Tips Pemilih Rona Cat Ruang Tamu

cat ruang tamu

TIPS PEMILIH RONA CAT RUANG TAMU
1. Kelengkapan ruang tamu yang telah sempurna tentunya memakan
belanja.Makanya,perlu dititik beratkan juga warna kemasan perabot-perabot ini agar ia
tampak harmoni dengan rona cat pada dinding ruang tamu anda nanti.Bawa bersama
contoh swatches warna fabric atau kemasan kulit pada perabot anda,apabila kekedai
untuk membeli cat.
2. Cat dalam rona gelap sesuai untuk kemasan perabot dengan rona yang pusam atau
terang,manakala cat rona cerah untuk perabot dengan kemasan rona gelap.Perabot
seharusnya menjadi watak utama dalam ruang ini memandangkan ia akan kekal lebih
lama berbanding warna cat.
3. Pilih daripada rona neutral jika and tidak obsess dengan apa-apa warna.Warna neutral
agak mesra kepada semua,sama ada kepada diti anda sendiri sebagai tuan
rumah,mahupun kepada tetamu.
4. Hanya anda yang benar-benar yakin dengan pilihan rona menyerlah atau bold sahaja
yang harus mengaplikasikannya.Rona-rona seperti sandy taupe,oxford blur atau deep
fire brick yang menonjol.
5. Pemilihan warna ruang tamu harus juga seiring konsep sesuatu interior.Seperti gaya
Moroccan yang keperangan,Scandinavian dengan rona cerianya dan French dengan
rona keemasan.Namun mesti bijak bermain dengan nuansa dan rona pelengkapnya.
Paduan warna yang maskulin,membangkitkan gaya industrial dalam suasana
yang kreatif dan kasual.Bermainlah dengan rona Scooter Blue untuk ruang tamu
moden dalam kehidupan santai.

KAMAR TIDUR
1. Pilih warna yang terbaik berpadanan dengan permaidani dan perabot anda.Elakkan
warna-warna yang knotra.Jika anda benar-benar tidak pasti dengan keserasian padanan
warnanya,pilih daripada rona –rona neutral yang lebih selamat.
2. Kenal pasti mood yang ingin anda wujudkan dalam kamar tidur.Penggunaan rona
kebiruan dan kehijauan yang banyak akan menerbitkan rasa menenangkan manakala
penggunaan rona seterang jingga dan kemerahan memetik rasa energetic.
3. Ambil kita cita rasa pasangan anda juga sebelum membeli cat.Mungkin anda menyukai
rona merah jambu atau begir,namun sebaliknya bagi pasangan anda.Duduk berbincang
untuk mendapatkan warna tepat yang disukai kedua-duanya.
4. Padankan warna pilihan anda dengan dekorasi atau ornament dari pelbagai nuansa
warna dan harmoni.Sebuah bilik tidur dengan hanya satu warna tidak menampilkan
estertikanya.
5. Sekiranya anda seorang yang berperibadi penyayang dan gemar kepada kedamaian
pilihlah dari rona mantel atau pastel.Rona-rona pastel ini sememangnya menenangkan
dan mencipta ruang realksasi yang sempurna.
6. Rona-rona terbaik dar half warna sejuk yang sering kali menjadi pilihan adalah biru,hijau
dan lavender.Ia menawarkan kesan berganda dan “ bernafas” kepada bilik tidur.

 

RUANG MAKAN

1. Teliti dahulu item-item seperti lampu chandelier atau lampu gantung,meja dan aksesori
yang diletak diruang ini,rona baby blue atau pastel purple berupaya melengkapkan
white aroma molding dan chandelier gaya Victorian.
2. Catkan rona plum,Burgundy atau Foresi green pada sebahaguian sahaja ruang makan
anda bagi kesan drastic.Menyuntik rasa dramatic dan elegan pada ruang.
3. Bagi menghasilkan ruang makan yang santai,pilih warna daripada ru=ona neutral seperti
brige,lan atau brown.Cara ini berkesan sekiranya peletakan ruang makan adalah
bersebelahan dengan ruang tamu.
4. Seperti yang biasa kita lihat,warna-warna yang diaplikasikan pelbagai tema, warnawarni
seperti merah dan oren terang atau deep sering digunakan.Itulah rahsianya buat
membangkit selera pengunjung! Namun berbeza dengan halnya di rumah,elok saja rona
yang sama tapi pada nuansa yang lebih lembut seperti light salmon dan pale pink.
5. Adalah menjadi pelengkap kepada ruang tamu, ruang makan elok jika tampil dalam rona
senada dengan ruang tamu.Agar ruang ini dapat dijadikan kesinambungan kepada ruang
interaksi dan relaksasi seterusnya.
Ruang makan dipercikkan dengan rona goldenrod yang terang,sekali gus menyuntik mood di
ruang makan.Sesuai untuk dioles di ruang makan bagi menimbulkan rasa hangat dan ruang
secerah sinar sang suria.Rona ini menjadi alternatif terbaik untuk rona putih bagi
menimbulkan ruang yang cerah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *