POKOK HIASAN SEPARUH MENJALAR
Buddleja Davidii
- Daripada keluarga Buddlejaceae dan mempunyai lebih 100 spesies.
- Berasal dari China Tengah.
- Dinamakan bersempena seorang pakar alam semula jadi Perancis iaitu Pere Armand David.
- Juga dikenali dengan nama Butterfly bush, Orange eye dan Summer lilac.
- Mudah dikenali melalui jambangan bunganya yang kecil, tumbuh berjuntai dan berbau harum.
- Spesies yang menjadi kegemaran ialah Buddleja Davidii Black Knight dan Buddleja Davidii White Profusion.
- Pembiakan melalui keratan pucuk.
Alamanda
- Juga dikenali dengan nama Small Leaved Butter Cup berikutan bunganya yang berbentuk corong seperti cawan.
- Diperkenalkan oleh seorang doktor dari Belanda bernama Allamond.
- Antara yang terkenal ialah Allamanda Nerrifolia, Allamanda Purpureceae dan Allamanda Cathartica. Beberapa hybrid juga telah dihasilkan iaitu Garndiflora, Williamsii, Shotii, Handersonii, Violaceae dan Jamiaca Sunset.
- Tumbuh menjalar setinggi 3 hingga 6 meter, jadi Alamanda sesuai dijadikan hiasan pergola dan pagar.
- Bunga berbentuk tandan dan setiap tandan mengeluarkan 8 hingga 10 kuntum yang kembang sepanjang tahun.
- Batang mengandungi getah, jadi sesuai ditanam di tempat kering dan terbuka supaya mendapat banyak cahaya matahari sekali gus menggalakkan pertumbuhan ranting dan pengeluaran bunga secara serentak.
- Ada kepercayaan mengatakan bahawa pokok ini boleh mengelak bala jika ditanam di halaman rumah.
- Bunga rasmi Majlis Perbandaran Jasin.
Polygonum Aubertii L.Henry
- Daripada keluarga Polygonales dan berasal dari China.
- Juga dikenali sebagai Fleece Vine dan Silver Lace Vine.
- Sesuai ditanam di kawasan yang menerima banyak cahaya matahari dan separuh redup.
- Bunga berwarna putih dan berbau harum.
- Pembiakan melalui biji benih dan keratan pucuk.
Sesuai dijadikan hiasan pagar dan tiang
Quisqualis Indica L.
- Tanaman menjalar berduri ini tergolong dalam keluarga Combretaceae.
- Sering ditanam di kawasan tropika seperti India, Filipina dan Malaysia.
- Lebih dikenali dengan nama Rangoon creeper dan Drunken sailor manakala di Malaysia dipanggil akar dani, akar suluh dan selimpas.
- Dalam bahasa Latin Quisqualis membawa maksud ‘Apakah itu?’
- Apabila kembang, bunganya membentuk seakan berjejari dan berbau harum.
- Bunga boleh bertukar warna daripada putih ke merah.
- Mempunyai buah seakan-akan badam dan air rebusan buah boleh dijadikan ubat kumur.
- Pembiakan melalui biji benih dan keratan kayu keras.
- Sesuai digunakan sebagai penghias dinding, penutup dinding rendah dan pokok pasuan.
- Di Filipina, daunnya dilumatkan dan diletakkan di kepala untuk melegakan pening manakala di Papua Guinea pula, golongan dewasa memakannya setiap hari untuk menjarakkan anak.
Ipomoea Hederacear Jacq
- Berasal dari kawasan tropika di Amerika.
- Lebih dikenali dengan nama morning glory dan di Malaysia dipanggil bunga seri pagi atau bunga trompet ungu.
- Tergolong dalam keluarga kangkung atau Convolvulaceae.
- Menghasilkan bunga selama setahun.
- Pembiakan melalui biji benih.
- Sangat indah jika dibiarkan tumbuh menjalar sehingga menutupi pagar.
- Mengalami pertumbuhan optimum jika diletakkan di tempat terbuka dalam keadaan tanah subur dan air mencukupi.
- Pemangkasan hanya perlu dilakukan jika tanaman terlalu rimbun.