KEROSAKAN KEMASAN

kerosakan kemasan

KEMASAN adalah kerja terakhir dan penyudah dalam unsur kerja sebuah bangunan.Kemasan yang halus dan rapi boleh menggambarkan status bangunan berkenaan,di samping memberikan suasan penyeri serta menghidupkan ruang.Jumlah kemasan yang diguna bergantung kepada kerja pemasangan, kecekapan dan kemahiran walaupun bahan yang diguna bermutu sederhana.
Antara fungsi kemasan ialah member suasan ceria /penyeri ; membangkitkan hiasan; sebagai media kalis air;sebagai media untuk menyerap bunyi (akustik);sebagai lapisan penutup kecacatan unsure bangunan dan mencerminkan status bangunan.
Perlu diketahui apakah cirri kemasan yang baik dan bermutu.Pertama, ia sepatutnya mudah dibersihkan.Kedua,tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap dan ketiga.,tidak bersifat licin serta membahayakan kesihatan (misalnya bahan asbestos boleh menjejas kesihatan) dan mesti mempunyai tahap ketahanan api apabika berlaku kebakaran.
Saya bahagikan unsure kemasan kepada tiga bahagian, iaitu lantai,dinding dan siling.Secara umum,kegagalan ketiga –tiga bahagian ini bergantung kepada factor berikut :
 Mutu bahan
 Kaedah penyelenggaraan
 Cuaca dalaman dan luaran
 Kaedah penggunaan
 Cara pemasangan dan mutu kerja.

Kemasan jubin dapat mengurangkan perbelanjaan penyelenggaraan.Permukaan semulajadi yang licin bersinar dan berkilau tidak memerlukan gantian baru sebagaimana lapisan cat.Ia hanya perlu dicuci dengan air bersih.Mutu dinding juga bukan sahaja bergantung kepada lurus dan tegak (plumbness),tetapi juga aras dan penyambungannya mesti lurus serta diturap licin.
Kebaikan dinding jenis ini ialah kita dapat mengetahui keadaan sebenar kecacatan dinding atau lantai kerana sifatnya yang mudah berubah,menzahirkan jarak (gap) dan keretakan.Dinding atau lantai jubin yang longgar dan rongga dapat diketahui dengan mengetuk perlahan permukannya menggunakan kayu berukuran 2.5 x 2.5 sentimeter.Sekiranya perlu diganti baru, permukaan jubin lama hendak digosok dan dibersihkan supaya dapat member kekunci (key).

 

SILING
Kemasan siling daripada kepingan asbestos yang dicat sering digunakan di Negara ini kerana ekonomi dan tahan lama.Kecacatan dapat dilihat apabila kepingannya pecah dan menunjukkan tanda kelembapan yang berpunca daripada kebocoran jubin bumbung atau kerosakan system
paip dalam bumbung.Permukaan siling yang melentur menandakan unsure bumbung sudah melendut.
Dinding /Lantai
Kemasan dinding dan lantai boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan jenis,antaranya panel kayu,marmar,jubin dan lepasimen yang disudahi dengan lapisan cat.
Kemasan cat paling ekonomi dan mudah,tetapi memerlukan lapisan baru dalam jangka waktu tertentu (biasanya lima tahun sekali bagi permukaan luar bangunan).Kegagalan mengecat semula dalam tempoh berkenaan akan menyebabkan lapisan cat merekah /terkopek dan berlumut sehingga member kesan kepada unsure dalaman.
Lepaan Simen
Secara am, kebanyakan kemasan permukaan luar terdiri daripada lepaan simen setebal 1.25 hingga 2.5 sentimeter,sama ada berbentuk licin atau kasar dan disudahi dengan lapisan cat.Lapisan ini memainkan fungsi penting dalam mencegah resapan air dari luar ke permukaan dalam.Bahan dan kerja yang kurang bermutu menyebabkan kecacatan kemasan cat dan ini boleh dilihat apabila wujud unsur berikut :
 Rekahan halus dan berurat
 Permukaan tidak licin dan bertompok
 Lembap dan basah berhampiran aras lantai
 Berdebu keputihan ; peroi (efflorescence)
 Lapisan cat pudar dan lusuh
 Berlumut dan kotor

 

 

Berikut senarai 21 kecacatan yang biasa terdapat pada kemasan :
1. Jubin lantai merekah,retak dan tercabut
2. Penyambungan jubin tidak lurus
3. Permukaan jubin tidak rata
4. Permukaan cerunan lantai tidak rata
5. Tiada kelembapan pada permukaan jubin
6. Permukaan haus dan lusuh
7. Kehilangan unsur lekat pada lantai parket
8. Retakan pada permukaan konkrit
9. Serangan kumbang dan ulat pada lantai kayu
10. Serangan anai – anai pada kemasan kayu
11. Serangan cendawan
12. Melentur dan melendut; bersifat kembang serta mengecut
13. Tidak mempunyai daya tahan api
14. Kayu diserang reput basah dan kering
15. Lepaan retak dan berongga antara rangka pintu dengan dinding\
16. Kepingan siling melendut dan melentur
17. Lepaan simen tertanggal,retak dan merekah
18. Lepaan simen diserang sulfat
19. Permukaan dinding bata berdebu keputihan (efflorescence)
20. Permukaan lapisan cat berkeping atau berdebu
21. Lapisan cat pudar dan luntur serta berlumut

 

Perbezaan antara retak dan kegagalan kemasan yang disebabkan oleh pengecutan bahan/unsure dan retak yang berpunca daripada kegagalan struktur amat penting dalam menentukan kecacatan sesuatu kemasan yang diguna.Kita mungkin menganggap semua yang retak/rekah adalah kegagalan struktur.Keadaan ini hanya dapat dipastikan dengan merujuk kepada jurukur bangunan.
Bagaimanapun,kemasan dapat menutup kecacatan,sama ada di siling,dinding ataupun lantai.Jadi,jangan mudah terkeliru dengan kemasan yang menarik kerana di bawah lapisan cat baru mungkin tersembunyi retakan serius.
Begitu juga perabot rumah siap dipasang seperti di ruang dapur,almari buku dan kabinet pakaian,boleh menutupi kecacatan struktur,tetapi menjadi tempat pembiakan serangga dan anai-anai.

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *