Interior Design – Membentuk Kamar Beradu

Setiap orang mempunyai tanggapan berbesa mengenai kamar beradu masing masing .Ada yang menganggapnya sebagai tempat  untuk tidur sahaja.Ada pula yang gemar mempelbagaikan fungsinya menjadi bilik kerja dan tidak kurang yang menjadinya bilik beristirehat. Ini berkait rapat dengan keselesaan dan keperluan seseorang .Untuk  memperolehi konsep ” Interior Design ” yang  menepati kehendak diri , perancangan awal adalah penting kerana itulah bakal mencorak rupa bilik tidur anda.Enam perkara asas berikut perlu anda ketahui sewaktu merancang  pembentukan

  1. PEMILIHAN BILIK

Mulakan dengan menetap bilik mana yang akan dijadikan bilik tidur utama, remaja dan kanak-kanak. Selanjutnya buat lakaran di atas kertas graf dengan menandakan semua kelengkapan dan kedudukan tingkap serta pintu, begitu juga palam elektrik dan suis lampu. Kalau anda gemar tidur lewat, elak memilih bilik tidur yang menghadap jalan raya atau sinaran matahari pagi. Dan kalua anda seorang yang mudah lelap di mana sahaja, rugi memilih bilik tidur besar sebaliknya lebih elok bilik itu diberikan kepada anak-anak yang memerlukan ruang bermain, ruang belajar dan tempat menyimpan segala macam barang permainan.

 

  1. KEWANGAN

Hal ini adalah subjektif. Sukar dinyatakan secara terperinci kerana lebih merujuk kepada kemampuan seseorang. Jika kantung besar, apa yang dihajati mungkin dapat dikotakan tetapi yang uncangnya kecil pasti mengambil langkah berhati-hati dan memilih yang benar-benar diperlukan sahaja. Bagaimanapun, jangan terlalu leka membeli sehingga terlupa yang keluasan bilik tidur anda Cuma mampu menampung sejumlah perabot sahaja.

 

  1. PERABOT

Kata orang, ukur baju di badan sendiri. Jadi anda harus bijak memilih perabot supaya bilik tidur tidak sesak dengan perabot yang tersalah ukuran. Pastikan dahulu perabot yang ingin ditempatkan di dalam bilik tidur. Bilik tidur yang luas lebih mudah diselenggara berbanding bilik tidur kecil yang menuntut kepekaan kita dalam mengurus ruang. Untuk ruang terhad, seelok-eloknya menggunakan perabot siap dipasang kerana jenis ini mampu membuatkan bilik nampak selesa dan kemas. Lagipun dengan menempah perabot, anda boleh menentukan ukuran, reka bentuk dan kedudukan kelengkapan yang hendak dimuatkan di dalam bilik tidur. Apa-apa pun, tetapkan gaya penatan yang hendak diketengahkan sebelum membeli atau menempah perabot. Pemilihan perabot yang anda buat nanti bukan sahaja menonjolkan cita rasa peribadi tetapi turut memperlihatkan gaya hidup dan penggunaan bilik berkenaan. Ingat, sebelum membeli rajin-rajinkan diri berkunjung ke kedai perabot kerana semua pilihan anda itu bakal menentukan ketrampilan bilik tidur anda.

 

  1. PENCAHAYAAN

Pencahayaan di bilik tidur sepatutnya mampu menangani segala keperluan penghuni di dalamnya, merangkumi pencahayaan terang untuk kegiatan membaca dan pencahayaan suram untuk keperluan tatkala tidur. Ringkasnya, pilihlah lampu yang boleh dikawal pencahayaannya. Dinasihatkan juga supaya memasang sekurang-kurangnya satu lampu di muka pintu untuk mengelak anda teraba-raba di dalam gelap dan ini sangat berbahaya. Adalah lebih baik jika pencahayaan umum ini dapat dikawal dari katil supaya anda tidak perlu bangkit. Sama ada anda seorang ulat buku ataupun sebaliknya, lampu sisi amat diperlukan untuk memudahkan anda mengurus diri sewaktu hendak bangun atau melihat jam di tangan apabila terjaga tengah malam. Antara jenis lampu yang sesuai dipasang di bilik tidur ialah lampu lekap, lampu dinding, lampu sorot dan lampu meja.

 

  1. RUANG PENYIMPANAN

Apa jua ukurannya, bilik tidur sepatutnya memjadi tempat yang paling mendamaikan dan selesa. Namun semua ini mungkin tidak dapat dikecapi kalua bilik tidur anda berselerak dengan pelbagai barangan pakaian bergantungan, majalah tersepah, perhiasan diri tidak tersusun. Semua ini boleh menjejas perasaan tanpa anda sedari terutama jika pulang dari kerja kerana sudahlah letih di pejabat dengan tugas dan penat di jalan raya menempuh kesesakan, kemudian pulang ke rumah melihat bilik berataburan. Tentulah keadaan ini memberi tekanan kepada anda. Bagi mengatasinya, anda perlu menyediakan satu ruang penyimpanan yang dapat menyorokan semua barangan anda. Sebab itulah anda harus bijak menyusun atur perabot asas terutama katil dan meja sisi supaya dengan itu anda memperolehi satu ruang kosong untuk menempatkan alamari pakaian yang mampu menyimpan segala perkakasan dan keperluan diri. Kalau masih ada lagi ruang, letak meja solej berlaci dan rak terbuka yang dapat memberikan tempat penyimpanan tambahan. Malah jika ada ruang di hujung katil, manfaatkannya dengan meletakkan peti kayu atau bangku yang boleh dibuka bahagian tempat duduknya manakala di penjuru boleh diisikan dengan almari rendah berlaci. Katil yang ada laci di bahagian dasarnya pun boleh diguna sebagai tempat menyimpan dokumen.

 

  1. MENGEKSPLOITASI RUANG

Banyak cara boleh dibuat untuk mendapatkan bilik tidur yang selesa asalkan anda kreatif. Jurutera Zainal Abidin Zakaria misalnya, Berjaya mewujudkan satu ruang tambahan di dalam bilik tidurnya yang sederhana luas. LIHAT GAMBAR A. Kurang senang dengan kedudukan katil yang mengadap pintu bilik mandi, beliau mengambil keputusan mengadangnya dengan membina almari pakaian siap dipasang berpintu sorong yang memncecah siling. Almari ini bertindak sebagai pembahagi ruang antara bilik mandi dan tempat tidur. Menariknya, Zainal Abidin berhasil mewujudkan satu ruang kecil di hadapan bilik mandi, yang dimanfaatkannya sebagai tempat bekerja dan ruang berdandan. Bagi mendapatkan suasana privacy, beliau memasang langsir lurus.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *