Container Gardening

container gardening

Container GARDENING
ANDA GEMAR BERCUCUK TANAM, namun tiada ruang tanah yang cukup ? Mencari solusi
kepada permasalahan ini, inilah jawapannya.Container gardening.Mudah di selenggara,cantik di
pandang,mudah di ubah dan digubah.Yang paling penting,hanya memerlukan luas tanah atau
ruang yang minima.Menawan sekali peletakannya sama ada di jendela,di pintu
masuk,balkoni,bilik mandi,mahupun di atas meja kerja anda.Menikmati kehijauan dan flora di
segenap pelosok rumah.
Container gardening ini boleh sahaja terdiri daripada tanam dedaun atau doliage,bungabungaan,tanaman
herba,succulent seperti kaktus,menjalar yang kemudiannya dilengkapkan
dengan pengisi,filler.Boleh juga gubahannya dikompilasikan menjadi sejambak dengan pelbagai
jenis tanaman-tanaman tadi.
Manakala container atau bekasnya pula melangkaui sekadar menggunakan pasu
biasa,cabar kreativiti anda dengan menggunakan pelbagai medium yang akan menampilkan
keunikan seiring konsep penataan interior kediaman anda.
Pilih pasa-pasu atau bekas-bekas rekaan moden dan sleek bagi interior rupa
moden,pasu-pasu lama berlumut,bekas penyiram lama bagi interior ala country dan tin-tin
lama,bekas-bekas besi berkarat bagi interior rustic mahupun industrial.Harus mengujakan!
Antara kelebihan bertanaman dengan cara container ialah dapat mengurangkan risiki
daripada penyakit soilborne yang boleh mengganggu pertumbuhan tanaman di sekitarnya.Ia
juga dapat membantu menghapuskan masalah rumpai dan mudah bagi kita mengawal
kelembapan tanah,sinaran matahari dan suhu yang membantu,menggalakkan pertumbuhan
tanaman-tanaman ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *