MENCIPTA PENATAAN
Sebagai nadi kediaman, adalah penting bagi anda memberatkan gaya penataan di ruang tamu. Namun anda juga tidak digalak menghiasnya berlebihan sehingga nampak sesak dan sarat dengan barangan kerana ruang ini perlu kekal luas berikutan sifat berbilang fungsinya.
Siling tinggi, jendela luas dan factor seni bina antara unsur yang menentukan gaya hiasan.Begitu pun, tuan rumah perlu juga mengetahui serba sedikit mengenai ilmu dan konsep hiasan dalaman supaya tidak terbabas dalam mengatur gaya.Sebagai panduan, disertakan beberapa contoh penataan ruang tamu dan ulasan ringkas daripada pakar – pensyarah Institut Teknologi Kreatif Lim Kok Wing Shezrin Shah,Chia Lin Lin dan Dennis Ho serta pensyarah kanan reka bentuk dalaman UTM, Prof madya Mohd Ali Yusop
LEMBUT & MENYEGARKAN
Inilah gaya yang tergambar di ruang tamu ini yang dilengkapi sofa fabrik putih polos,sofa fabrik tab corak jalar dan almari kayu putih berpintu kaca. Unsur lembutnya bermula daripada :
• WARNA
Paduan kertas dinding corak bunga berselerek dan perabot warna lembut mencipta keserasian,biarpun corak bunga pada langsir lebih ketara menguasai ruang Pemilihan permaidani polos warna semula jadi wajar dipuji kerana berupaya menimbulkan ragam selesa dan nyaman.
• LANGSIR
Corak bunga pada langsir membangkitkan perasaan romantik, sekali gus menghidupkan seri ruang.
• RUANG PENYIMPANAN
Penyediaan almari berpintu kaca untuk menyimpan himpunan peribadi dan majalah kegemaran yang disusun kemas dalam kotak.
• PERABOT
Kepelbagaian gaya perabot memikat pandangan , lebih indah lagi dengan kehadiran himpunan kusyen hiasan warna lembut.
• SOFA
Sofa putih polos bertindak sebagai titik tumpu di ruang yang keseluruhannya mengenakan warna latar hijau pucat.
• PERHIASAN TAMBAHAN
Perhiasan diatur rapi atas almari dan meja sisi mewujudkan suasana terancang.
• LANTAI
Permaidani dinding ke dinding warna kelabu memberi lebih kesan kepada suasana yang ditonjolkan.
RASMI DAN SANTAI
Gambar ini menonjolkan dua ruang tamu merangkumi ruang rasmi dan tidak rasmi.Biasanya
ruang tamu ramai dihias serba sempurna kerana ia digunakan untuk merai tetamu kehormat
manakala susun atur perabot di ruang tamu tidak rasmi lebih bebas dan kurang mementingkan
keseragaman suasana.Biarpun perabot yang diguna di ruang tamu tidak rasmi berlainan bentuk
yang penting ruangnya lapang dan memberi keselesaan untuk seisi keluarga bersantai.
• PINTU
Menampilkan reka bentuk Perancis berangka kayu bercat putih yang menghubungkan
pemandangan di luar dengan di dalam.Ia nampak harmoni apabila bersatu dengan sofa tiga
tempat duduk warna putih kapas.Kebetulan sofa ini juga menjadi barangan tumpuan.
• PERABOT
Kerusi bersalut fabrik menyuntik keindahan dan nampak lembut serta anggun, tambah
menawan apabila dipadankan dengan alas meja berjurai serta langsir corak mawar.
• LANTAI
Ambal corak bunga pilihan tepat untuk menghiasi lantai panel kayu disebabkan keupayaannya
memercik ragam suasana semula jadi.Penekanan terhadap corak semula jadi menyerlah
menerusi kerusi bersalut fabrik hijau corak daun dan kerusi istirahat warna merah t pekat.
• DINDING
Kertas dinding motif bunga menegak menukar wajah asal ruang yang sempit menjadi luas dan
lapang. Corak kertas sempadan juga serasi dengan kertas dinding dan fabrik langsir,sofa serta
kusyen. Cermin bentuk bujur yang digantung pada dinding mewujudkan kesan luas secara ilusi.
RINGKAS UNTUK RUANG TERHAD
Mesra dan selesa serta betrayal dan unggul.Itulah kesimpulan yang dapat dibuat mengenai
ruang tamu ini. Kekal menggunakan warna lembut, tuan rumah bagaimanapun berani
mengetengahkan corak polos, berkotak dan berbunga lebat.
• PERABOTk
Ringkas dan itulah yang terbaik sebenarnya untuk ruang terhad.Penggunaan sofa fabrik
berbunga yang digandingkan bersama sofa fabrik polos menghidupkan suasana.Malah dengan ruang yang amat terhad ini,penggunaan meja hidangan berkaki lipat adalah pilihan tepat berbanding meja kopi besar.Penggunaan rak kayu terbuka juga membuatkan ruang sempit nampak luas.
• PERHAISAN TAMBAHAN
Unsur geometri pada bingkai gambar, bod kotak berlaci dan arca tinggi kayu mempersembahkan
gaya penataan ringkas tetapi kemas.Kehadiran kusyen hiasan merah,kuning dan krim
membentuk keseimbangan warna.
• DINDING
Warna biru lembut kertas dinding diiringi kertas dinding sempadan corak mawar memberi sentuhan manis.
• LANTAI
Sedondon warna kertas dinding, ambal bercorak kotak kasar dipilih melengkapi penataan.Corak halus kertas dinding dan corak kasar ambal mencipta kesan suasana yang bertentangan tetapi menarik.