Menjamin Hayat Sofa

memilih sofa

Rangka
Rangka member sokongan dan menentukan bentuk asas perabot.Periksa perabot bagi
memastikan alastangan dan kaki adalah tegap manakala bahagian daripada kayu dikemaskan dengan baik.

Kusyen
 Kebanyakan kusyen adalah keras, bagaimanapun ada juga yang lembut.Apa pun pilihan
anda, ia seharusnya memberikan keselesaan.Kusyen seharusnya tidak
menggerutu,seragam dan selaras dengan bahagian penyandar.
 Kebanyakan kusyen diisi dengan busa poliuretana Pilih kusyen yang elok dan dibungkus
dengan kain kapas untuk keselesaan tambahan.
 Kusyen juda tidak seharusnya melebihi rangka sofa dan tidak ada lopong di antara
kusyen dengan alas tangan dan belakang atau antaranya.
 Kusyen tempat duduk dan penyandar seharusnya dalam bentuk satu potongan dan
bukannya bercerai kerana lama kelamaan ia akan menjadi berkelompok.
 Bahagian bawah kusyen kulit tidak disarung sampai habis bagi membolehkan kulit
bernafas kedutan dan menghalang kusyen daripada mudah tergelincir.
 Anda mungkin menjumpai lebihan kulit di bawah kusyen duduk. Ia sengaja dilakukan
sebagai panduan mengenal pasti lot pencelup sekiranya terdapat keperluan
mendapatkan kulit yang sama.

Penjagaan
 Boleh dicuci tangan atau mesin.Bagaimanapun periksa terlebih dahulu dengan pekedai
kerana ada fabric yang memerlukan kaedah cucian tertentu.
 Jika fabric anda tidak dirawat,lakukan sendiri dengan menggunakan bahan rawatan yang
banyak terdapat di pasaran. Perlu juga diingat bahawa bahan rawatan fabrik bukanlah
satu-satunya bahan penjagaan perabot.
 Untuk kotoran ringan, hilangkan dengan kain lembap.
 Jangan guna air pada fabric baldu kerana bahan ini perlu dicuci menggunakan cecair
cucian kering.
 Guna penyedut hampagas seminggu sekali untuk membuang habuk. Ia juga menghalang
pengumpulan kotoran oada gentian yang boleh membuatkan ia menggelupas.
 Jauhkan daripada pancaran matahari.
 Jangan letak barang berat di atas sofa kerana ia menyebabkan fabrik kendur.
 Jika anda menjumpai lebihan benang, jangan ditarik.Gunting dengan kemas.
 Sentiasa alihkan kusyen.Ini dapat menjaganya untuk jangka panjang.
 Cucian menggunakan perkhidmatan professional digalakkan.

Kulit
 Kulit yang tidak dirawat mudah kotor akibat minyak.Ia juga boleh rosak akibat bahan
penggosok,serbuk pencuci atau larutan organic.
 Jika terdapat kotoran, sapu campuran sabun lembut dan air menggunakan span
kering.Jangan basahkann.Cuba sapuan lembap dan biarkan kering.Sentiasa patuhi
aturan pencucian yang diberikan pengilang dan cuba lakukan pada bahagian yang tidak
ketara terlebih dahulu.
 Unutk tumpahan, lap segera dengan kain atau span bersih.Cuci dengan kain lembap dan
biarkan ia dikeringkan angin.Jangan sekali-kali menggunakan pengering rambut.
 Jika tertumpah mentega atau minyak,sapu dengan kain kering dan biarkan minyak yang
masih tertinggal meresap pada kulit.Jangan sapukan air atau cuba membasuh kesan
berminyak.
 Jauhkan daripada pancaran matahari kerana kulit akan kering dan merekah serta
professional untuk membaikinya.
 Cucian,rawatan,pemuliharaan dan pembaikan secara professional dan berterusan dapat memanjangkan jangka hayat sofa kulit.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *