SEMARAK WARNA

semarak warna

BEGITULAH saban tahun. Setiap kali menjelang Aidilfitri, semya mula berkira-kira apa yang patut dibeli, dibuat dan ditukar. Salah satu yang menjadi keutamaan ialah soal hiasan ruang bagi memastikan suasana hari raya lebih menarik dan ceria berbanding hari biasa. Tidak kurang juga mengambil kesempatan sambutan hari raya untuk mengecat kediaman.

            Bagaimanapun, kerja mengecat, terutama bagi mereka yang mahu melakukannya sendiri, hendaklah mengambil kira beberapa aspek tertentu kerana sebarang kesilapan dalam teknik dan sistem mengecat boleh membawa kerugian besar jika tidak dirancang dari awal.

Sebagaimana dimaklumi, cat berupa cecair yang apabila disapu pada permukaan pejal, akan kering menjadi lapisan kulit keras dan berfungsi sebagai hiasan ataupun perlindungan. Sebaiknya ketahui jenis jenis cat dan fungsi penggunaannya supaya anda tidak tersalah sapu. Selain itu, buat persediaan mengenai jumlah cat yang diperlu, berdasarkan keluasan ruang yang hendak dicat. Jangan lupa perkakas yang perlu digunakan. Jika dinding masih keadaan baik, anda cuma perlukan perkakas asas, iaitu bekas mengisi cat dan berus setebal 10 sentimeter serta lima sentimeter bagi mengecat bahagian sudut.

Kaedah mengecat paling digemari ialah menggunakan berus. Pastikan anda membeli berus bermutu. Jangan risau jika melihat bulu berus tertanggal sewaktu menyapu cat kerana semua berus baru memang mudah tertanggal bulunya di peringkat awal. Masalah ini boleh dikawal dengan menekan dan memutarkan bulu berus antara kedua-dua tapak tangan.

Sesetengah orang lebih gemar menggunakan penggelek kerana didapati ia boleh meliputi kawasan yang lebih luas walaupun diakui peralatan ini mudah menyerap dan dengan itu memerlukan cat lebih banyak. Selain itu, ia tidak boleh menyempurnakan sapuan di sudut.

Penolong Pengurus Teknikal Nippon Paint (M) Sdn Bhd, Md Khairulanwar Mahabon, berkata sebelum memulakan kerja mengecat, adalah penting mengetahui sedikit sebanyak aspek teknikal berkaitan cat supaya dapat membantu membuat pilihan cat yang betul. Ini termasuk mengenali sistem cat dan masalah yang mungkin timbul selepas beberapa tahun dicat.

Sistem Cat

Satu sistem cat yang sempurna biasanya mengandungi cat asa atau penutup (sealer), lapisan cat alas (undercoat) dan lapisan cat hiasan atas.

Cat asas atau penutup adalaah lapisan cat pertama yang disapukan pada permukaan baru untuk memberi perlindungan daripada ancaman hakisan. Lapisan cat alas pula disapukan atas lapisan cat asas bagi melicin dan meratakan permukaan cat supaya mempunyai asa lebih baik dan kukuh untuk lapisan hiasan, yang merupakan lapisan cat terakhir.

Bagi memenuhi keperluan itu, Nippon Paint mengeluarkan pelbagai jenis dan jenama, antaranya Nippon 9000 Aluminium Wood, Primer, Nippon Red Oxide Primer, Nippon Etching Primer 120, Nippon Acrylic Wall Sealer dan Vinilex 5100 Wall Sealer sebagai cat asas serta penutup; Nippon 9000 Undercoat dan Economy Undercoat untuk lapisan cat alas; Nippon Supreme Gloss Finish, Nippon 9000 Gloss Finish, Nippon Weatherbond, Nippon Satin Glo, Super Matex, Super Vinilex dan Nippon Polyurethane Finish bagi lapisan cat hiasan manakala Tilelac khusus sebagai lapisan cat jalinan.

Nippon Supreme Gloss Finish misalnya adalah hasil terbaru Nippon Paint yang tidak mengandungi plumbum dan raksa tambahan membolehkan ia selammat digunakan di kawasan yang terdedah pada kanak-kanak. Cat ini mempunyai ciri daya tahan kulat serta cepat kering. Selain menyediakan 20 jenis pilihan yang terang lagi berkilat, Supreme Gloss Finish turut dihasilkan dalam empat warna pengenal keselamatan iaitu Signal Red, Safety Orange, Safety Blue dan Spruce.

Penentuan Warna

Perunding Warna Nippon Paint, Mary Lim, berkata pemilihan warna adalah subjektif kerana ia mengikut citarasa pengguna. Tidak ada warna yang dikategorikan sebagai warna buruk kerana setiap warna mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Cuma mungkin kesilapan memilih warna yang sesuai dengan keadaan dan suasana sekeliling menyebabkan ia memberi hasil penyudah yang malap dan hodoh. Di sinilah warna tertentu kerana untuk mendapatkan hasil warna yang baik tidak boleh dipelajari secara teori atau daripada buku,” katanya.

Menurut Lim, pemilihan warna juga bergantung kepada jenis perabot dan perkakasan yang digunakan di sesuatu ruang. Seeloknya jadikan perabot sebagai asas untuk mendapatkan cat warna cat dinding yang sesuai dan kemudian diadunkan dengan warna kesukaan.

“Dalam pada itu, anda mesti tahu membezakan kategori atau kelompok warna kerana ia mempunyai kaitan dengan corak dan cara hidup yang diamalkan. Ertinya, jika anda menggemari suasana kehidupan yang boleh memberikann kesedaran, guna warna tona segar (fresh tones) manakala warna garang (wild tones) untuk mewujudkan suasana girang dan mereka yang gemar dikelilingi suasana semulajadi, boleh memilih warna tanah (earth tones),” katanya.

Malah, beliau berkata, pemilihan warna yang tepat mampu menjadikan sesuatu ruang kelihatan seperti diingini, misalnya bagi bilik agak panjang, cat gelap boleh menjadikan bilik Nampak lebih kecil. Warna gelap juga pilihan terbaik jika mahu siling kelihatan rendah daripada biasa.

 

RAHSIA MENGECAT

Menurut Khairulanwar, kerja mengecat lazimnya membabitkan dua jenis permukaan, sama ada yang baru dan belum pernah dicat semula. Permukaan itu pula boleh berupa kayu, batu atau simen, besi dan aluminium, dengan setiap satunya mempunyai sistem mengecat tersendiri. Walau apa pun jenis permukaan yang hendak dicat, penyediaan permukaannya adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian wajar.

  • Bagi mengecat permukaan kayu yang baru, pastikan ia benar-benar kering bagi mengelak perningkatan kegiatan mikro organisma di dalamnya, yang mempercepatkan kayu reput. Permukaan berlubang atau merekah sebaiknya ditampal.
  • Jenis terbaik bagi mengecat permukaan kayu ialah cat Aluminium Wood Primer kerana mempunyai daya penebat dan pencegahan yang tinggi untuk menghalang minyak di dalam kayu keluar, di samping melindungi air daripada menyerap ke dalam.
  • Kemudian sapu permukaan dengan lapisan cat alas bagi memastikan lapisan cat hiasan tidak meresap ke dalam kayu kerana jika ini berlaku, kilatan cat akan pudar.
  • Untuk mengekalkan keaslian permukaan kayu, disyorkan supaya disapu cat warna lut cahaya atau cat jernih. Dua produk terbaik ialah Nippon Timber Finish dan Nippon Floor Dressing yang boleh menukarkan warna asal kayu kepada warna tertentu tetapi masih memperlihatkan bentuk tekstur permukaannya.
  • Bagi mengecat dinding atau tembok batu, pastikan permukaannya kering. Untuk dinding baru, disyorkan supaya disapu dengan satu lapisan Nippon arylic wall sealer terlebih dulu kerana ia berupaya merintasi paras alkali yang tinggi dari dinding. Permukaan lembap akan menghasilkan kesan buruk seperti cat menggelembung atau merekah.
  • Mengecat bahan keluli dan besi berbeza sedikit kerana bahan berkenaan sering terdedah kepada karat. Oleh itu, tanggalkan kesan karat menggunakan kertas pasir atau berus dawai sebelum mengecat.
  • Jangan sekali-kali menggunakan air untuk mencuci habuk karat yang sudah dikikis bagi mengelak karat berulang, sebaliknya gunakan turpentin. Selepas itu sapu dengan bahan antikarat secukupnya sebelum dicatkan lapisan cat alas dan seterusnya lapisan cat hiasan.
Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *