Taman Terapi Utamakan Unsur Air

taman terapi

 

Halaman belakang juga perlu dihias indah walaupun sekadar untuk dinikmati ahli keluarga. Jika mempunyai halaman yang luas, kawasan itu boleh ditukar menjadi sebuah taman terapi, dengan menggunakan unsur air sebagai titik tumpuan utama. Kehadiran air dalam sesebuah taman terbukti mampu mengurangkan tekanan dan merehatkan minda tatkala merenung ke arah air yang megalir tenang. Anda hanya perlu menyediakan tempat bersantai dan ruang air, sama ada membina kolam, air terjun mini, air pancuran atau mengisi air di dalam tempayan besar. Tentulah tidak lengkap taman jika tidak dihiasi dengan pelbagai jenis tumbuhan berdaun atau berbunga. Tanaman herba adalah paling sesuai ditanam, seiring pembentukan taman terapi yang ingin diwujudkan, selain kegunaannya merawat penyakit dan bahan masakan seharian.

 

 

 

TAMAN BATU MUDAH DIBENTUK

Taman berbatu yang mengekalkan sifat semula jadi sebenarnya mudah dibentuk. Lebih menggembirakan apabila taman begini senang dijaga dan dikekalkan sepanjang tahun. Kemunculan taman begini ada kaitan dengan gaya hidup masa kini yang semakin mengehadkan masa kita, terutama golongan bekerja, untuk berkebun. Cabaran utama sewaktu membina taman berbatu ialah menjadikannya nampak semula jadi. Hiaskan dengan banyak tumbuh-tumbuhan; lagi banyak lebih bagus dan tanaman ini berasur-ansur akan menjadi sebati secara semula jadi. Amat menarik jika mencampurkan pelbagai jenis batuan, daripada yang kecil sehinggalah besar dan pastikan anda menempatkannya pada kedudukan berbeza supaya taman mempunyai tekstur dan gaya.

 

Jika memilih pancuran terus dari dinding,pastikan pancuran cukup kecil bagi mengelak
percikan besar , terutama di kolam kecil. Percikan besar berbunyi terlalu kuat di ruang kecil dan ini menggangu suasana

jika reka bentuk rasmi menjadi pilihan, kolam bentuk geometri dan pancuran terkawal begini adalah jawapannya.Pastikan pancuran tidak terlalu tingggi , nanti menghasilkan deruan air yang mengganggu suasana rasmi itu.

Teknik penggunaan tempayan dan batu sungai juga sesuai di ruang kecil dan ia boleh diringi pokok yang gemarkan persekitaran berair saperti Aglonema dan Phillodendron.

Jenis Sisi kolam bertembok sebegini lebih selamat dan ia juga boleh menjadi tempak duduk,pada masa sama memberi sempadan jelas pada kolam. Lebih menarik jika berpemukaannya bertekstur

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *