Penyeri Facade atau lebih di kenali dalam Bahasa Malayu Kecantikan Arca Konkrit
1. Keanggunan arca seni tidak terhad kepada hiasan ruang sahaja.Kreativiti arkitek dari
Brazil ini telah mencipta kelainan pada wajah façade rumah banglo ini.
Arca konkrit putih karya pengukit tersohor ini turut mencipta impak tersendiri pada
ruang interior.Ia bertindak sebagai penuras cahaya matahari atau alat teduhan cahaya
(shading device) yang berkesan pada siang hari.Malamnya,ia tampak menyerlah
daripada bahagian elsterior dengan kesan pencahayaan aksen selain sumber cahaya
daripada ruang interior sendiri.
2. DINGING KACA TINGGI MEMUKAU
Ruang double volume ini merupakan ruang tamu yang pasti memukau setiap
pengunjungnya.Merupakan sebuah unit penthouse,kewujudan dinding kaca tinggi
membantu menaikkan impak di ruang ini dengan saujana pemandangan menghadap
pencakar langit Kuala Lumpur.Dinding kaca turut dibentuk dengan rekaan bingkai putih
garis vertical dan horizontal yang tidak sekata.
3. KOMBINASI KREATIF KELULIKACA
KELULI SERINGKALI DIKAITKAN DENGAN MATERIAL BINAAN YANG PENTING,AKAN TETAPI,MATERIAL,KELULI INI MAMPU MENCIPTA NILAI ESTETIKA TERSENDIRI PADA RUANG ANDA DI RUMAH BANGLO INI.KELULI ABSTRAK MENCIPTA ELEMEN REKA BENTUK YANG TERSENDIRI.IA MENJADI PENYERI PADA STRUKTUR BINAAN YANG SEBAHAGIAN BESAR TURUT MENGGUNAKAN KONKRIT.KEANGGUNAN KELULI INI TERSERLAH DENGAN RONA HITAM YANG DIGANDINGKAN BERSAMA MATERIAL KACA.
4. PESONA TEKSTUR BATU-BATUAN
Material ini merupakan asas kepada sesebuah pembinaan dan juga acuan
simen.Namun,pesona tekstur batu-batuan ini turut menjadi inspirasi kepada ramai
pereka dan juga pemilik kediaman.Meskipun ia bukanlah sebuah batu asli sebenarbenarnya,ia tetao mencipta rupa yang tersendiri pada sesebuah ruang.Kini,ia boleh didapati melalui penggunaan faving brick atau kertas dinding timbul yang datang
dengan pelbagai rekaan dan corak.
5. INSPIR ASI INDUSTRI DI RUMAH
Elemen material industry,iaitu konkrit dan keluli jika suatu ketika dahulu digunakan
pada binaan komersial dan perdagangan.Perubahan masa menjadikan material ini lebih
‘mesra’ dengan kediaman kini.Permukaan dinding konkrit dibiarkan polos dengan warna
kelabu kusam dipadankan bersama material keluli pada struktur tangga menyerlahkan
sisi kontemporari ruang ini dengan palet warna cerah,
Tampak janggal,namun sejarah telah membuktikan penggunaan kaca sebagai material
lantai telah digunakan semenjak zaman Nabi Sulaiman lagi,iaitu di istan kerajaan
baginda.Kaca tempered setebal 12mm boleh digunakan sebagai material
lantai.Lazimnya,ia dipasang bersama bingkai keluli yang member perlindungan dan
ketahanan tambahan pada lantai ini.Meskipun demikian,lantai ini digalakkan untuk
penggunaan di ruang dengan aliran trafik yang rendah atau tidak sibuk.
7. KEMASAN KELARAI GAMIT MEMORI
Pernah tinggal di desa?Kedamaian dan keindahan suasana desa boleh sahaja dijelmakan di kediaman anda.Material kemadan iaitu anyaman unik daripada daun mengkuang atau buluh yang dikenali sebagai kelarai boleh digunakan bagi menggantikan material plaster siling biasa.Selain mencipta suasana yang desa yang dirindu,ia bertindak menuras haba daripada permukaan bumbung daripada masuk ke dalam rumah.
8. MENGHIJAUKAN RUANG DALAM RUMAH
Tiada ruang tanah untuk laman?Sekiranya anda mempunyai ruang tambahan,ia boleh
dijadikan sebagai ruang ‘laman’ anda.Tidak seperti courtyard yang terbuka kepada
cahaya dan persekitaran luar,sebaliknya anda boleh wujudkan ia dengan penggunaan
material rumput sintetik dan kayu yang boleh ‘menghijaukan’ruang anda daripada lantai
hingga ke siling.Ruang pasti tampak lebih indah dengan penggunaan elemen pokok hijau dan kayu using sebagai aksesori penyeri.
9. ‘PENGHAWA DINGIN’ SEMILA JADI
Mencari penghawa dingin semula jadi? Tentu ada.Jika anda gemarkan pengudaraan
semula jadi,kaedah ini sesuai diaplikasikan di ruang anda itu.Kewujudan water feature
bukan sekadar mengindahkan persekitaran dengan bunyi tetapinya,tetapi dengan
peletakan yang betul,ia boleh menjadi agen penyejuk yang berkesan terhadap aliran
udara yang masuk ke ruang kediaman anda.Dikenali dengan kaedah penyejukan pasif,ia mengaplikasikan konsep pengudaraan silang dengan bantuan elemen pokok hijau serta ketinggian ruang dalaman.
10. SILING KAYU LEBIH INDAH
Sebut sahaja material kayu,pasti ramao yang terbayangkan akan keindahan dan
keanggunannya.Tidak terhad kepada lantai sahaja,siling pasti tampak lebih bergaya dan eksklusif dengan kayu.Seperti di ruang ini,panel kayu empat segi pelbagai saiz disusun secara selari membentuk siling di ruang menonton ini.Warna coklat kayu
menyemarakkan ciri-ciri kayu yang ditonjolkan sekali gua mengubah suasan di ruang ini.
11. BUKAN SEKADAR BULUH
Buluh merupakan anraea material binaan tradisional yang telah lama digunakan
sepanjang tamadun manusia.Walaupun tidak lagi digunakan kini,namun masih ada lagi
kegunaannya buat kediaman anda itu.Buluh boleh dijadikan sebagai material kemasan
pada dinding dan juga berkesan sebagai alat pelindung cahaya (shading device) yang
mampu menerbitkan kesan estetika asing menarik dan berbeza.
12. GABUNGAN SEMPURNA KELULI DAN KAYU
Merupakan dua jenis material sempurna,gabungan material itu di ruang ini tampak
berbeza.Sebagai ruang keluarga di ruang balkoni di atas tingkat,ruang ini dihubungkan
ke ruang luar dengan pintu kaca dan tingkap louvers keluli rona putih,member sentuhan
tropika kolonial dan kontemporari.Dinding tinggi ini turut dihiasi dengan tingkap tinggi
sebelum dikemaskan dengan siling kayu.Hasilnya,ruang double volume ini benar-benar
mempesonakan para pengunjungnya.
13. KELULI CLADDING CIPTA KEUNIKAN
Lazimnya,material ini kerap dikaitkan dengan bangunan industry seperti kilang dan
pejabat.Penggunaan material hakikatnya tidak terhad.Misalnya rumah ini,material keluli
cladding mencipta imej tersendiri pada hadapan kediaman ini dengan tingkat atas yang
ditonjolkan menerbitkan elemen kontras horizontal tampak sepadan dengan rona yang
ditetapkan.
14. RITMA MATERIAL RIAS MENARIK
Apakah hasilnya jika kesemua material yang disebutkan penulis ini digabungkan? Pasti ia bakal sebuah mencipta reka bentuk unik.Inilah hasil pada reka bentuk façade pada
sebuah perumahan bertingkat di Australia ini.Facade bangunan ini memperlihatkan
gabungan material batu-batu,kayu,keluli dan kaca dengan reka bentuk susunan ritma
yang harmoni dan berhemah.
15. BRICKS ON THE WALL!
Umpama nama sebuah grup,namun hakikatnya penulis merujuk kepada penggunaan
batu-bata asli sebagai kemasan dinding.Jika kebanyakannya akan dilepa dengan lapisan simen,dinding batu-bata ini mampu member impak rustic dan industrial tanpa sebarang kemasan atau cat.Ia boleh menjadi feature wall yang menarik dengan penataan kesan pencahayaan aksen yang berkesan pada sudur tertentu atau pada malam har