Deco Rumah dalam 8 Langkah

deco rumah

Perlukah mengubah pakar untuk deco rumah kita ? Tidak bolehkah kita melakukannya sendiri? Jawapan kepada kedua duan soalan ialah ya dan ya . Kita perlumengupah pakar kalau kita tidak ada keyakinan untuk menghias sendiri atau tiada ada masa untu mencari kelengkapan dan memikirkan mengenai susun atur,pemilihan warna dan kemasan serta penggunaan pencahayaan dan perhiasan yang sesuai .

 

Langkah 1 – Tentukan gaya Penataan

Pilih dahulu gaya penataan ruang yang anda mahukan.Pemilihan gaya penataan amat penting keranaini akan menentukan pilihan untuk langkah seterusnya berhubung pilihan perabot, kemasan,lampu malah warna dinding.Suasana penataanlainnya mengikut sifat, sikap dan gaya hidup.Namun kalau anda sudah berkeluaga maka perlulah juga mendapat pandangan ahli keluarga.Dalam pada itu , buat rujukan menerusi majalah,buku ,katalog  deco rumah dan meninjauke gedung perkakasan serta kelengkapan rumah. Jika kelapangan ,kunjungilah pameran hiasan dalaman

Kata kunci : Jangan terburu-buru

 

Langkah 2 – Memilih Warna 

Warna mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan lantaran itu.pemilihan rona yang sesuai mempunyai kesan kepada jiwa dan pemikiran kita. Pemilihan warna yang betul membantu membri ketanangan dan keceriaan bukan sahaja kepada semua penghuni rumah malahan tetamu yang berkunjung.Pilih dahulu satu tema warna yang ingin anda ketengahkan, misalnya rona bumi, rona rangsangan, rona lembut, rona memikat dan sebagainya.Pastikan warna yang di pilih mampu menghidupkan suasana kata kundi : Jangan ragu-ragu

 

Langkah 3 – Menata Dinding Tumpu

Tidak semestinya kita perlu mengecat keseluruhan dinding dengan warna pilihan. Sebaliknya pilihlah hanya satu bahagian dinding di mana-mana ruang sebagai dinding utama untuk membentuk titik tumpu. Cat dinding berkenaan dengan warna kegemaran manakala dinding selebihnya dicat dengan rona neutral atau beige. Dengan cara ini pasti ruang nampak lebih besar. Pemilihan warna kelengkapan lain perlu diasaskan kepada apa yang telah dipilih untuk dinding tumpu tadi. Anda boleh piling warna bertentangan atau warna serupa asalkan serasi dan tampil harmoni. Oleh itu, buat pilihan betul-betul supaya tidak mencacatkan keseluruhan suasana. Misalnya, jika anda memilih ungu sebagai warna pilihan untuk dinding utama, maka fabrik langsir biarlah daripada kumpulan warna ungu terang (serasi) atau kuning, begitulah juga dengan permaidani dan alas meja. Kata kunci: Berhati-hati.

 

Langkah 4 – Pilih perabot

Unsur utama dalam sebarang gaya hiasan ialah perabot. Oleh itu, sebelum membeli perabot hendaklah dirujuk semula pilihan yang sudah anda buat dalam langkah 1. Ini kerana setiap gaya hiasan memerlukan reka bentuk kelengkapan yang berlainan, misalnya gaya Inggeris menggunakan sofa fabrik polos, berbunga atau berlajur dan berpetak serta banyak mengetengahkan warna perabot kayu atau logam putih. Perabot hitam atau coklat kehitaman pula sesuai untuk gaya Zen dan semasa. Ketika membeli meja makan, pastikan jumlah kerusi dan ukuran meja sesuai dengan keluasan ruang serta cukup untuk sesi keluarga. Sofa sedia ada boleh dihias dengan kain alas yang sewarna dinding utama atau digantikan sarungnya menggunakan fabrik serupa atau seakan-akan sama langsir. Kata kunci:  Fikir betul-betul.

 

Langkah 5 – Pilih pengcahayaan.

Pencahayaan memainkan peranan penting dalam ruang kediaman. Biasanya hanya dua jenis pengcahayaan diguna, iaitu daylight dan warm light. Day light ialah lampu yang menggunakan mentol putih atau lampu kalimantang manakala warm light ialah lampu yang menghasikan pengcahayaan berwarna kuning. Kata kunci: Jangan silap.

 

Langkah 6 – Pilih kemasan

Kemasan membawa ‘sentuhan lembut’ dalam mana-mana ruang. Selepas meletakkan perabot utama, ruang nampak keras dan kaku. Jadi kehadiran unsur kemasan sangat penting bagi melembutkan keseluruhan suasana. Anda boleh menyerikan penampilan ruang dengan kemasan seperti sarung sofa dan kusyen hiasan, permaidani, alas meja, kertas dinding serta langsir. Penggunaan langsir amat penting kerana selain menapis kemasukan terus cahaya matahari pada waktu siang, kemasan itu juga dapat menghalang pandangan dari luar pada waktu malam dan dengan itu mewujudkan suasana privasi yang diharapkan. Sekiranya anda tidak pasti warna yang sesuai untuk kemasan berkenaan, rujuk kepada warna dinding utama. Kata kunci :Pilihan menepati gaya.

 

Langkah 7 – Pilih perhiasan

Perhiasan penting bagi menambahkan seri ruang. Tiada siapa mahu ruang kediaman mereka hambar dan kosong jadi kehadiran perhiasan seperti gambar dan potret berbingkai, lukisan, mangkuk dan piring serta barangan kraf yang anda hasilkan sangat berguna untuk menceriakan suasana. Sebelum membeli, rujuk dahulu kepada langkah 1 agar perhiasan yang dibeli tidak nampak janggal apabila dipamerkan. Kata kunci: Selalu berangan-angan.

 

Langkah 8 – Bunga dan lilin.

Ramai orang memilih bunga tiruan dengan alasan mudah dijaga dan menjimatkan kerana tidak layu dan dengan itu tidak perlu diganti selalu. Hakikatnya, hiasan bunga segar lebih memberi tenaga kepada kediaman. Anda hanya menukarnya setiap minggu dengan mempelbagaikan pilihan jenis dan warna. Kehadiran lilin berwarna dan beraroma pula dapat menyemarakkan suasana. Malah lilin berwarna dan beraroma pula dapat menyemarakkan suasana. Malah lilin adalah pengganti warm light yang paling menjimatkan dan berupaya menerbitkan suasana menarik jika dinyalakan. Kata kunci: Bertenang dan jangan tertekan.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *