Hias Rumah baru – Bagaimana Harus Memulakan

hias rumah baru

HIAS RUMAH BARU

BAGAIMANA HARUS MEMULAKAN

Kadangkala kita menjadi buntu dan sukar membuat keputusan dalam menghias kediaman baru. Soalan-soalan seperti apa yang patut dilakukan dan bagaimana harus memulakan adalah pertanyaan lazim yang sebenarnya , ada jawapan.

Sebelum melakukan apa-apa, termasuk membeli-belah, anda perlu mengenali dahulu ruang dan cita rasa diri. Ini langkah paling penting. Begitu pun, jangan lupa pilihan pasangan anda dan ahli keluarga yang lain kalau anda tidak tinggal sendirian. Jangan fikir perasaan anda sahaja, tetapi hargai juga kehendak penghuni yang lain supaya masing-masing seronok berada di dalamnya. Anda munkin boleh member kebebasan kepada mereka untuk menghias bilik masing-masing, tetapi bagi ruang umum seperti ruang makan, ruang dapur dan ruang tamu, carilah kemuafakatan yang dapat menggembirakan semua. Ingat, anda tidak boleh memaksa orang lain menyukai apa yang anda suka tetapi anda boleh mempengaruhi mereka secara lembut dan diplomasi untuk menerima pilihan anda.

Perlu diketahui, peraturan menghias rumah memang wujud dan ini menjadi asa kepada tindakan selanjutnya. Ramai paker bersetuju bahawa mempelajari peraturan menghias adalah langkah pertama meleraikan peraturan berkenaan ketika diperlukan kelak. Jesteru itu, kami cuba membantu anda memenuhi impian dalam menghias kediaman baru menerusi 28 langkah berikut.

  1. Lakar pelan lantai dan catat ukuran bilik serta tingkap, termasuk kedudukannya dan sudut-sudut hiasan yang menarik pandangan , punca elektrik dan sebagainya. Bawa pelan ini apabila keluar membeli-belah supaya barangan yang dibeli tidak tersalah ukuran dan tempat.
  2. Memperuntukan masa untuk mengenal pasti gaya peribadi menerusi pembacaan, berkunjung ke ruang pameran atau melayari internet dan simpan maklumat berkenaan supaya dapat mempelajari gaya dan warna yang menarik minat anda.
  3. Kenal pasti titik lampu di ruang tertentu seperti pemandangan luar tingkap, dinding, katil atau kabinet.
  4. Kenal pasti gaya bilik secara khusus dan tuliskan perkara itu. Misalnya, gaya Inggeris kedesaan membabitkan pengunaan sofa fabrik berbunga halus, kertas dinding jalur dan warna pastel.
  5. Pilih satu perhiasan utama untuk menunjukkan gaya hiasan pilihan, mungkin sekeping fabrik bermotif menarik, ambal, gambar, himpunan tembikar, kelengkapan hidang atau pun poskad. Bagaimanapun, perhiasan pilihan itu mestilah sesuai dengan warna bilik dan gaya serta suasana yang ingin ditampilkan.
  6. Cuba sesuaikan dulu fabrik sofa dan langsir dengan pilihan lantai sebelum membuat sebarang pembelian lain yang lebih besar. Tentukan apakah warna yang sesuai untuk kemasan lantai.
  7. Beli kemasan utama dahulu seperti ambal, langsir/tabir dan sarung sofa serta ambil warna dan gaya bahan ini untuk disesuaikan dengan perhiasan lain.
  8. Pilih corak campuran – besar, kecil, petak, jalur, geometri dan polos untuk menghias bilik.
  9. Jangan lupa memperuntukan kawasan laluan di dalam ruang (seperti dari pintu ke almari) dan cuba bayangkan aturan perabot di situ.
  10. Beri perhatian terhadap penggunaan dan fungsi bilik sebelum membuat pilihan , misalnya jika ruang makan turut digunakan sebagai tempat belajar maka anda perlu menyediakan kelengkapan dan pencahayaan yang secukupnya.
  11. Cuba guna unsur yang dapat mewujudkan penyatuan seperti warna kayu, lantai, motif, fabrik dan perhiasan.
  12. Guna prinsip pengulangan sewaktu merancang pilihan warna, fabrik dan corak. Jika menerapkan satu warna merah sahaja mungkin akan dilihat sebagai tindakan yang tiba tidak dirancang. Ini berbeza kalau menyuntik beberapa tona merah menerusi beberapa unsur.
  13. Rancang awal-awal sistem pencahayaan, untuk keperluan tugasan, umum dan dramatik agar dapat mewujudkan kesan menarik. Seelok-eloknya guna alat kawalan cahaya.
  14. Beli perabot bermutu mengikut kemampuan. Ambil tahu mengenai mutu binaan dan bahan yang dapat memanjangkan jangka hayat perabot.
  15. Tidak salah menerapkan unsur pertentangan sebagai menambah gaya. Bahkan dengan menempatkan perabot dan perhiasan berlatarkan warna dinding yang bertentangan berupaya menyerlahkan perabot dan perhiasan berkenaan.
  16. Wujudkan kesefahaman antara ruang menerusi pengulangan warna, fabrik dan tema dalam perbagai gabungan.
  17. Seimbangkan kemasan bilik dengan memberi perhatian kepada cirri skala dan berat mengikut pandangan kasar.
  18. Bentuk ruang bersembang di dalam kawasan berkeluasan 0.7 hingga 1.3 meter persegi. Padankan tempat duduk bersama-sama meja sisi dan lampu supaya ada ruang untuk menghidangkan minuman, membaca buku dan sebagainya. Jangan lupa menyediakan pencahayaan secukupnya.
  19. Pilih perhiasan tambahan yang dapat menegaskan lagi warna dan gaya tema sesebuah ruang.
  20. Pilih corak bagi mewujudkan satu titik tumpu yang menarik pandangan.
  21. Dicadangkan supaya mengguna perhiasan secara berpasang-pasangan bagi membentuk keseimbangan di dalam ruang.
  22. Guna perhiasan dalam angka ganjil (3, 5, 7) untuk ditempatkan di atas meja dan susun perhiasan (tinggi, sederhana dan rendah) dalam lingkungan bentuk segi tiga bagi membangkitkan seri.
  23. Bagi ruang rasmi, pilih gaya susunan simetri manakala ruang tidak rasmi bolehlah menyusun perabot dan perhiasan dalam gaya lebih bebas.
  24. Beri penegasan kepada unsur terpenting di dalam ruang dan kurangkan unsur yang tidak begitu menarik supaya tumpuan dapat diberikan kepada apa yang kita tonjolkan.
  25. Manfaatkan pelbagai jenis tekstur (licin, kasar, berkilat dan sebagainya) apabila mahu mewujudkan kelainan suasana.
  26. Wujudkan garisan bagi menyempurnakan ruang seperti garisan melintang menimbulkan kesan memanjang dan memberi ketenangan manakala garisan menegak menegaskan ketinggian dan garisan menyerong pula menawarkan suasana dinamik dan menarik.
  27. Tonjolkan gaya dan tema di dalam sesebuah bilik dengan perincian hiasan tertentu. Jika ruang kosong bolehlah ditambah lepa kumai dan birai hias untuk menghidupkan ruang.
  28. Beri perhatian kepada kedudukan kediaman dan seni bina sewaktu merancang hiasan dalaman.

8 PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN

  1. JANGAN MENGECAT DAHULU. Anda boleh membeli sebarang warna malah boleh mencampurkan cat mengikut apa sahaja warna yang dikehendaki. Jesteru itu, pilih fabrik, permaidani dan sarung kusyen dahulu. Perlu diingatkan bahawa kepingan kecil contoh cat yang lazim diberikan oleh jurujual akan Nampak cantik di bawah cahaya lampu kalimantang di dalam kedai, tetapi apabila warna itu disapu pada dinding di rumah kesannya munkin mengecewakan anda. Oleh itu, beli satu tin kecil cat dan sapu di bahagian kecil dahulu untuk melihat persembahan warna itu di dalam ruang yang menerima pencahayaan semula jadi. Sekiranya tidak mahu mengotorkan dinding dengan ujian itu, anda boleh menyapunya di atas kadbod dan lekatkan pada dinding bilik yang dicadangakan.
  2. JANGAN TERUS MEMBELI. Kunjungan pertama ke kedai hiasan dalaman sepatutnya sekadar mengumpul maklumat dan membayangkan bagaimana produk yang ditawarkan di kedai itu dapat menhiasi rumah anda. Kalau boleh minta kepada jurujual atau tauke kedai contoh bahan yang hendak dibeli supaya dapat dibawa pulang bagi melihat kesannya di rumah.
  3. JANGAN SEKALI-KALI ABAIKAN TITIK TUMPU. Tidak semua ruang perlu mempunyai titik tumpu. Pelbagai cara boleh dibuat untuk menghasilkan titik tumpu, sama ada menerusi kemasan kelengkapan mahupun perhiasan.
  4. JANGAN SUSUN SEMUA PERABOT RAPAT KE DINDING kecuali jika anda tidak ada pilihan seperti ruang sempit. Seelok-eloknya atur kedudukan perabot mengikut fungsinya seperti set sofa untuk bersembang disusun mengelilingi meja kopi yang diserikan dengan perhiasan.
  5. JANGAN MENGHALANG LALUAN. Meletak kerusi di hadapan pintu atau meja di kawasan laluan tidak sesuai sama sekali. Dalam mengatur perabot dan mengisi ruang dengan kelengkapan dan perhiasan, fikirkan kelancaran pergerakan. Jangan ghairah membeli dan menambah sehingga rumah jadi macam ruang pameran yang menyesakkan.
  6. JANGAN MEMBELI PERABOT KERANA HARGA SEMATA-MATA. Orang tua mengigatkan, alah membeli menang memakai.

 

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *