembut dan air suam. Cuci sebersih-bersihnya dengan air bersih. Pedap kertas dinding sehingga kering menggunakan tuala kain tiras lembut.
  • Pencuci berkuasa disyorkan untuk kotoran degil. Namun anda disarankan mencuba sedikit di permukaan yang berwarna gelap atau bahagian yang tidak mudah dipandang sebelum mencubanya pada keseluruhan dinding. Elakkan menggosok terlalu kuat bagi mengelakkan warna dan corak daripada hilang atau luntur.
  • Jangan sesekali menggunakan berus dawai, pencuci serbuk, bahan pelarut seperti cecair pencuci pengilat kuku, tar dan semburan pembunuh serangga kerana boleh merosakkan kertas dinding.
Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *