Kemasan A ke Z

Mengemas rumah memang memenatkan namun memikirkan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, eloklah diusahakan berdikit-dikit dari sekarang. Ambil kesempatan bulan Ramadan (ada banyak masa terluang sebab tidak perlu hendak berkejar memasak dan makan waktu siang) untuk mengemas setiap inci ruang rumah.

Maklumlah, teringin juga melihat rumah cantik dan kemas pada musim perayaan (walaupun sepatutnya sepanjang masa kerana rumah adalah tempat kita tinggal dan bagi mereka yang bekerja pasti mahu pulau ke rumah yang bersih dan indh selepas seharian keletihan di pejabat). Tentu kurang manis menyambut tetamu yang datang beraya dalam keadaan rumah tidak ceria- perhiasan berselerak, perabit tidak tersusun, langsir kusam, kelengkapan hidang tidak lengkap. Lagipun kerja mengemas ini bukan sahaja membantu anda mewujudkan suasana rumah yang selesa, tetapi dikekalkan dan dikitarkan semula. Tidak perlu mengerut dahi atau bermasam muka bila tiba waktu hendak berkemas kerana sebenarnya mengemas rumah boleh menjadi mudah dan tidak membebankan jika kita tahu cara mengurusnya. Ikut langkah A hingga Z kami ini.

 

Atur jadual tugas, misalnya menyapu lantai setiap pagi. Ini kerana rutin yang dianggap meletihkan itu lama-kelamaan menjadi mudah.

Bersihkan tempat yang sukar dahulu seperti kawasan memasak di ruang dapur basah, cabinet siap dipasang di ruang dapur kering dna bilik air. Ambil mas hujung minggu untuk melakukannya dan jangan benarkan anak, suami atau tetamu tidak diundang mengganu anda, termasuklah panggilan telefon! Tujuannya supaya anda dapat memberi tumpuan dan dengan itu dapat menyiapkan tugas lebih cepat.

Cuci langsir, alas meja, cadar dan sarung kusyen. Pastikan anda kenal sifat fabrik yang diguna atau dapatkan nasihat mengenai kaedah membasuh daripada mereka yang pakar.

Dry cleaning adalah kaedah paling selamat untuk memastikan fabrik langsir tidak menyusut, luntur atau koyak sewaktu dibersihkan, terutama kalau harga fabrik itu mahal. Janganlah ambil sebarang risiko dengan mencuci sendiri nanti terpaksa berbelanja lebih pula untuk menempah yang baru.

Elak menjemur fabrik langsir, cadar, sarung kusyen dan alas meja terlalu lama di bawah pancaran terik matahari bagi mengelak warnaya cepat pudar. Sebaik-baiknya sidai di bawah tempat teduh dan berangin.

Fikir dulu sebelum membuang pakaian lama anda dan anak-anak serta perhiasan rumah.

Gubah semula jambangan bunga fabrik dan plastic yang sudah dibersihkan supaya nampak seperti baru.

Himpun semua perhiasan dan bahagikan mengikut kategori iaitu tembaga Kristal, seramik dan sebagainya. Agih-agihkan tugas membersihkan dan menggilap barangan itu kepada semua anggota keluarga. Beri mereka upah selepas selesai melakukan tugas berkenaan atau memadai mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas keprihatinan mereka. Lebih bagus lagi kalau memuji kerajinan mereka itu di hadapan tetamu yang datang beraya.

Ilham sekali ruang penyimpanan untuk memudahkan anda menguruskan barangan kegunaan hari ini dan sewaktu hari raya seperti kotak, penyangkut, pencangkuk, para-para, rak, beg dan raga.

Jangan bersikap sambil lewa. Ajar anak-anak dan suami, malah diri anda sendiri supaya menyimpan terus baran yang sudah diguna ke tempat asalnya supaya tidaklah sibuk hendak berkemas keesokan hari.

Kemas ruang tamu setiap malam sebelum anda masuk tidur. Ambil masa lima atau 10 minit untuk membetulkan sofa, mengelap meja kopi dan menyusun surat khabar atau majalah lama di luar rumah untuk kitaran semula. Jangan biar ruang tamu berselerak berhari-hari kerana anda sendiri yang akan berasa letih apabila terpaksa mengemas nanti.

Labelkan setiap bekas penyimpanan seperti kotak dan bakul bagi memudahkan pencarian.

Mulakan dengan kerja mengemas dengan membersihkan stor supaya dapat meletak barang yang disimpan di dalam kotak.

Nyalakan lilin wangi di beberapa ruang seperti ruang tamu dan bilik air. Lilin wangian vanilla, strawberi dan ros boleh didapati di SSF Home Deco Mart. Haruman yang disebarkan dapat membangkitkan keselesaan, sekali gus membuat tetamu berasa dialu-alukan, letak buah-buahan di dalam mangkuk dan tempatkan di tengah-tengah meja makan. Kalau dapat menggunakan bunga segar lagi menarik.

Oleh kerana lazimnya tetamu datang silih berganti pada hari raya, pastikan perhiasan rumah tidak terlalu sarat dan perabot tidak terlalu padat supaya tetamu mudah bergerak dan menggurangkan bilangan perhiasan yang dipecahkan oleh kanak-kanak.

Pilih bekas simpanan yang bersesuaian. Guna satu bekas yang dapat mengisi pelbagai barang, misalnya cakera padat sebaik-baiknya disimpan di dalam bekas lain yang mudah dibuka.

Quit dreaming! Jangan asyik berangan-angan, sebaliknya mula bekerja sekarang. Bagaimanapun, anda juga harus berpujak di bumi nyata yang anda tidak mampu mengubah 100 peratus suasana rumah dalam tempoh sebulan secara bersendirian. Oleh itu, ajak ahli keluarga yang lain melakukannya bersama-sama supaya kerja yang berat alan menjadi ringan. Jangan berasa tertekan pada saat akhir. Kerja mengecar keseluruhan rumah sepatutnya dilakukan tiga bulan lebih awal, tetapi tidak salah kalau anda sekadar mahu mengecar satu bahagian ruang atau sebuah bilik sahaja. JIka masih ingin memberi warna baru kepada rumah anda, lakukannya selepas hari raya puasa. Bukankah rumah anda masih boleh bergaya pada hari raya haji?

Ramadan sebenarnya adalah bulan terbaik untuk mengemas dan memberi masa yang banyak untuk anda membersihkan rumah jika tahu memanfaatkannya. Peruntukkan masa selama lima atau 10 minit selepas bersahur untuk anda melakukan tugasan kecil seperti membuang habuk di celah perabot yang ternyata mempunyai kesan besar selepas dibersihkan.

Sediakan satu buku nota sebagai peringatan dan letakkan di sebelah katil untuk anda mencatat kerja yang perlu dan sudah dilakukan. Keesokannya, koyak sahaja helaian nota itu dan lekat di tempat yang mudah dilihat seperti pada pintu peti sejuk supaya anda tahu apa lagi yang perlu dibereskan.

Tentulah jalan paling mudah untuk mengelak berkemas ialah dengan menutup pintu bilik, khusus bilik anak dan stor. Namun ini bukanlah jalan terbaik kerana yang anda mahukan ialah rumah bersih, cantik dan kemas, bukan?

Urus dahulu barang yang diperlukan untuk anda membersihkan rumah< Jika anda selesa membersihkan rumah dengan menggunakan span, penyapu dan sebaldi air suam bercampur bahan pencuci lembut, sediakan barang itu awal-awal supaya kerja tida tergendala.

Vakum permaidani untuk membuang kekotoran dan mengembalikan semula kelembutannya.

Walaupun bermula dengan kerja yang sedikit, akhirnya tanpa disedari anda sudah berjaya menyiapkan banyak kerja. Malah, anda akan mendapati rumah semakin bersih dan nampak menarik.

X-ray sepintas lalu kawasan keliling rumah, terutama halaman. Adalah anda berpuas hati dengan keadaan rumput dan pokok hiasan? Jika tidak, masih ada masa lagi untuk memotong rumput atau membeli pokok hiasan tambahan.

Yang penting pastikan rending dan ketupat sudah siap dimasak, biskut raya diisi di dalam balang, kelengkapan hiding tersusun rapi di atas meja makan, kusyen diatur di atas sofa dan langsir menghiasi tingkap.

Zzzzzz tidurlah dengan lena pada malam raya supaya keesokan harinya tubuh anda berasa lebih segar untuk bersembahyang sunat Eid-Ul-Fitri dan menyambut kunjungan tetamu.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *