Lampu gantung kini tidak lagi hanya berfungsi sebagai penerang semata, sebaliknya berfungsi sebagai penghias ruang terutama ruang makan. Namun, dalam menghias ruang pastikan rekaan yang dipilih sesuai dengan situasi, keluasan dan meja makan. Berikut antara panduannya:
- Meja makan berbentuk persegi panjang, lebih mudah diterangi menggunakan lampu gantung berbentuk persegi panjang yang dipasang horizontal. Perlu juga diperhatikan perbandingan ukuran meja makan dengan ukuran lampu gantungnya. Meja makan berbentuk persegi panjang, idealnya diterangi dengan lampu gantung yang memiliki panjang sekitar 60 cm lebih pendek daripada panjang meja. Jadi, misalnya panjang meja makan 120 cm maka idealnya panjang lampu gantung 60 cm.
- Jika ingin menggunakan lampu bentuk lain, boleh juga dipasang lampu berderet di atas meja. Yang penting adalah, deretan lampu itu boleh menerangi seluruh ruang meja. Total panjang lampu haruslah sekurang-kurangnya 60 cm lebih pendek daripada panjang meja.
- Bagaimana pula jika meja berbentuk bulat (lingkaran)? Boleh menggunakan lampu yang juga bentuk bulat. Keseimbangan ukuran tetap perlu diperhatikan. Jangan sampai diameter lampu gantung melebihi panjang diameter meja makan. Anda tetap boleh menggunakan panduan ukuran seperti pada meja makan berbentuk persegi panjang. Pilihlah lampu gantung dengan diameter 60 cm lebih pendek daripada diameter meja makan.
- Satu lagi yang perlu anda perhatikan, ialah jarak lampu dengan permukaan meja. Jika jaraknya terlalu dekat, tidak mustahil saat anda berdiri kepala berada dekat ataupun terkena lampu. Pastikan ini tidak berlaku. Untuk itu, yang terbaik ialah tempatkan lampu gantung paling minimum ialah 75 cm lebih tinggi darpada permukaan meja. Seharusnya hal ini juga perlu disesuaikan dengan bentuk atau rekaan rumah lampunya. Jika dirasakan cahaya yang terpancar dari lampu terlalu sempit maka jarak antara meja dan lampu perlu dijauhkan.
PENGARUH CAHAYA PADA MOOD
Awas! Jangan tersalah memilih warna bola lampu untuk cahaya pada malam hari. Ini kerana kajian yang dilakukan melibatkan seekor hamster telah membuktikan cahaya biru memberi kesan buruk pada hal-hal yang berkaitan dengan perasaan dan suasana hati. Manakala, hamster yang terkena lampu merah pada malam hari pula kurang mengalami masalah tertekan, jika dibandingkan dengan hamster yang terdedah dengan cahaya biru atau putih. Penemuan ini penting terutamanya buat anda yang bekerja pada sebelah malam yang ada di antaranya sering mengalami masalah tertekan dengan kerja ataupun mengalami gangguan mood.
Randy Nelson, co-author kajian tersebut yang juga profesor ilmu saraf dan psikologi di Ohio State University, mengatakan, “Penemuan kami menunjukkan bahawa jika kita boleh menggunakan lampu merah saat yang tepat untuk pekerja syif malam, mungkin tidak menimbulkan beberapa kesan negatif pada kesihatan mereka” kata Nelson.
Kajian ini meneliti peranan sel fotosensitif khusus dalam ipRGCs yang disebut retina yang tidak memiliki peranan utama dalam penglihatan, tetapi mengenal pasti cahaya dan mengirimkan pesanan ke bahagian otak. Inilah yang membantu mengatur jam sirkadian tubuh. Hal ini turut juga mengatur jam tubuh yang membantu menentukan saat orang merasa mengantuk dan terjaga.