BIDAI Bukan Fabrik

bidai bukan fabrik

KEGUNAAN bidai adalah untuk menyaring dan menyekat cahaya semulajadi yang berlebihan.Bagi bidai bukan fabric,kemasukan kadar cahaya semulajadi boleh dikawal mengikut keperluan individu,sama ada dibuka penuh,separuh buka atau ditutuo rapat dengan memusingkan kayu bidai.Bidai juga boleh ditarik sehingga menutupi keseluruhan atau separuh tingkap menggunakan tali khas.
Bidai aluminium dengan bilahannya disusun melintang dan dipasangkan tali khas untuk membolehkannya dibuka-tutup.
SEBAHAGIAN warna bidai aluminium keluaran Sun Blinds.
Walaupun kurang bergaya jika dibandingkan dengan bidai fabrik, penyatuan corak pada bilah berpermukaan licin atau bertekstur tetap memberikan daya tarikan tersendiri.Antara sebab lain ia semakin diminati ialah penjagaannya yang tidak remeh dan untuk menghilangkan habuk,pengguna Cuma perlu kibas dengan berus lembut atau bulu ayam.

 

JENIS BIDAI
Antara bahan yang sering diguna untuk membuat bidai ialah aluminium,kanvas,polisterena,buluh,kayu dan PVC.Menurut Perunding Hiasan Dalaman Karell Martinek Furnishing.Gerald John Coyen,name bidai venetian diperolehi daripada nama tempat asal bidai itu dicipta kira-kira 60 popular di Eropah.Ia dipasang di tingkap untuk menahan tempias air keran kebanyakan rumah mereka menghadap muara sungai Venice,selain mengurangkan kadar kemasukan cahaya semulajadi.Bagaimanapun,pada masa itu bilah bidai diperbuat daripada plastic murah yang diregangkan dengan pita kanvas di kedua-dua sisi.
Berbeza hari ini,bahan bidai sudah pelbagai serta ukuran panjang dan lebar bidai juga tidak terhad.Umumnya,lebar bilah boleh didapati dalam ukuran 16,25,75, dan 111 milimeter manakala panjang dan lebar bidai ditentukan oleh ukuran tingkap.

Bidai Menegak
Jika tingkap rumah berbentuk melengkung dan bercerun,bidai menegak adalah jawapannya.Ia boleh dipasang di kiri,kanan atau dikiri dan kanan serta ditengah tingkap/pintu mengikut kesesuaian.Susunan bilahnya pula boleh dicondongkan di mana-mana sudut untuk membolehkan cahaya dikawal,selain memperolehi suasana bersendirian.Tindihan bilahnya dipastikan tersusun dalam jarak yang sama supaya selari,malah ia mempunyai pusat gravity bagi membolehkan bilah kembali ke tempat asal jika ditarik.
Ada dua ukuran bilah,iaitu 89 milimeter dan 127 milimeter.

Bidai Venetian
Jenis ini membolehkan pengguna mengawal kemasukan cahaya luaran ke dalam rumah.Himpunan bidai venetian menawarkan model Slimline,dengan bilahan berukuran 25 milimeter dan Micro,16 milimeter.Ada lebih 100 warna disediakan,dengan kemasan satin,kilat,marmar dan granit.

Country Woods
Untuk kediaman bertema kedesaan,usah bimbang mencari kemasan tingkap yang bersesuaian.Bidai Country Woods keluaran Luxaflex dapat memenuhi keperluan itu.Bilahannya disediakan dalam ukuran 25 milimeter atau 50 milimeter lebar dan menyerlahkan keaslian ira kayu.
Dengan kemasan berwarna asli atau birch whilte,pengguna tiada masalah menyesuaikannya dengan perhiasan dan kemasan lain.

Bidai Buluh
Bidai buluh dihasilkan daripada buluh jenis bertam yang tumbuh melata di dalam sungai.Memandangkan keadaan semulajadinya yang sesuai dengan air,maka bidai buluh tahan hujan dan panas serta tidak mudah rosak.
Istimewanya bidai buluh ialah sejuk mata memandang di balkoni atau anjung rumah untuk mengelaj pancaran cahaya matahari dan tempias.Namun begitu,begitu buluh juga sesuai menghiasi tingkap rumah.
Warnanya tidak terbatas,tetapi bagi yang gemarkan warna asli buluh,bolehlah memilih bidai buluh yang siap dibarnis.Bilahannya dihasilkan dalam dua ukuran,iaitu satu millimeter dan setengah minimeter.Selain bentuk biasa,ia turut disediakan dalam bentuk bulat berukuran suku miliemeter,tetapi tidak sesuai dipasangkan di luar rumah kerana mudah patah.Bidai buluh Cuma perlu dibersihkan dengan mengelapnya menggunakan kain basah.

Bidai Kayu
Kayu ramin sering digunakan untuk membuat bidai keran dikatakan antara kayu yang ringan dan kuat.Malah ia mudah ditarik dan tahan lama.Biasanya bidai kayu dipasang di luar rumah,terutama di anjung dan kaki lima kedai.Keadaannya yang berat membuatkan ia tidak mudah ditiup angin.Bilahannya berukuran dua setengah millimeter dan apabila ditarik ke atas, gulungan menjadi besar,menyebabkan ia tidak sesuai menghiasi ruang dalaman rumah.
Bidai kayu hadir dalam bentuk melintang dan tidak terhad kepada satu warna sahaja.Lazimnya,sekeping bidai dicatkan dua warna bagi menimbulkan kelainan.Sebagaiman bidai buluh,bidai kayu juga tidak memerlukan penjagaan rapi,sebaliknya boleh dilap sahaja menggunakan kain lembap untuk menghilangkan kekotoran.

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *