Petua Memilih Warna Cat Yang Sesuai

petua memilih warna

MANA SATU YANG SESUAI?

Rahsia mendapatkan hasil cat yang cantik untuk rumah ialah dengan menggunakan selain daripada satu warna mengikut pakar hiasan dalaman

Kerja mengecat bukanlah semudah disangka, apatah lagi untuk kelihatan cantik memerlukan gandingan dua atau tiga tona yang serasi. Tidak mengapa kalau warna-warna yang dipilih itu bertentangan, asalkan serasi. Atau anda juga boleh memilih warna di dalam kumpulan yang sama, tetapi berlainan tona. Bagaimanapun, ini tidak bermakna yang anda perlu menerapkan warna-warna itu pada satu medium sahaja, sebaliknya anda boleh menjadikan empat medium berikut sebagai asa, iaitu:

  • Dinding utama.
  • Garis alur, bingkai dan motif yang timbul.
  • Daun pintu dan panel tertentu.

Pemilihan warna penegasan yang bertentangan untuk bahagian tertentu memang menarik kerana dapat menonjolkan perincian seni binaan dan melindungi sebarang kecacatan. Kesilapan memilih warna penegasan atau tanpa warna penegasan membuatkan rumah kelihatan hambar. Soalnya, bagaimanakah untuk membuat pilihan yang sesuai, khususnya jika mahu menukar warna cat yang lama? Anda ada tiga cara, iaitu:

  1. Melantik pakar untuk menilai kesan cat lama yang sudah terjejas dan guna semula warna asal.
  2. Rujuk kepada carta warna dan pilih tona yang pernah diguna sewaktu rumah dibina.
  3. Lupakan warna sedia ada dan pilih warna baru yang lebih menyerlah untuk menimbulkan kesan dramatic kepada perincian seni bina.

Pertimbangan lain ialah membandingkan keadaan warna rumah jiran bersebelahan. Warna indah gaya Victoria dan dan berkilau misalnya, nampak terlalu kuat dan lari sedikit daripada rumah jiran yang bercat warna konservatif. Jesteru itu, pertimbangkan sama ada warna yang anda pilih nanti serasi atau tidak dengan warna rumah jiran, melainkan anda memang mahu rumah anda kelihatan lain daripada yang lain!

 

Warna asal – rumah anda ibarat sekeping kanvas, tetapi bukan kosong kerana diisi oleh pelbagai banda dan bahan. Oleh itu, teliti juga warna bumbung, tingkap dan rel serta bahagian lain yang tidak dicat. Warna baru tidak semestinya perlu diseragamkan dengan warna lama. Yang penting, keseluruhan ruang tampil harmoni.

 

Warna ruang dalaman – untuk memilih warna cat tidak pelulah menyamakannya dengan unsur tidak penting seperti sarung bantal dan cadar. Paling mustahak ialah memastikan warna yang dipilih itu serasi dengan warna kemasan dalaman seperti langsir dan perabot, bahkan ini adalah antara cirri penting untuk memilih warna dalaman. Dan perlu diingat bahawa warna cat di dalam dan luar hendaklah saling mempengaruhi untuk menghasilkan kesan harmoni.

Warna penegasan – bergantung kepada ukuran dan tahap kerumitan binaan rumah, anda boleh pilih dua, tiga atau seberapa banyak warna untuk diberikan penegasan di dalam sesuatu ruang. Warna-warna itu boleh diserapkan ke atas tiang, rangka dinding dan panel. Bagaimanapun awas, terlalu banyak sangat warna pun boleh mencacat pemandangan dan nampak macam badut pula!

Gelap dan cerah – warna cerah membuatkan ruang nampak luas, sebaliknya tona gelap menampakkan kesan sempit walaupun menonjolkan penegasan dan daya tarikan. Warna lembut pula menenggelamkan penampilan seni kemasan dinding.

Harmoni dan bertentangan – warna bertentangan menonjolkan keindahan seni bina, tetapi pertentangan yang keterlaluan boleh mewujudkan kesan bercelaru dan menjejaskan ciri keindahan! Jika mahu mengetengahkan banyak warna maka lebih selamat jika memilih dalam kumpulan keluarga warna yang sama. Untuk memberi penegasan, cuba guna warna yang sama dalam tona lebih gelap atau lebih cerah berbanding menggunakan pelbagai warna berlainan.

Keseimbangan – pengunaan satu warna cat mampu menonjolkan kehadiran kelengkapan/perhiasan di dalam rumah. Jika masih mahu menggunakan pelbagai warna, cuba seimbangkan pilihan dengan kelengkapan/perhiasan.

Ketahanan – lebih kuat tona warna yang diguna seperti biru terang dan merah pekat, lebih cepat pudar. Warna pekat juga menimbulkan masalah penyelenggaraan kerana meresap haba dan menimbulkan masalah risiko kelembapan. Warna yang sudah pudar bukan boleh diperbetulkan dengan sapuan pada bahagian tertentu kerana akan menimbulkan kesan tompokan, sebaliknya perlu dicat semula secara menyeluruh.

Seni – pilih sama ada mahu menggunakan cat jenis berkilat, separuh kilat atau biasa. Sebarang kecacatan lebih mudah kelihatan pada permukaan berkilat seperti kesan berus yang tidak rata atau cat pembaikan (touch up). Namun permukaan berkilat lebih mudah dicuci. Begitu pun, ramai yang menggemari cat biasa untuk dinding dan cat separuh kilat atau berkilat untuk kegunaan pada tiang, rel dan rangka.

Penipuan warna – warna cat nampak berlainan apabila dilihat di bawah cahaya dan lebih cerah di atas permukaan yang luas. Oleh itu, dinasihatkan supaya menguji dahulu warna pilihan di ruang tertentu sebelum membeli jumlah cat yang diperlukan.

PERINGATAN

JANGAN TERBURU-BURU MEMBUAT KEPUTUSAN

Sekiranya anda menggemari sesuatu warna, gunakannya di mana-mana ruang di dalam rumah. Pilihlah warna yang dapat menunjukkan keperibadian dan mampu berinteraksi dengan kelengkapan atau perhiasan kesukaan anda. Selain itu, kalau anda meminati warna merah tidak perlulah memilihnya sebagai warna latar keseluruhan dinding, sebaliknya pilih warna yang lebih redup supaya barangan yang menampilkan warna kegemaran anda itu benar-benar menonjol. Atau mengecat satu bahagian dinding sahaja dengan warna kesukaan anda.

JANGAN ABAIKAN PSIKOLOGI WARNA

Jangan sesekali berfikir bahawa anda boleh mencapai suasana ruang yang damai dengan warna merah, biru dan hijau lebih santai dan tenang. Merah dan jingga sesuai untuk ruang bermain atau ruang keluarga yang menyediakan pelbagai kegiatan berlansung. Jesteru itu, pilihlah warna yang sesuai, mengikut fungsi ruang. Lagipun ingatlah warna semua biru itu biru dan tidak semua putih adalah cantik. Anda perlu sihat menjangkaui warna sebenar untuk mengenal pasti samaada warna cerah atau gelap padan dan terang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *