Bonsai Di Bentuk Menjadi Sangai Kecil

bonsai

BONSAI DIBENTUK MENJADI SANGAT KECIL

Bonsai yang bermaksud pokok di dalam bekas adalah gabungan dua perkataan Jepun, iaitu ‘bon’ (bekas) dan ‘sai’ (pokok). Asalnya pokok dijaga dan dibentuk pembesarannya dalam ukuran yang sangat kecil atau minitur, tetapi pada masa sama kekal asli dan mampu hidup lama. Lama-kelamaan, teknik pembentukan pokok bonsai semakin diminati dan berkembang sehingga menjadi satu seni yang masyhur.

  1. Gaya Penyapu (Hokidachi) – sesuai untuk pokok yang mempunyai banyak ranting dan menggambarkan pokok tumbuh tanpa bersaing dengan pokok lain.
  2. Gaya Tiang Rasmi (Chokkan) – batang kian mengecil semakin pokok meninggi.
  3. Gaya Air Terjun (Kengai) – dibentuk umpama tumbuh di atas cerun dan dahannya menghala ke bawah seolah-olah ditiup angin. Gaya ini memerlukan pokok ditanam di dalam pasu tinggi supaya dahan boleh tumbuh ke bawah.
  4. Gaya Condong (Shakkan) – batang pokok seakan bersandar pada satu penjuru dan condong 60 hingga 80 darjah. Gaya ini menggambarkan pokok sedang ditiup angina kuat.
  5. Gaya Tiang Tidak Rasmi (Moyogi) – batang tumbuh tinggi, berbentuk S dan miring ke kanan atau kiri. Gaya ini menggambarkan bertahun lamanya pokok menangkis angin.
  6. Gaya Pujangga (Bunjingi) – batang tumbuh tinggi dan tidak mempunyai ranting yang membawa gambaran seolah-olah bersaing dengan pokok lain untuk hidup dan tumbuh tinggi bagi mendapatkan cahaya matahari.
  7. Gaya Ditiup Angin (Fukinagashi) – batang dan dahan pokok condong ke satu arah seolah-olah ditiup angin kuat.
  8. Gaya Batang Berganda (Sokan) – dua batang pokok berkongsi akar yang sama namun mempunyai ukuran berbeza.
  9. Gaya Banyak Batang (Kabudachi) – menyerupai Sokan cuma tiga batang pokok atau lebih berkongsi akar yang sama.
  10. Gaya Hutan (Yose-ue) – dua atau lebih pokok bonsai daripada jenis serupa ditanam dalam satu bekas dan menggambarkan keadaan semula jadi hutan.
  11. Gaya Tumbuh Di Atas Batu (Seki-joju) –akar menutupi permukaan batu di bawahnya, yang menggambarkan seolah-olah pokok bonsai mampu hidup walaupun di atas batu.
  12. Gaya Tumbuh Di Dalam Batu (Ishisuki) – pokok bonsai digambarkan seolah-olah tumbuh di celah-celah batu dan mendapati khasiat makanan dari rekahan dan lubang pada batu berkenaan.
  13. Gaya Rakit (Ikadabuki) – mengambil fenomena yang berlaku akibat tanah runtuh apabila pokok tumbang dan mati, kemudian digantikan dengan pokok baru.

   

PENJAGAAN

  • Siram pokok apabila tanah di dalam pasu hampir kering. Kekerapan menyiram bergantung kepada jenis dan ukuran pokok serta cuaca, namun bukan setiap hari. Yang penting, pantau tahap kelembapan tanah dan apabila hampir kering, siram sehingga air keluar dari lubang pasu, kemudian siram semula selepas 10 minit. Ini bertujuan memastikan semua bahagian pokok, termasuk akar menerima air secukupnya.
  • Hendaklah kerap dibaja memandangkan pokok ditanam di dalam pasu dan dengan itu tidak dapat mencari makanan sendiri. Kekerapan membaja bertujuan memastikan pokok menerima khasiat secukupnya untuk hidup lama. Tiga unsur asas yang perlu ada dalam baja ialah nitrogen (menggalakkan pertumbuhan daun), fosforus (menguatkan akar) dan potassium (menggalakkan pertumbuhan bunga dan buah).
  • Letakkan di tempat yang sesuai. Walaupun senang dijadikan tanaman hiasan luar, pokok bonsai juga boleh diletakkan di dalam rumah. Namun seelok-eloknya letak di kawasan terang dan terbuka kerana pokok bonsai memerlukan cahaya matahari untuk hidup.

 

 

 

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *