Pelbagai Gaya Jubin

pelbagai gaya jubin

Pelbagai Gaya Jubin

 

Banyak kelebihan menggunakan jubin untuk mencantikkan ruang dalaman. Bukan sahaja harganya berpatutan, tetapi kita juga dapat memiliki bahan bermutu, taham lama, tahan lasak, mudah dicuci dan sesuai dipadankan dengan sebarang rekaan hiasan untuk membentuk gaya terkini yang lebih menyerlah.

 

Keistimewaan jubin bagaimanapun masih kurang dimanfaatkan kerana kebanyakan kita belum lagi terpisah daripada tanggapan lama bahawa jubin hanya untuk lantai dan dinding bilik air serta ruang dapur jarang sekali jubin digunakan untuk membentuk dinding lampu di ruang tamu atau jubin dijadikan pemisah ruang apatah lagi digunakan sebagai kemasan dinding kepala katil di bilik tidur.

 

Itulah kelebihan jubin yang ditawarkan di pasaran sekarang. Dengan kepelbagaian warna, corak dan tekstur yang ada kita ‘tidak malu’ untuk mengetengahkannya buat tontonan khalayak.

 

Rekaan jubin terkini tidak lagi terhad kepada yang biasa-biasa sahaja dan hanya layak dipasang di bilik mandi dan ruang daput. Dengan terhasilnya daya cipta terbaru jubin memberi peluang kita untuk memperluaskan penggunaannya asalkan kita berani, kreatif dan bijak mencari ruang yang sesuai untuk pemasangannya. Jika kita berasa kurang yakin di mana dan bagaimana hendak memasangnya, kebanyakan syarikat jubin termasuk Guocera Marketing Sdn Bhd menyediakan khidmat nasihat yang diperlukan, tetapi jangan lupa membawa pelan lantai dan ukuran ruang yang tepat.

 

Ruang Tamu

Jubin hiasan dipasang secara menegak di tengah-tengah binaan para-para kaca. Kehadirannya menambah keindahan ruang tamu kerana pilihan motif dan warna yang tepat. Malah, tekstur jubin yang berkilat mengiringi tekstur kaca sekaligus menyerlahkan binaan para-para.

Satu lagi cara untuk menampilkan kelainan di ruang tamu ialah memasang jubin bertatah kaca yang dipotong bentuk berlian (levantino berlian putih) sebagai garis sempadan dinding. Atau bagi mereka yang lebih berani, pilihan jubin beragam motif juga cantik dipasang secara menegak bagi membentuk titik tumpu.

PERINGATAN

Jubin dinding boleh digunakan untuk lantai walaupun jubin lantai boleh digunakan untuk dinding.

 

Bilik Tidur 

Pilih gabungan corak dan warna jubin yang menenangkan ikiran dan  sedap mata memandang kerana disinilaj tempat kita berehat dan lena setelah seharian penat mencari rezeki

Peringatan 

Di sebabkan bilik tidur hanya kita yang menghuninya dan bukan tempat laluan ramai maka lebih banyak pilihan jubin boleh digunakan

 

Ruang Makan & Ruang Dapur 

Jubin Memang bahan kemasan yang menjadi pilihan di ruang ini,tetapi laimnya dipasangpada separuh bahagian dindingsahaja. Warna dan mtifnya pula sama.Jesteru itu, apakata dihias ruang makan dengan jubin listello.Bagi yang menyediakan kaunter bar berkerusi tinggi maka disaran supaya dinding bertentangannya dipasang jubin .sementelah pula jubinl lebih mudah dibersihkan.

sementera itu, pilih jubin jenis kesat dan senang dijaga untuk ruang dapur memandangkan kawasan ini terdedah kepad percikan minyak,sisa makanan dan air .Pastikan juga jubin permukaan kerja dipilih daripada jenis tahan lasak dan mudah diselenggarakan .

 

Lantai 

Penggunaan jubin secara kreati boleh mewujudkan perkitaran ruang yang lebih menarik.satu cara ialah menyusun jubin elbagai warna berukuran sama dalam bentuk segi empat dan di bahagian atasnya dilapisi kaca tebal tahan pecah dan lut cahaya supaya boleh nampak susunan jubin,Tidak perlulah dipasang jubin itu sehingga  memenuhi keseluruhan ruang lantai,sebaliknya memadai menghiasi kawasan meja kopi,meja makan,ruang tamudan ruang masuk.

 

Bilik Air , 

Pemasangan jubin di bilik air adalah perkara biasa.Yang membeakan cuma cara susunan seta pilihan warna dan corak. Mereka yang konservatif akan memilih jubin sama warna atau dwiwarna namun penggunaan jubin terkini boleh menjadi bilik air lebih berseri.

Suai padan jubin mengikut warna dan guna jubin listello atau precut untuk menyuntik kelainan Jubin listello boleh dipasang dari atas dinding hingga kelantai kerana ukurannya yang kecil,tetapi mempunyai warna dan corak menarik.Penggunaan jubin secara menegak antara dua sink juga cantik,apalagi jika dipadankan dengan warnalantai bilik air.

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *