Memanfaatkan Cahaya Semulajadi

Dalam mereka bentuk pencahayaan dalaman, tugas yang dimainkan cahaya semulajadi tidak harus diketepikan, bahkan harus dimanfaatkan bagi mewujudkan ruang dan suasana yang menarik.Pencahayaan semulajadi hendaklah digunakan secara praktikal bagi menerangi ruang dalaman supaya sebarang kegiatan dalam rumah boleh dijalankan dengan tahap pencahayaan  yang mencukupi dan selamat.
Oleh kerana pencahayaan semulajadi bergantung kepada kedudukan matahari,cuaca
dan masa,maka ia menjadi unsur yang boleh berubah.Ini menjadikannya lebih dinamik dan member cabaran kepada pereka bentuk untuk menangkap suasana artistic dan dramatic kedalam bangunan.

Beberapa panduan boleh diikuti dalam menghasilkan reka bentuk menarik
menggunakan cahaya semulajadi,antaranya :

 Kenal pasti keperluan setiap kegiatan yang akan dilakukan di ruang berkenaan dan
tahap pencahayaan yang diperlukan.
 Lihat sama ada terdapat cukup tingkap,panel kaca atau lubang yang boleh dimasuki
cahaya.Adakah kedudukan dan bentuk tingkap ,pintu atau lubang berkenaan sesuai dan memerlukan pengubahsuaian untuk menambah tahap cahaya atau tarikan
esteika.Pastikan juga sebarang tambahan atau tingkap tidak akan menjejaskan struktur
bangunan.
 Kenal pasti bentuk dan arah kemasukan cahaya matahari.Adakah ia selesa,cantik dan menarik? Adakah ia mewujudkan bayang yang menarik dan dramatic?
 Pastikan juga sama ada pemandangan di luar tingkap atau pintu menarik dan perlu
dikekalkan serta sama ada pandangan orang di luar mengganggu dan mendatangkan
masalah.
 Unsur seni bina lain seperti balkoni,patio,sengkuap dan pergola yang terletak
berhampiran ruang berkenaan akan mengubah mutu cahaya yang masuk.
 Perhatikan arah masuk dan corak perjalanan matahari dari pagi hingga senja.Catatkan bila suasana berbeza diwujudkan,misalnya suasana romantic,dramatic,cantil atau waktu yang menyilaukan dan paling tidak selesa.

Apabila unsur ini sudah dikenal barulah difikirkan cita rasa anda bagaimana hendak
memenuhi keperluan kegiatan yang dijalankan sambil mewujudkan suasan menyenangkan serta menarik bagi ruang dalaman.Banyak pilihan yang boleh dibuat,antaranya:

1. Penggunaan tingkap dan pintu kaca – sekiranya pemandangan di luar berupa
taman yang cantik dan cahaya matahari yang masuk sentiasa lembut,maka
tingkap atau pintu kaca sorong boleh dibiar tanpa langsir.Ini membenarkan
pemandangan yang cantik menjadi satu gamber menarik.Bentuk tingkap dapat
menjadi bingkai kepada ‘gambar pemandangan’ ini.Suasana sebegini sungguh
mengesankan dan cahaya semulajadi sentiasa selesa serta menyenangkan.

2. Penggunaan tirai sebagai hiasan dan unsure tarikan – tingkap dan pintu kaca
sorong boleh dihiasi tirai pelbagai tekstur,warna serta corak.Jenis tirai biasanya
bergantung kepada fungsi dikehendaki.Apabila waktu siang dan cahaya
matahari agak terang,tingkap dan pintu kaca sorong bolehlah ditutup tirai
daripada fabric renda atau kasa putih kerana ia menapis dan membenarkan
cahaya masuk,selain menghalang orang luar memandang jelas ke dalam rumah.
Pada waktu malam pula,tirai daripada fabric lebih tebal serta berwarna dan
bercorak menarik boleh dipasang supaya tidak ada siapa yang dapat menengok ke
dalam.Pada waktu malam, pemandangan di dalam rumah menjadi lebih jenis kerana
suasana gelap di luar.

3. Penggunaan blok kaca sebagai dinding – mewujudkan suasana yang istimewa
di dalam rumah.Ia membenarkan cahaya masuk,selalunya selesa dan tidak silau,
di samping memberikan suasana terasing yang agak memuaskan walaupun tidak
sepenuhnya.Oleh kerana bahannya menarik,ruang ini akan sentiasa mempunyai
mutu cahaya yang istimewa.

4. Penggunaan kaca istimewa – ada pelbagai jenis kaca di pasaran.Penggunaanya
boleh menghindari pemandangan.Kecantikkan dan keunikan kaca istimewa ini
adalah rupa,reka bentuk,tekstur dan hubungnya dengan cahaya itu sendiri.

5. Penggunaan kekisi kayu – dalam unsure seni bina tingkap dan pintu,kita juga
boleh menggunakan kekisi kayu dan grid kayu (lattice work) untuk menapis
cahaya dari luar serta sebagai unsure menarik bagi hiasan dalaman.Penggunaan
bahan ini menimbulkan suasan lebih semulajadi sekiranya warna asalnya
dikekalkan.Bayang – bayang yang diwujudkan juga menambahkan tekstur ruang
dalaman,mewujudkan tarikan estetika dan sekali gua membuatnya kelihatan
hidup.
6. Penggunaan unsur seni bina lain – setiap ruang mempunyai perasaannya
sendiri dan cahaya yang dihasilkan kesan binaan seperti patio,balkoni serta
pergola mempunyai mutu tersendiri.Binaan ini menapis cahaya dan
mewujudkan bayang –bayang yang dramatic ke dalamn ruang.

7. Penggunaan jendela bumbung – jarang terdapat di Negara ini, bagaimanapun
jika rumah anda mempunyai lubang tingkap atau panel kaca yang membenarkan
cahaya masuk dari bahagian atas (bumbung),maka cahaya yang dihasilkan
adalah menarik dan mengesankan.Masalah yang mungkin dihadapi ialah panas
terik pada waktu tengah hari.

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *