JUT
Berasaskan gentian tumbuhan,bersifat kasar dan ditenun longgar.Sesuai dijadikan perhaisan
dinding,bidai dan langsir.Boleh dibasuh dan mudah berbulu.
TWEED
Berasaskan bulu haiwan,bersifat kasar,hangat dan kalis api.Permukaan fabric bertekstur,ditenun
sama ada corak tulang ikan atau twill.Kain kapar sesuai dijadikan langsir dan sarung
sofa.Perlukan cucian kering.
CHENILLE
Berasaskan kapas,sutera,campuran kapas dan sintetik serta bulu binatang.Ditenun bercorak
atau berumbai pada bahagian permukaan.Sesuai dijadikan sarung kusyen atau cadar.Tahan
lama dan seeloknya dikatakan untuk cucian kering.
MOIRE
Berasaskan sutera,kapas atau sintetik dengan permukaan penyudah permukaan berombak dan
berkilat.Sesuai dijadikan sarung sofa, sarung kusyen dan langsir.Perlukan cucian kering untuk
mengekalkan keindahan fabric.
SUTERA SHANTUNG
Berasaskan sutera,kapas atau sintetik.Ditenun menggunakan benang polos berwarna dengan
ketebalan tidak menetu.Mudah berbulu dan boleh dibersihkan secara cuciam kering.
TAPESTRY
Berasaskan kapas atau bulu haiwan.Ditenun rapat dengan corak atau warna tertentu.Sesuai
dijadikan langsir, sarung kusyen dan sofa.Bersifat tahan lasak dan sesuai untuk cucian kering.
LINEN
Ditenun kosong dengan rapi.Amat sesuai dijadikan alas meja dan cadar.Bersifat mudah renyuk
tetapi tahan lasak,sebaiknya dibersihkan secara cucian kering.
VOILE
Berasaskan kapas atau polyester.Ditenun jarang sama seperti sbeer.Sesuai dijadikan birai cadar
atau langsir.Mudah berbulu dan wajar dibasug tangan sahaja.
GINGHAM
Berasaskan kapas atau campuran kapas dan polyester.Dua warna benang ditenun berpetak
dalam pelbagai warna.Sesuai dijadikan alas meja dan langsir gaya kafe.
DUPION
Berasaskan sutera,uiscose dan acetate.Ditenun polos dengan permukaan berpintal manakala
bahagian belakang seperti satin.Sesuai dijadikan langsir dan sarung kusyen.Fabrik ini mudah
renyuk dan sesuai dibasuh secara cucian kering atau amalkan teknik himpitan jika ia berasaskan
sutera.
OTTOMAN
Berasaskan sama ada kapas atau campuran sutera.Ditenun ketat dengan bentuk jalur
melintang.Sesuai dijadikan sarung kusyen dan kerusi.Bersifat tahan lasak dan sebaiknya
dihantar untuk cucian kering.
BALDU
Berasaskan sutera,kapas atau campuran sintetik.Ditenun rapi dengan sebahagian permukaan
fabric berbulu lembut.Sesuai dijadikan sarung sofa dan langsir.Perlukan cucian kering.Susah
dijaga.
CALICO
Berasaskan kapas dan ditenun rapi.Sesuai dijadikan pelapik langsir.Boleh dibasuh tetapi akan
renyuk sedikit.
MUSLIN
Berasaskan kapas dan ditenun longgar.Sesuai dijadikan langsir siang.Basuhnnya secara cucian
kering.