Tingkap Bukan Sekadar Hiasan

panduan menghias ruang tamu

“Selain sebagai satu bukaan supaya cahaya matahari dapat menerangi ruang, banyak lagi fungsi tingkap”, jawab saya, “tingkap juga adalah untuk pengedaraan udara. Ada juga tingkap kaca yang ditutup untuk memerangkap hawa daripada alat pendingin, tetapi cahaya masih belum tembus ke dalam.”

“Jadi, adalah tingkap itu sesuatu yang wajib untuk segenap ruang?” Tanya Faiz lagi.

“Tidak, wajib, tetapi mungkin sunat,” jawab saya, disambut gelak ketawa pelajar tahun akhir kursus seni bina di sebuah kolej swasta. Faiz adalah salah seorang daripada 15 pelajar yang sedang menyiapkan tesis mereka sebelum layak menggenggam segulung diploma pada penghujung semester nanti.

Saya dijemput untuk sesi perbincangan dan kritikan oleh kenalan rapat yang bertugas sebagai pengajar di situ. Sebagai ahli panel luar yang dijemput untuk berkongsi pengalaman dan membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan, saya diberikan beberapa garis panduan yang bersangkutan dengan tajuk tesis mereka. Soalannya mengenai tingkap mendapat perhatian ramai apabila rakan yang lain turut member pendapatan.

“Saya fikir tingkap juga berfungsi menyediakan ruang untuk penghuni bangunan memandang ke luar bagi menikmati keindahan alam,” kata Jason dan saya mengangguk setuju.

“Kalau pemandangan luar indah dah tajuh hokum wajib untuk menyediakan tingkap,” sampuk Mahmud sebelum saya sempat bersuara. Sekali lagi mereka ketawa. Secara kebetulan Mahmud memilih reka bentuk pusat peranginan sebagai tajuk kajian dan menyediakan tingkap kaca yang besar menghadap laut di dalam rekaannya. Sewaktu pembentangan, ideanya itu dipertikaikan ekrana mengurangi privacy penghuni apabila tingkap besar itu diibaratkan sebuah akuarium untuk tontonan ramai. Namun Mahmud cepat menjawab bahawa langsir ataupun bidai boleh dipasang bagi mengatasi masalah itu.

“Dalam mereka bentuk rumah, kedudukan dan jenis tingkap yang dicadangkan perlu diberi lebih perhatian…tak boleh main hentam atau asal ada saja. Bagi menentukan hal itu, kita perlu lihat dari arah dalam dan luar,” kata saya, cuba mengecilkan skop perbincangan supaya mudah mereka fahami.

Saya menghuraikan bagaimana penyusunan perabot asa, terutamanya yang perlu dipasang pada dinding, tidak memungkinkan tingkap diletakkan pada bahagian itu dan pandangan dari luar kemudian perlu dikira sama ada seimbang atau tidak dengan kedudukan tingkap yang lain. Saya juga memberitahu bagaimana susunan dan pilihan jenis tingkap, sama ada dari segi rupa atau bahan binaan, banyak mempengaruhi keindahan reka bentuk dan fungsi tingkap.

“Tingkap panjang seperti dalam pembianaan rumah kampong tradisional kembali popular di Negara beriklim tropika kerana memudahkan peredaraan udara, begitu juga dengan bahan binaan kayu. Ramai pemilik rumah batu masa kini meminta untuk memasang tingkap berbingkai kayu,” ujar saya. Bahkan sesetengah penggemar seni bina tempatan dan tradisional mengharapkan tingkap mereka dihiasi ukiran dan kayu latik supaya kelihatan asli.

“Dari segi keselamatan, bagaimana? Bukankah bukaan tingkap juga mengundang tetamu yang tidak diingini?” Tanya Karen.

“Satu soalan yang baik,” pantas saya jawap, sepantas saya menerangkan cirri-ciri keselamatan yang boleh dipasang seperti jeriji yang tidak mudah dibuka dari luar, tetapi boleh dibuka dari dalam bagi tujuan menyelamatkan diri.

“Pilihan lain ialah memasang alat penggera,” sambung saya, kemudian bertanya, “Pernah tak kamu semua terfikir bahawa jika harga tanah tidak diambil

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *