Empat Peraturan Suai Padan.
Peraturan umum menyesuaikan warna langsir dengan hiasan dalaman ialah memastikan warna utama fabrik langsir diambil daripada warna kemasan atau warna perabot sedia ada di ruang terbabit. Ini kerana sebarang penukaran pada masa depan tidak akan membebankan kita kerana belanja menukar langsir jauh lebih rendah. Langsir berkonsep suai padan lazimnya dilakukan dengan menggandingkan corak, warna dan tekstur fabrik serta rekaan langsir.
- PILIHAN GAYA
Jika ruang dalaman mengetengahkan gaya tradisional atau klasik maka rekaan langsir berbentuk lebih rasmi hendaklah diketengahkan, iaitu lengkap dengan kepala seperti siku keluang berekor. Jika mahu menampakkan sedikit gaya moden, pilihlah bidai kayu. - PILIHAN WARNA
Warna langsir memainkan peranan untuk menarik perhatian dan demikian itu mampu membentuk titik tumpu. Mainan warna pada langsir juga dapat memberi kesan kepada gaya bersembahan ruang. Pastikan warna langsir yang dipilih sekata dengan warna dinding dan perabot untuk menghasilkan keharmonian. Lainlah kalau anda mahu mencipta kelainan maka pemilihan warna langsir yang berbeza boleh dilakukan, tetapi berhati-hatilah agar tidak kelihatan seperti sarkas. - PILIHAN CORAK
Corak langsir yang dipilih biarlah menarik dan pilihlah mengikut cita rasa gaya hiasan dalaman yang mahu ditonjolkan. Janganlah guna langsir corak geomatri kalau gaya kedesaan Inggeris yang mahu ditonjolkan, sebaliknya pilih motif kebunga-bungaan, khususnya mawar dan lavender atau petak dan renda. Jika mahu memaparkan dua corak dalam satu langsir juga mesti bijak menyesuaikannya, misalnya petak dan jalur atau bunga dan jalur. Penggunaan fabrik polos lebih memudahkan anda mengadunkannya dengan sebarang corak fabrik. - PILIH TEKSTUR
Langsir dapat memberi tindak balas jika bijak memilih corak, warna dan tekstur yang sesuai, selain memadankannya dengan keseluruhan gaya hiasan. Untuk mendapatkan tekstur yang menarik, pilih jenis damask, chenille, baldu, sutera, separuh linen, satin dan Fabrik daripada tekstur ini berupaya memberi kesan mewah dan bergaya.