101 Pertua Menghiasi Rumah

Berikut adalah 101 petua hiasan dalaman seluruh rumah disyorkan oleh pakar .Harap dapat sedikit sebanyak membantu penghuni rumah

 

PINTU

  1. Pandangan pertama terhadap pintu menafsirkan citarasa penghuni di dalamnya. Maka, pastikan reka bentuknya menampakkan anda seorang yang peramah dan sudi menerima kehadiran tetamu.
  2. Wujudkan suasana menarik dan inviting di muka pintu supaya anda ada dorongan untuk bersegera pulang ke rumah.
  3. Jika mampu, bila laluan memudahkan mereka ke muka pintu daripada membiarkan tetamu berjalan berhimpit-himpit di sisi kereta.
  4. Susun pasu berisi pokok bunga berbilang warna dan haruman di sepanjang jalan ke muka pintu, supaya anda berasa dihargai setiap kali pulang ke rumah.
  5. Tulis alamat rumah dalam tulisan paling menarik, kemudian paparkan di tepi pintu pagar.

RUANG TAMU

  1. Ruang tamu, ibu kepada semua ruang. Pastikan ruang tamu bersifat mesra kerana bukan anda sekeluarga berada di situ tetapi juga tetamu.
  2. Dahulukan kemasan dinding dan lantai sebelum anda membeli perabot. Pastikan perabot yang dibeli berpadanan dengan keluasan dan tema ruang.
  3. Bagi rumah berkeluasan terhad, anda tidak perlu membeli kerusi tamu dalam bilangan lengkap.
  4. Jangan sesekali menempatkan perabot kecil bersebelahan perabot besar bagi mengelakkan ketidakseimbangan penataan.
  5. Perabot utama di ruang tamu adalah tempat duduk, tidak kira sama ada kerusi, sofa atau hamparan kusyen lantai selain meja kopi, meja sisi, kabinet hiasan dan kabinet televisyen.
  6. Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan ruang tamu anda bernafas dan keindahan reka bentuk perabot dapat dihayati.
  7. Ingatkan diri anda untuk memperagakan perhiasan tambahan di dalam jumlah berpasang-pasangan seperti pasu atau kaki lilin demi kestabilan penataan.
  8. Jika anda memilih perabot kayu di ruang tamu, beri perhatian kepada reka bentuk, warna dan keselesaan.
  9. Secara ilusi, warna memberi pengaruh kepada luas atau sempit ruang tamu. Paling selamat, pilihlah perabot berwarna cerah atau neutral.
  10. Jika memilih permaidani dari dinding ke dinding sebagai kemasan lantai, pilih warna atau corak yang serasi dengan perabot.
  11. Jika ruang tamu luas, bahagikan kawasan tempat duduk kepada beberapa kelompok. Bukan sahaja selesa tetapi mudah untuk anda melayan tetamu.
  12. Jika ruang tamu banyak menempatkan perabot berwarna semulajadi, selitkan unsur warna lain menerusi kusyen hiasan atau kusyen lantai.
  13. Demi keselamatan, gantung lukisan dan mural di dinding yang menghadap kerusi atau sofa. Ia juga memudahkan tetamu menghayatinya.
  14. Anda boleh mengasingkan ruang menonton dan ruang tamu dengan memasang pemidang.
  15. Ruang tamu di pangsapuri sememangnya sempit, oleh itu disarankan memilih perabot pelbagai fungsi seperti sofa katil.
  16. Wujudkan titik tumpuan menerusi gambar atau lukisan di ruang tamu. Oleh kerana perabot bereka bentuk melintang maka kehadiran lukisan dapat melegakan pandangan mata.
  17. Bagi mendapatkan satu titik tumpuan, pandangan mata mestilah bergerak secara menegak. Jadi, susun bingkai gambar, lukisan atau perhiasan dinding selari dengan kedudukan pandangan mata.
  18. Elak memasang cermin di tempat yang menampakkan pantulan wajah tetamu. Suasana begini mengundang ketidakselesaan kepada tetamu semasa berbual.

BILIK TIDUR

  1. Jika cat putih pilihan, anda sebenarnya masih boleh mengolah bilik tidur kepada tema tertentu menerusi perhiasan dalam tona lain.
  2. Tona merah, oren, biru dan hijau serasi dipadukan di bilik tidur bertema putih. Sebaik-baiknya padankan dua warna seperti merah dan oren atau biru dengan hijau dalam satu masa.
  3. Menggantung lukisan abstrak di kepala katil sememangnya menarik tetapi jangan menggantung di semua dinding.
  4. Semua gaya langsir sesuai dihias di tingkap bilik tidur. Langsir sebenarnya mempunyai dua kegunaan, pertama menegaskan fungsi jendela dan kedua untuk menghalang kemasukan cahaya matahari.
  5. Anda boleh membingkaikan kain sutera, kertas crepe, kertas buatan tangan atau fabrik denim sebagai perhiasan dinding di kamar tidur anda.
  6. Jika bilik tidur bersekali bilik mandi, pisahkan kedua-duanya menerusi pemidang. Satu untuk bilik tidur manakala satu lagi dijadikan ruang berdandan.
  7. Hiasi kamar tidur dengan gambar keluarga dan kenalan istimewa. Gambar berkenaan merapatkan lagi hubungan kita dengan orang tersayang.

BILIK TIDUR TETAMU

  1. Jika tidak ada pilihan, ruang tamu boleh dijadikan tempat tidur tetamu dengan meletakkan sofa katil di situ.
  2. Hiasan dalaman bilik tidur tetamu mesti mengambil kira keselesaan tetamu. Jangan terlebih menghias, bimbang tetamu berasa kekok. Lebih elok jika bilik tidur dihias ringkas.
  3. Katil bilik tetamu boleh dipilih daripada berbilang rupa sama ada katil biasa, sofa katil atau
  4. Selain katil, lengkapi bilik tidur dengan meja sisi dan almari pakaian. Jika bilik tidur tetamu digunakan sebagai tempat beriadah, susun atur perabotnya mesti menepati kedua-dua fungsi bilik ini.
  5. Lengkapi bilik dengan pengcahayaan tambahan seperti lampu meja dan lampu lantai.
  6. Sediakan satu jam dinding atau jam meja untuk kegunaan tetamu.

BILIK TIDUR KANAK-KANAK

  1. Berbincang dengan anak untuk mengetahui apa yang mereka gemari terutama dari segi warna dan kegiatan masa lapang bagi membantu anda menzahirkan tema tertentu di bilik tidur mereka.
  2. Benarkan anak-anak membantu anda dan biarkan mereka memilih warna, fabrik dan juga cara hendak memperagakan himpunan peribadi.
  3. Suntik suasana ceria menerusi pilihan warna dan tekstur kertas dinding atau kertas sempadan. Seperti motif hutan, angkasa lepas, dinosaur, anak patung, bunga, pelangi serta suasana pesta.
  4. Ceriakan bilik anak anda dengan kemasan dinding bercat warna kuning, hijau, biru atau jingga. Meskipun kanak-kanak sangat gemar warna garang, pilih satu dinding sahaja untuk dicat dengan warna berkenaan.
  5. Bilik tidur anak juga bilik pelbagai fungsi. Justeru itu, bahagikan bilik mereka kepada beberapa zon mengikut aktiviti yang dibuat.
  6. Hiasi jendela dengan langsir bergaya ringkas dan elakkan memasang langsir labuh di bilik tidur anak, sebaiknya gunakan bidai dan langsir pendek.
  7. Selain pencahayaan semulajadi, lengkapkan bilik tidur dengan pencahayaan tambahan kerana anak memerlukan suasana bilik yang terang untuk membuat kerja rumah atau membaca.
  8. Perlu wujudkan pelbagai ruang penyimpanan dalam bilik kanak-kanak untuk menyimpan pakaian, permainan, buku, peralatan sekolah, peralatan berkhemah dan sebagainya.
  9. Hakikatnya anda membina satu jalinan ikatan kekeluargaan semasa menghias kamar mereka. Malah anda tentu seronok mencuba sesuatu yang lain daripada lain kerana boleh berfantasi dan bermain bersama mereka.

RUANG MAKAN

  1. Tona jingga dan merah lebih sesuai di ruang makan kerana kemampuan mempengaruhi emosi, membangkitkan selera makan dan mempercepatkan kadar metabolisma.
  2. Biru dikatakan boleh mematikan selera makan kerana itu, amat sedikit ruang makan berkemasan cat atau dipasang kertas dinding berwarna biru.
  3. Jika ingin menyuntik suasana mewah di ruang makan, tukarkan sahaja meja makan kepada kayu bertona gelap seperti rosewood atau mahogany. Kemudian sarungkan kerusi dengan fabrik berwarna biru nilam.
  4. Bagi ruang makan yang keluasannya terhad, tampung kekurangan itu menerusi penggunaan meja makan yang boleh dibesarkan dan dilipat bila tidak diperlukan.

RUANG DAPUR

  1. Ruang dapur lebih sesuai dipasang lampu kalimantang dan bukannya halogen. Pasangkan juga penutup lut cahaya lampu kalimantang supaya senang anda hendak mencucinya nanti.
  2. Pastikan mendapat banyak pencahayaan semulajadi di situ, jika tidak, terangi dengan pencahayaan tambahan.
  3. Kerusi makan bersarung menyuntik seri di ruang dapur anda. Selain boleh menjamin kerusi tahan lama, sarungnya juga boleh ditukar ganti.
  4. Jika anda terlihat gambar ruang dapur yang menarik minat, cuba fikirkan bagaimana ruang dapur berkenaan dapat disempurnakan di ruang dapur kediaman anda.
  5. Buku resipi pun boleh menjadi bahan hiasan sampingan yang berguna di ruang dapur. Susunkan buku itu dengan cara menegak atau baringkan di atas meja kerja.
  6. Bawakan suasana luaran ke dalam rumah. Gantunglah sepasu dua tanaman di dala ruang dapur.
  7. Tukar suasana ruang dapur dengan menukar warna pintu kabinet atau pemegang pintu.

BILIK MANDI

  1. Nasihat atau panduan berguna kala mengias bilik mandi ialah teruskan dengan gaya ringkas.
  2. Sentiasa utamakan keselamatan dan susun atur kelengkapan di bilik mandi semasa mereka bentuk bilik berkenaan.
  3. Dahulukan aspek privasi, jangan tempatkan mangkuk tandas dengan tab mandi terlalu dekat.
  4. Sentiasa tanam dalam minda, less is more semasa memilih corak jubin yang sesuai untuk digandingkan kelengkapan bilik air.
  5. Menggantung lukisan di bilik mandi dilihat sebagai langkah pertama mereka bentuk bilik mandi bergaya tersendiri.
  6. Untuk kemasan lantai, cari yang mudah dibasuh dan dibersihkan serta mudah dipasang.
  7. Tidak mengapa kalau ingin memperagakan himpunan peribadi di bilik mandi dengan membina tempat letak berupa rak.

PENCAHAYAAN

  1. Pencahayaan di ruang tamu mestilah anjal dan boleh disesuaikan untuk semua kegunaan.
  2. Sorotan cahaya daripada lampu tumpu sangat berkesan untuk menyerlahkan keistimewaan lukisan dan perhiasan.
  3. Mendapatkan lampu di ruang tamu pada aras rendah, seolah-olah anda menegaskan suasana ‘silalah duduk di sofa ini’.
  4. Jika gemar membaca di ruang tamu, maka pencahayaan terbaik ialah lampu lantai atau lampu meja. Pilih terendak yang boleh dilaras kedudukan supaya boleh dihalakan cahaya ke bahagian yang diperlukan.
  5. Sakit mata selepas menonton dalam bilik gelap tidak mungkis berlaku jika anda tempatkan lampu di belakang televisyen. Ia bertujuan mewujudkan pertentangan dan mengurangkan silauan.
  6. Pencahayaan membantu makanan nampak enak. Malah pinggan mangkuk pun nampak bersinar indah dengan kehadiran pencahayaan yang betul di ruang makan atau ruang dapur.
  7. Meja panjang memerlukan banyak pencahayaan dan tentunya lebih lebar. Ini bermakna lampu gantung perlu dipasang tinggi supaya cahaya berserak luas.
  8. Jika meja makan berpermukaan kaca dan pintu kabinet juga daripada kaca, pastikan lampu dipasang diffuser, supaya mata tetamu tidak silau dengan pembalikan cahaya di atas meja kaca.

WARNA

  1. Tidak berani meneroka warna garang justeru itu, pilih sahaja warna neutral seperti beige atau kelabu kerana tidak membosankan dan tahan lama.
  2. Kebanyakan rumah baru menggunakan cat putih atau krim. Anggap ia seperti satu kanvas putih yang boleh anda palit dengan sebarang warna kegemaran anda.
  3. Sentiasa berbincang dengan pasangan anda mengenai warna pilihan anda berdua.
  4. Sapu cat pilihan di atas beberapa bod contoh dan sandarkan pada dinding. Lihat perubahan warna terhasil akibat daripada biasan cahaya siang dan malam, pasti membantu anda membuat pilihan.
  5. Jika tidak mahu memasang jubin, cat adalah pengganti paling sesuai menyuntik seri dinding. Pilih cat jenis licau atau separuh licau kerana mudah dibersihkan.
  6. Ambil satu atau dua warna daripada lukisan yang anda beli lalu selaraskan dengan perhiasan lain seperti langsir, kusyen hiasan, bunga tiruan jenis fabrik dan barangan kaca.

KERTAS DINDING

  1. jika merancang memasang kertas dinding di bilik mandi, anda perlu pilih yang tahan lembap dan bersifat kalis air.
  2. Jangan membeli kertas dinding kerana terpengaruh dengan kata-kata manis jurujual atau bilik pameran yang dihias aneka corak kertas dinding.
  3. Kertas dinding mampu menyelamatkan rupa dinding yang cacat dengan menutup permukaannya.
  4. Jika anda berhasrat memaparkan cita rasa individu di dalam rumah, jalan terbaik adalah dengan memasang kertas dinding.
  5. Kertas dinding bercorak kecil mampu menyuntik kesan luas dalam bilik manakala bercorak besar pula boleh mengecilkan suasana ruang yang luas secara ilusi.
  6. Kertas dinding berwarna gelap akan membuatkan bilik menjadi sempit.
  7. Kertas dinding juga boleh membentuk unsur perspektif. Misalnya, jika bilik bersiling rendah, gunakan kertas dinding bercorak jalur atau bermotif menegak supaya kesan siling tinggi secara ilusi.
  8. Pengaruh warna dalam membentuk suasana sangat besar. Warna seperti amber, emas, merah bata, merahh lembut atau pendek kata berwarna tanah membawa kepada suasana hangat.
  9. Kertas dinding berwarna biru-kebiruan atau hijau-kehijauan dicadangkan untuk mendapat suasana sejuk dan medamaikan.
  10. Mulakan kerja memasang kertas dinding dari sudut paling penjuru yang tersorok dan tidak mudah dilihat orang, bukannya bermula di tengah-tengah ruang.

LOTENG

  1. Jika keluasannya cukup, loteng boleh dimanfaatkan sebagai bilik tidur anak atau tetamu.
  2. Loteng juga boleh dijadikan bilik tidur yang sangat privasi khusus untuk kawan baik atau saudara mara.
  3. Jika sesuai dijadikan bilik tidur, tempatkan katil bujang atau kelamin, almari pakaian berlaci, meja sisi dan meja solek. Gantung cermin bereka bentuk unik untuk menaikkan seri ruang loteng selain menyuntik kesan luas.
  4. Loteng pun sesuai dijadikan bilik permainan kanak-kanak, asalkan selamat dengan kepungan kekisi keselamatan. Lapik permaidani supaya lebih selesa dan hiasi dengan hamparan beberapa kusyen lantai untuk mereka bersantai.
  5. Manfaatkan loteng menjadi studio yang mampu menaikkan semangat anda untuk melukis.
  6. Ubah suai loteng menjadi bilik gymnasium. Pastikan loteng mempunyai peredaran udara yang baik.

RUANG PENYIMPANAN                                   

  1. Cara terbaik mengemas semula adalah ketepikan semua yang tidak diperlukan. Sedekahkan sahaja kepada yang memerlukan dan selebihnya di simpan kemas.
  2. Sama ada bawah katil, belakang almari atau bawah sink, semua itu adalah ruang penyimpanan. Asal sahaja bijak menyusun dan tidak menyusahkan diri untuk dicari semula.
  3. Ruang penyimpanan mesti berpenampilan menarik ibarat syurga dan bukanlah satu tempat yang anda tidak sanggup jenguk langsung.
  4. Binaan rak ringkas antara jalan termudah dalam membina ruang penyimpanan.
  5. Kos membina rak dan para-para sebenarnya tidak mahal. Gantung rak berkenaan di atas penyangga logam. Untuk tujuan hiasan, anda boleh memilih penyangga berbentuk menarik.
  6. Selain rak, bakul juga berguna sebagai bekas penyimpanan. Diperbuat daripada rotan, anyaman jut, logam, plastik atau kayu, pastikan bakul bersifat tahan lasak.
  7. Jika bercadang menjadikan rak sebagai tempat penyimpanan tetap. Anda boleh mengecat atau menyapu bamis rak berkenaan untuk menyamakannya dengan skema warna rumah.
  8. Anda boleh menggunakan sarung bantal lama khususnya berukuran raja untuk melindungi pakaian daripada habuk.
Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *