Menghias Secara Berjimat

menghias secara berjimat

Aidilfitri adalah hari yang mulia dan membahagiakan seisi keluarga. Hari kebesaran itu, yang dirayakan pada bulan syawal, dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islamsebagai pelengkap puasa Ramadan mereka. Pada Aidilfitri juga, menghias rumah lazimnya secantik mungkin sebagai persediaan untuk menyambut kunjungan sanak saudara dan sahabat handai. Paling penting, suasana rumah hendaklah memberikan perasaan riang dan gembira, di samping memupuk kaih saying ahli keluarga dan kemesraan anak-anak.

Perhatian dan ketelitian dalam menghias dan mengubah suai penataan mewujudkan reka bentuk dalaman yang diinginkan. Ada yang membuat pengubahsuaian rumah, ada juga menghiasnya ala kadar sahaja. Dalam hal ini, tentunya soal kewangan menjadi pertimbangan utama. Berikut beberapa panduan untuk menghias rumah secara menjimatkan bagi memeriahkan lagi hari raya anda.

LANGSIR. Lazimnya kebanyakan kita akan membeli langsir baru untuk menyambut hari raya, namum itu tidak semestinya berlaku kerana semuanya bergantung kepada peruntukan kewangan masing-masing. Jangan gundah jika terpaksa menggunakan langsir lama kerana ada pelbagai cara mudah untuk menghiasnya semula supaya nampak baru. Menyemat pelbagai hiasan pada langsir lama misalnya, pasti memberi penampilan yang berbeza seperti menambah renda. Jadi kalau dulu fabrik langsir anda polos bergaya moden, kini dengan menambahkan renda yang cantik sekali gus mengubah suasana dalaman rumah menjadi lebih lembur dan romantic. Gaya jahitannya boleh diperincikan untuk mendapat suasana yang dikehendaki.

Bagi yang sudah ada lebih daripada dua set langsir, gabungan langsir malam dan siang daripada kain baru pasti mencetus kelainan. Kini terdapat kain langsir berbidang kecil yang hanya dipasang di bahagian tepi atau tempat tertentu bagi menambahkan warna baru pada langsir sedia ada.

SARUNG KUSYEN. Kemasan fabrik selalunya bahan yang sering diganti. Jika tidak mampu menukar sarung sofa dan kerusi, memadai dengan membeli sarung baru untuk kusyen hiasan. Kini ada pelbagai bentuk dan ukuran dalam aneka warna, corak dan jenis baik. Anda boleh membuat pelbagai gaya dengan menggabungkan warna, corak atau jenis fabrik untuk meningkatkan nilai estetika dan suasana. Kusyen bersarung sewarna dan sebentuk menampilkan ruang yang lebih ringkas dan berdisiplin, tetapi jika menggabungkan berbagai-bagai ukuran dan warna pasti menampilkan suasana berlainna. Bagi menghasilkan gabungan menarik, cuba guna tekstur kain yang berlainan atau memadankan corak geometri dengan polos dan fabrik berbunga besar dengan corak lebih kecil.

Warna Kunig sarung kusyen hiasan daripada fabrik jenis berbulu di atas kerusi serasi dengan rangka berusi, kuning keemasan. Gandingan dengan kusyen gelap, menyisipkan warna corak geometri aksen.

 

PERMAIDANI. Satu lagi unsur hiasan yang perlu dipertimbangkan untuk menceriakan suasa Aidilfitri anda. Pastikan anda menggunakan ukuran permaidani yang sesuai untuk ruangnya. Soal mutu dan daya tahan permaidani perlu diambil kira untuk jangka masa panjang. Meletak hamparan yang kecil di sana sini juga dapat menambahkan kecerian ruang.

KELENGKAPAN HIDANG. Layanan yang dipersembahkan juga perlu diberi perhatian agar meninggalkan kenangan manis dan menarik kepada tetamu. Disebabkan hari raya juga bermakna jamuan, maka tetamu selalu dihidangkan dengan pelbagai juadah. Jadi anda boleh menghidangkan mekanan mengikut tema bagi menimbulkan suasana menarik. Mereka yang sukakan majlis bertema, penggunaan daya imaginasi serta kreativiti sangat penting dan tema yang dipilih boleh disesuaikan dengan gaya hiasan rumah. Cara kita melayan tetamu juga memberi kesan terhadap perbelanjaan keseluruhan.

 

 

Bagi mewujudkan keserasian, warna hamparan permaidani perlu diseragamkan dengna salah satu unsur yang ada di ruang terbabit. Warna permaidani di ruang tamu ini misalnya diseragamkan dengan perabot termasuk kerusi, meja kopi dan almari.

Jika membeli pinggan mangkuk dan perhiasan hidang yang baru, pastikan kelengkapan itu boleh diguna bersama-sama set sedia ada. Elak beli berlebihan. Fikir dahulu sebelum membuat suai padan hiasan menggunakan barangan sedia ada. Gabungan warna kelengkapan hidang yang menarik dan reka bentuk dalaman berlainan akan mencetuskan suasana menawan. Penggunaan teko dank ole berbentuk bangunan misalnya, pasti menjadi bahan bualan tetamu. Gabungan yang di luar kebiasaan lazimnya menghasilkan suasana lebih kreatif dan diingati. Gandingan unsur bertentangan yang sesuai sama ada dari segi warna, ukuran serta tekstur memberi kesan unit dan artistik. Jadikan kesesuaian sebagai landasan utama dalam pemilihan.

HIASAN KRAF. Mereka yang menggemari barangan berseni atau hasilan kraf boleh menggabungkan perhiasan itu menerusi teknik berbeza untuk menghasilkan suasana yang indah.

 

NOTA:

Lagi kreatif kita, lagi menarik hiasan rumah yang dihasilkan dan seterusnya menjadikan Aidilfitri kali ini lebih meriah serta meninggalkan kenangan manis yang pasti sukar dilupakan. Kerja mereka bentuk dalaman harus berpandukan nilai estetika, perasaan, ragam dan fungsi kegiatan serta perbelanjaan. Kepuasan dapat dirasai apabile Berjaya menata hias ruang dengan begitu indah sekali dan mendapat pujian keluarga dan tetamu.

 

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *