10 CARA MEMBENTUK RUANG DAPUR SEMPIT, LUAS DAN TERBUKA

ruang dapur

10 CARA MEMBENTUK RUANG DAPUR SEMPIT, LUAS DAN TERBUKA

Membentuk ruang dapur yang sempurna memerlukan keseimbangan di antara keselesaan, gaya hidup dan fungsi. Ini ditambah pula dengan sisipan kreativiti bagi merangsang keseronokan sepanjang berada dan bekerjadi ruang ini. Ukuran keluasan dan kedudukan ruang juga perlu diambil kira. Perlu diingatkan bahawa masyarakat kita masih menjadikan ruang dapur sebagai medan bersosial jesteru itu fungsinya hendaklah diterjemahkan menerusi kelengkapan dan susun atur ruang. Membina sebuah dapur yang mudah dan praktikal pastinya menjimatkan masa dan tenaga, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim.

RUANG DAPUR SEMPIT

  1. BINA KABINET SIAP PASANG sebagai ruang penyimpanan dan untuk melakukan kerja dapur.
  2. PASANG SINK DI RUANG depan tingkap.
  3. JIKA KABINET BERBENTUK memanjang dan dipasang pada satu bahagian dinding sahaja, pastikan ada ruang untuk anda bekerja di antara sink dan dapur masuk.
  4. PASTIKAN KETUHAR DAN PETI sejuk terletak agak berjahuan.
  5. UNTUK MENDAPATKAN RUANG lebih luas, letak peti sejuk di kawasan bersebelahan ruang dapur.
  6. GUNA MEJA MAKAN JENIS berlipat dan letak di penjuru.
  7. SIMPAN SEMUA BARANGAN di dalam kabinet.
  8. SUSUN PINGGAN MANGKUK atau bekas keperluan harian secara bertingkat.
  9. BINA KABINET BERPINTU KACA dan jenis gelongsor.
  10. GUNA WARNA LEMBUT Jika inginkan dinding yang terang, pilih kabinet siap dipasang warna putih atau warna kayu cerah.

 

RUANG DAPUR SEGI EMPAT & LUAS

  1. ATUR SEMUA KELENGKAPAN seperti dapur masak, sink dan peti sejuk di dalam bentuk segi tiga supaya anda mudah bekerja.
  2. JIKA DAPUR TERLALU LUAS, bahagikan kepada dua. Satu bahagian menempatkan dapur masak dan sink manakala bahagian yang lain menempatkan peti sejuk.
  3. KABINET BERPULAU ADALAH pilihan terbaik kerana anda boleh membuat kerja di tengah-tengah ruang dan dengan itu mengurangkan penggunaan tenaga.
  4. ANDA JUGA BEBAS MEMASANG sebarang bentuk kabinet dan menyesuaikannya dengan kelengkapan pilihan untuk membentuk peribadi tersendiri di ruang berkenaan.
  5. SET MEJA MAKAN boleh disediakan.
  6. JIKA MEMILIH KABINET BENTUL L, pasang sekali kaunter sarapan.
  7. SEDIAKAN LAMPU GANTUNG di atas kaunter sarapan.
  8. ANDA BOLEH MENYIMPAN barang di dalam kabinet atau para-para.
  9. ANDA JUGA BEBAS MEMBINA tempat menggantung periuk, belanga dan kuali pada siling, di atas unit berpulau.
  10. DISEBABKAN UKURAN ruang yang besar maka anda lebih mudah memilih warna. Pengunaan kabinet gelap atau terang tidak menjadi masalah, cuma perlu selaraskannya dengan warna dinding dan jubin.

RUANG DAPUR TERBUKA

  1. RUANG BEGINI MEWUJUDKAN suasana terbuka dan saling berhubungan antara semua bahagian rumah.
  2. TIDAK PERLU MEMBINA DINDING pembahagi untuk memisahkan ruang dapur.
  3. SEBALIKNYA GUNA PEMIDANG, panel kayu atau membina dinding separuh ketinggian sahaja sebagai pengadang.
  4. KAUNTER SARAPAN JUGA BOLEH diguna sebagai pembahagi ruang.
  5. LAMPU GANTUNG DI ATAS kaunter sarapan memperjelaskan lagi pembahagi ruang.
  6. JIKA RUANG DAPUR LUAS, LETAK meja makan supaya anda dapat menikmati hidangan bersama-sama sambil menonton dan bekerja.
  7. JANGAN BINA RAK GANTUNG periuk kerana ini akan menyemakkan pemandangan.
  8. PASTIKAN RUANG SENTIASA bersih dan kemas kerana mudah dilihat dari ruang tamu. Masukkan semua kelengkapan memasak dan pinggan magkuk di dalam kabinet selepas diguna.
  9. WARNA KABINET DAN kelengkapan yang diguna hendaklah sepadan dengan warna ruang tamu dan ruang makan.
  10. SEDIAKAN RUANG makan rasmi bersebelahan ruang dapur, bukannya bersebelahan ruang tamu.

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *