Seni Pembentukan TOPIARI

DALAM satu taman, faktor warna, tekstur, ukuran dan bentuk memainkan fungsi penting untuk mendapatkan satu reka bentuk taaman yng indah, dengan menanam pelbagai jenis tumbuhan hiasan seperti pokok semusim, herba dan herbasaka yang mempunyai ciri menarik serta indah.

 

 Satu aspek penting yang selalu dikehendaki adalah bentuk pokok, sama ada semulajadi atau direka, yang dipanggil topiari. Suatu masa dahulu, keadaan ini menjadi satu aliran di taman-taman di Eropah seperti Perancis dan Itali. Di negara kita nampaknya aliran ini sudah mula kelihatan di taman bunga dan pejabat sebagai satu reka bentuk ‘formal’ dengan menggunakan pokok tertentu. Bentuk topiari ini juga kelihatan dilakukan pada pokok pagaran dan reka bentuk maze.

Mungkin pokok topiari boleh digunakan di kediaman sebagai satu bahan tumpuan dalam taman kecil. Seni topiari adalah usaha membentuk pokok menjadi bentuk tertentu, sama ada secara semulajadi atau menggunakan bingkai. Ia mengambil masa agak lama untuk mendapatkan bentuk yang sempurna mungkin satu hingga lima tahun dengan ukuran daripada sekecil 60 sentimeter sehingga kepada sebesar dua hingga tiga sentimeter dan selalunya menggunakan……

CARA MEMBENTUK TOPIARI SEMULAJADI

JENIS POKOK

Pokok yang digunakan untuk topiary seelok-eloknya jenis malar hijau(evergreen) supaya mengalakkan ia vegetative sepanjang masa. Pokok malar hijau juga mempunyai ciri berikut:

  1. Tahan dicantas dan diandam selalu.
  2. Mengalami tumbesaran yang cepat dari segi pengeluran pucuk dan daun.
  3. Bercabang padat.
  4. Tahan dan boleh dilentur.

Pokok ini boleh dibeli di tapak semaian di sekitar bandar. Antaranya ……..

  1. Fiscus sp – pokok beringin daun kecil.
  2. Juniperus sp – berbentuk ‘kon’ dan mudah diandam.
  3. Bougainvellia sp – terutama kumpulan spectabilis atau gabra.
  4. Acalypha siamea (the pagar) – satu pokok yang istimewa dan versatile untuk topiari.
  5. Lagerstromia indica – berbunga.
  6. Buxus sp (boxwood) – pokok yang banyak digunakan di Amerika.
  7. Wrightia religiosa – melati.
  8. Ixora sp (siantan).

BENTUK

Bentuk topiary yang selalu dilakukan ialah:

  1. Geometri – bulat, kotak segi empat, kon dan berlingkar (spinal).
  2. Semulajadi – lampai, bulat, lonjong dan rampak, yang perlu dipadatkan sahaja.
  3. Haiwan.

 

PERSEDIAAN

Pokok topiari boleh ditanam di tanah dan di tempat tertentu atau di dalam bekas. Persedian tanah mesti diutamakan kerana pokok topiary akan kekal ditanam dalam jangka masa lama dan keadaan tanah mesti diselenggarakan secara berterusan.

Campuran tanah yang digunakan meliputi tujuh bahagian tanah atas, tiga bahagian bahan organic dan dua bahagian pasir, kemudian dicampurkan baja organic NPK 10:10:10 dan batu kapur pertanian (dolomite lime) sebanyak 100 hingga 150 gram di setiap lubang tanaman. Pastikan paras tanaman dan selepas itu di cantas (potong balik) dahan untuk menggalakkan pertumbuhan dahan yang lebih rimbun.

 

MENCANTAS

Mencantas merupakan kegiatan paling penting dalam topiari untuk mendapatkan bentuk tertentu. Jenis cantasan yang lazim digunakan ialah:

  1. Potong balik – mengerat dahan pada ruas dahan untuk menggalakkan pokok menjadi rimbun dan berbentuk.
  2. Penjarangan – mengerat dahan pada pangkal cabangan untuk menggalakkan dahan memanjang dan cabang terbuka.

Kedua-dua cara ini dilakukan kepada pokok secara berterusan kerana pokok tropika cepat membesar dan akan hilang bentuknya jika tidak dikawal.

 

ALAT MENCANTAS

Pelbagai alat untuk mencantas digunakan secara manual dan adakalanya juga diguna alat berjentera untuk projek topiary yang besar seperti pembentukan maze atau bentuk sebesar tiga hingga empat meter. Antara alat yang digunakan ialah:

  1. Gunting pokok (band pruner) – untuk dahan kecil berukuran satu hingga dua sentimeter.
  2. Gunting tangan panjang (copper) – untuk dahan sederhana besar, tiga hingga empat sentimeter).
  3. Gunting pagar (bedge shears) – untuk mengandam dan digunakan pada pucuk serta daun bagi menggalakan dan memadatkan pokok.

MEMBAJA

Pembajaan dilakukan untuk mengalak tumbesaran vegatatif supaya pokok cepat membesar dan mengeluarkan daun agar kelihatan padat serta rimbun. Selalunya baja seimbang seperti NPK 15:15:15 atau NPK 10:10:10 boleh digunakan. Untuk pokok topiari dalam bekas sukatannya ialah 30 hingga 40 gram bagi setiap pasu dan dibubuh baja sekali dalam tempoh empat hingga enam minggu.

Pokok dalaman pula memerlukan sukatan 100 hingga 150 gram bagi setiap pokok dan dibajai sekali dalam tempoh enam hingga lapan minggu. Sesekali gembur tanah dan pupuk dengan bahan organik untuk mendapatkan tekstur tanah yang peroi bagi membantu pengudaraan serta penyerapan air yang baik.

 

PENYAKIT DAN SERANGGA

Pokok topiari mempunyai bentuk yang padat serta tebal dan ini menggalakkan kelembapan yang tinggi di samping menghalang penembusan cahaya. Keadaan yang paling digemari penyakit dan serangga ialah pada musim hujan.

Untuk menghalang penyakit, guna racun kulat seperti benomyl, ditbane, thiram dan captan, seminggu atau dua minggu sekali manakala untuk mengelak serangga koya, kutu daun, kutu terip serta teritip pula, guna racun malathion dan carbarul dizinon.

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *