Lantai Kayu Keras Kekal Indah

Lantai Kayu Keras Kekal Indah

Lantai kayu menghasilkan nilai estetika. Apabila dipijak menimbulkan satu suasana intim dan hangat. Seperti mana bahan kemasan yang lain, lantai kayu juga perlu dijaga bagi mengekalkan serinya.

 

Yang perlu dibuat

  • Untuk mengelak kesan lekuk dan calar akibat pergerakan, balut kaki perabot dengan pelapik khas, span atau kain tebal,terumata jika anda sering mengalih perabot.
  • Letak alas kaki di luar pintu masuk untuk memerangkap pasir halus dan debu. Alas kaki di luar bilik air juga menghalang kelembapan di dalambilik berlantaikan kayu. Pastikan alas kaki ini meresap air dan permukaannya mempunyai ‘ruang pernafasan’. Elak guna alas kaki berlapik getah di bawahnya kerana ini menghalang peredaran udara dan boleh meninggalkan tanda hitam di atas lantai selepas beberapa hari diguna.
  • Kesat segera sebarang tumpahan. Jika dibiarkan, air boleh meresap ke dalam kayu. Ini boleh meyebabkan permukaannya bertukar warna dan kayu meleding.
  • Pastikan lantai selalu kering.
  • Pastikan bilik mempunyai aliran udara yang baik dengan suhu dan kelembapan bersesuaian. Pendedahan kepada haba dan kekeringan yang berterusan serta keterlaluan boleh meyebabkan lantai mengecut dan retak. Jika ini berlaku, maka penggunaan dehumidifier diperlukan untuk mengekal tahap kelembapan bilik.

 

Yang tidak boleh dibuat

  • Jangan biarkan debu dan pasir halus tidak bersapu kerana ini boleh menjejaskan permukaan lantai. Lakukan pembersihan dan penyelenggaran secara tetap dan sempurna.
  • Tlak menggunakan kasut tumit atau sentiasa pastikan permukaan tumit kasut dalam keadaan baik untuk mengelak permukaan lantai terjejas teruk.
  • Jangan tanggalkan kotoran menggunakan lilin, thinner, bahan berasaskan kimia atau sabun berkuasa kuat kerana ini akan menyebabkan permukaan lantai bertompok dan tidak berseri.
  • Elak menarik perabot dan barangan kecuali bahagian bawahnya dilindungi.
  • Kayu alah kepada lembapan, justeru itu elak pendedahan pada perubahan suhu dan kelembapan yang keterlaluan. Ini akan menyebabkan kayu mengembang, mengecut, meleding atau retak. Cuaca ideal ialah 20 hingga 28 darjah Celsius.

 

Penyelenggaraan

  • Sentiasa bersihkan lantai dengan penyapu biasa atau alat penyedut hampagas agar permukaannya bebas daripada habuk dan debu pasir. Guna mop lembap sahaja kerana jika lantai kerap dibasahkan boleh menjejas permukaan kayu. Elak menuang air terus ke lantai.
  • Untuk membersihkan lantai kayu, kikis kotoran degil dengan berhati-hati. Guna pencuci lantai kayu keras yang sesuai seperti polyurethane berasakan air.
  • Jangan guna lilin kerana ini boleh menjejas kemasan penyudah asal dan menambahkan lagi kerja pembersihan.
  • Lakukan pengindahan semula lantai kayu secara tetap seperti memasang semula lapisan pelindung pada permukaannya agar kekal cantik dan tahan lama.

 

 

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *