Prinsip Memilih Kemasan Lantai

Prinsip Memilih Kemasan Lantai
Memilih bahan kemasan lantai yang baik dan sesuai adalah antara masalah kerap dihadapi
pemilik rumah, terutama di kalangan mereka yang membina rumah baru atau membuat
pengubahsuaian.Soalan yang sering ditimbulkan termasuklah :
 Adakah rupanya cantik bila siap dipasang ?
 Bagaimana hendak memilih bahan dengan hanya melihat contoh yang kecil atau
daripada katalog ?
 Adakah rupanya sesuai dan padan dengan reka bentuk dalaman rumah keseluruhannya?
 Adakah ia mudah dijaga supaya sentiasa kelihatan cantik tanpa mengeluarkan banyak
tenaga, masa dan wang?
 Berapa lama ia akan kelihatan seperti baru?
 Adakah lantai itu sesuai dengan cirri tertentu dikehendaki seperti tidak licin dan selamat
untuk anak kecil serta orang tua?
 Berapakah hargannya dan adakah perlu berbelanja banyak hanya untuk permukaan
yang terletak di bawah kaki sahaja ?
ESTETIKA
Penyesuaian estetika terhadap gaya dan suasana adalah sesuatu yang memerlukan pengalaman,
cita rasa atau nasihat pereka bentuk dalaman.Lantai adalah satu unsure penting yang
mempengaruhi rupa dan suasana dalaman.Ruang yang cantik biasanya mempunyai lantai
bersifat tertentu yang membuatkan ia istimewa,misalnya mungkin dikemaskan dengan bahan
yang nampak semulajadi supaya membentuk latar belakang anggun (seperti marmar) atau
menyediakan reka bentuk berwarna-warni (seperti jubin).
Walau macam mana rupa dan reka bentuknya, lantai seharusnya cantik walaupun tanpa
perabot atau perhiasan di ruang berkenaan.
Sewaktu memilih bahan, lakukan dengan menggunakan contoh yang banyak.Buat
permulaan, contoh kepingan kecil boleh digunakan sebagai panduan dan apabila hendak
membuat keputusan,minta daripada pembekal contoh sebenar kemudian cuba letak di tempat
yang hendak dipasang bagi mendapatkan gambaran nyata. Letakkan beberapa pilihan bagi
memudahkan anda membuat keputusan.
Perlu diingat bahawa cahaya yang masuk akan menukar rupa dan warna bahan kemasan.
Cahaya lampu juga akan mempengaruhi warma yang dipilih. Untuk itu, lebih baik sekiranya
contoh bahan dilihat di bawah cahaya lampu sebenar.

 

FUNGSI DAN KEUPAYAAN LANTAI

1. Kenal pasti kegiatan yang akan dijalankan.Bagi ruang yang kerap digunakan,lantai
mestilah tahan lasak manakala yang jarang diguna boleh dikemaskan dengan bahan
lebih halus.Permaidani misalnya,jika diletakkan di ruang yang kerap dipijak
menjadikannya cepat luntur, oleh itu, bagi permaidani yang mahal boleh diletakkan di
tempat tumpuan,tetapi tidak kerap dipijak.
2. Ketahanan bahan menjadi cirri penting pemilihan.Contohnya mutu permaidani boleh
dilihat berdasarkan berapa lama ia boleh diguna.Tanya penjual mengenai hal ini.
3. Faktor tidak licin penting dalam memilih kemasan untuk ruang seperti bilik mandi,ruang
dapur,tempat letak kereta dan tempat lain yang sering basah.
4. Mudah dibersih dan dijaga juga harus dititik beratkan bagi :
 Menentukan kecantikan lantai
 Kebersihan dan kesihatan – pembersih yang sesuai perlu digunakan untuk
membersih jubin dan penyambung di bilik mandi manakala di dapur seharusnya
tidak berminyak serta sentiasa bersih bagi mendapatkan ruang yang selamat
sewaktu menyediakan makanan.
 Menentukan kecantikan berkekalan – sesetengah kemasan memerlukan bahan
penjagaan khas dan ia perlu dilakukan berulang mengikut tempoh waktu tertentu.
5. Keperluan khas seperti tidak lut kimia ditentukan mengikut keperluan ruang.
6. Keperluan sesetengah ruang seperti ruang akustik yang memerlukan suasana senyap
perlu menggunakan kemasan bersesuaian.

 

PENJAGAAN
Memilih warna dan corak yang betul dapat menolong meringankan beban penjagaan.Warna
dengan tona sederhana dan corak sesuai dapat menyorok kekotoran.Prinsip ini amat berguna
untuk bilik mandi,ruang dapur dan ruang yang kerap diguna.Kaedah ini juga boleh diteteapkan
dalam memilih permaidani dan seeloknya pilih warna serta corak tahan lasak.
Penjagaan yang baik perlu dilakukan untuk bahan yang pendek jangka hayatnya.Dalam hal
ini,walaupun perbelanjaan memasang kemasan yang panjang jangka hayatnya mahal, ia tetap
menguntungkan kerana tidak perlu ditukar selalu.

 

PEMASANGAN
Aspek pemasangan sewaktu pembinaan dan penyediaan permukaan sebelum pemasangan
kemasan akhir adalah penting kerana masalah hanya akan timbul selepas bertahun-tahun
siap.Semak dengan pembekal mengenai hai ini dan dapatkan nashat mereka.

 

PERBELANJAAN
Ada pelbagai pilihan bahan kemasan di pasaran. Perlu diingat bahawa harga yang tinggi
selalunya member lebih kepuasan.Bagaimanapun,menggunakan prinsip ‘keberkesanan
perbelanjaan yang member kelebihan maksimum dengan reka bentuk cantiik’ membolehkan
anda membuat pilihan yang baik.
Satu kaedah lain ialah dengan melihat lantai sebagai dasar kepada rupa,imej dan suasana
reka bentuk dalaman.Lantai yang cantik berpengaruh mewujudkan ruang dalaman yang menarik
dan pelaburan ini seharusnya dibuat sebaiknya.
Lantai adalah satu unsure yang kekal dan jika anda berhasrat memiliki ruang dalaman
menarik,perkara pertama yang harus dititikberatkan ialah mutunya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *