Ubah Suai Rumah Rujuk 9 Perkara

ubah suai rumah

Sebaiknya, sebelum mengambil keputusan menambah ruang dan mengubahsuai rumah, fikiran dulu beberapa perkara. Anda tidak patut memandang mudah hal ini kerana ubah suai rumah sebenarnya ada peraturan dan larangnya sendiri. Jadi, penting bagi anda merujuk  perkara penting.

  1. Belanjawan – Ukur baju di badan sendiri. Sepatutnya dari awal lagi, anda sudah boleh menganggar jumlah wang yang bakal dikeluarkan.

 

  1. Perancangan terperinci – bagi kerja yang tidak boleh dilakukan sendiri, serahkan kepada yang pakar. Contohnya, jika anda berhajat membuat pengubahsuai besar dan rumit, anda terlebih dahulu disyorkan meminta nasihat pakar seperti juruukur bahan dan arkitek. Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja lebih. Namun hasilnya berbaloi kerana melalui mereka, anda memperolehi pelan yang lebih terperinci dan khidmat nasihat berhubung keselamatan dan jiran. Anda juga akan didedahkan dengan faktor nilai ekonomi yang mampu menguntungkan. Apa-apa pun jangan lupa tentukan dahulu bayaran perkhidmatan mereka sebelum memulakan kerja.

 

  1. Kelulusan pihak berkuasa tempatan – Berbincang dahulu dengan jiran sekiranya pengubahsuai bakal dilakukan membabitkan struktur, ini paling penting untuk kediaman rumah berangkai yang struktur binaanya bersambung dengan jiran. Membuat pengubahsuai sebelum mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) bakal menimbulkan banyak masalah. Pemilik rumah boleh didakwa, namun yang paling tidak sanggup dihadapi ialah ruang yang siap menjalani penambahan mungkin dirobohkan. Kebanyakan PBT menyediakan garis panduan mudah untuk tujuan ini. Persetujuan secara bertulis juga perlu diperolehi daripada jiran, terutama bagi yang menghuni rumah teres supaya tidak timbul kesulitan kemudian hari. Kelulusan beberapa badan berkuasa diperlukan bagi kerja yang lebih besar iatu:

 

  • Meroboh dan menambah tingkat serta ruang.
  • Membabitkan kekuatan struktur seperti rasik, tiang, kerja konkrit tetuang, alat perkhidmatan, litar elektrik, paip pembentongan dan pembuangan najis.
  • Mendapatkan kelulusan Jabatan Bomba sekiranya bangunan berkenaan adalah rumah pangsa atau bangunan awam.

 

  1. Kemampuan – Jumlah wang yang ada atau kemampuan membuat bayaran balik kepada institusi kewangan perlu diambil kira sekiranya membuat pinjaman. Walaupun pengubahsuaian tidak membabitkan jumlah wang sebanyak membeli rumah, namun proses ini tetap memberi kesan kewangan sekiranya anda tidak menggariskan ingin membuat pinjaman perkara utama perlu diselidik dan diteliti ialah peratus pinjaman yang ditawarkan institusi kewangan sector. Jangan terburu-buru membuat pinjaman sebaliknya buat perbincangan kadar faedah yang mungkin diskaun. Ini kerana setiap institusi kewangan menyajkan kadar faedah lebih rendah yang menawarkankadar yang lebih rendah atau tinggi. Justeru itu, anda berhak bertanya dan membuat penilaian.

 

  1. Permit kerja daripada badan berkaitan – Dapatkan permit ubahsuai terlebih dahulu sebelum mengubahsuai. Ini penting bagi mengelakan kemungkinan terlepas yang menjalani penambahan  mampu dirobohkan pihak berkuasa sekiranya pemilik rumah gagal mendapatkan permit atau kelulusan pihak berkuasa. Berikut adalah langkah yang perlu memperbesar atau mengubahsuai.

 

  1. Senaraikan kontraktor – Selidik dan dapatkan reputasi dan kredibiliti kontraktor. Selepas mendapat permit pembinaan, anda sudah boleh memilih kontraktor. Sekiranya kurang mengenali dan kurang berpengalaman dalam hal ini perkara boleh dijadikan panduan.

 

  • Bertanya sahabat atau jiran yang pernah melakukan pengubahsuain,
  • Digalakan juga menghubungi persatuan pemborong binaan dan minta senarai nama kontraktor berkaitan.
  • Selidik sama ada kontraktor berkenaan menjadi ahli persatuan atau pemborong Sesetengah kontraktor mahir dalam kerja pembinaan tetapi kurang berpengalaman dengan kerja penambahan dan ubah suai.
  • Senaraikan tiga atau empat kontraktor yang memenuhi syarat, kemudian minta sebut harga. Kepilkan bersama lakaran pelan ubah suai, penentuan dan syarat tertentu.
  • Beri keutamaan kepada kontraktor yang mengemukakan tawaran paling rendah tanpa menjejaskan mutu kerja yang munasabah.
  • Buat bayaran mengikut kemajuan kerja.
  • Kaedah jaminann yang diberi selepas kerja siap.

 

  1. Insurans – Pastikan polisi insurans yang dimiliki melindungi kerja dan keselamatan pekerja serta jiran. Makluman kepada syarikat insurans mengenai cadangan pengubahsuaian seterusnya. Pastikan kontraktor memiliki polisi insurans yang melindungi bahan, bangunan serta bangunan jiran sekiranya berlaku kerosakan sewaktu kerja dijalankan.

 

  1. Tabungan– Simpan sebahagian wang untuk menampung kerja pembaikan sekiranya berlaku kecacatan selepas kerja.

 

  1. Ketidakpuasan hati–  untuk pengubahsuaian berkesan selain menjimatkan kos penyelengaraannya, anda sepatutnya mendiami rumah berkenaan untuk beberapa lama supaya dapat menilai dan membuat keptusan ruang mana yang perlu ditingkatkan keselesaannya. Ini bertepatan dengan fungsi utama pengubahsuaian yang ingin memenuhi kekurangan pada reka bentuk asal. Justeru itu, penting bagi anda memastikan keperluan pergerakan udara terutama di ruang tamu dan ruang makan tidak dibalkan.

 

Bagi sebarang penambahan ruang membabitkan kawasan luaran rumah, anda dimestikan melihat secara keseluruhan kawasan rumah dahulu untuk memastikan pengubahsuaian yang bakat dibuat menepati reka bentuk, warna serta pengunaan bahan.

 

Jangan terlalu ghairah membuat pengubahsuaian tanpa memikirkannya mampu membangkitkan ketidakselesaan jiran. Paling dikhuatirkan boleh merosakkan reka bentuk asal rumah. Jadi, sebelum melakukan pengubahsuaian, elakkan daripada melakukan kesilapan seperti:

 

  • Menutup bukaan udara sama ada di bahagian dinding seperti tingkap dan lubang udara kerana ini menyekat pergerakan udara dan menghalang kemasukan cahaya semulajadi.
  • Menambah ruang bilik di kawasan letak kereta.
  • Menutup ruang balkoni.
  • Menambah bilik mandi di dalam rumah.
  • Merendahkan ketinggian siling.
  • Mengecat dinding dengan warna gelap dan pekat melainkan mempunyai ruang yang cukup luas.
  • Menggunakan bahan pengalir haba seperti zink untuk bumbung.
  • Menggunakan bahan kemasan yang

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *