POKOK BUAHAN Dalam Taman

pokok buahan

SEBUAH taman tidak akan lengkap dan sempurna jika tidak ada dua atau tiga pokok buah-buahan yang ditanam bersam pokok hiasan lain untuk menghasilkan satu gabungan menarik dalam reka bentuk lanskap.Pokok buah-buahan ini boleh dijadikan pokok latar belakang kerana mempunyai bentuk,tekstur,warna dan ukuran yang berlainan.
Bagaimanapun, paling penting ialah pokok ini mengeluarkan hasil yang boleh dimakan seperti durian,mangga,rambutan,jambu,betik dan limau.Jangan lupa pokok seperti cermai,buan nam nam,belimbing besi,rokam dan melinjau yang sukar diperolehi,boleh juga ditanam dalam taman.
Selain menghasilkan buah dan memberi bentuk,satu lagi keistimewaan pokok buah-buahan ialah sebagai tempat perlindungan pelbagai jenis burung dan adakalanya tupai.Pokok ceri,kemunting , ara, mengkudu dan jambu adalah antara yang digemari.

 

Merancang Tanaman
Satu perancangan perlu disediakan untuk menentukan luas kawasan,jenis atau klon, jumlah pokok dan jarak yang sesuai untuk ditanam.Pastikan tapak dipilih mempunyai saliran air dan pengudaraan yang baik,gembur serta peroi untuk membolehkan akar menjalar dan mencengkam kukuh.
Jika tapak itu tanah liat yang padat ,jangan khuatir kerana ia boleh diperbaiki dengan menambahkan bahan organic dan pasir sebelum ditanam pokok.Untuk menentukan keasidan tanah yang sesuai,lubang tanaman hendaklah ditaburkan sedikit kapur (GML) kepada paras pH5.5 –pH6.5.
Luas kawasan selalunya menjadi masalah kepada tanaman pokok buah-buahan di dalam taman keran sudurnya yang lebar akan menganggu pokok hiasan lain daripada memperolehi cahaya semulajadi,bahkan adakalanya pokok hiasan menjadi terbantut disebabkan terlampau banyak naungan.Oleh itu, tanam di kawasan terbuka dan menerima cahaya matahari sepenuhnya untuk pokok berbuah.Ukuran pokok boleh menentukan jumlah yang boleh ditanam dalam satu kawasan.Pokok seperti durian,rambutan dan mangga memerlukan tidak kurang 10 meter sekeliling.

 

Bahan Tanaman
Jenis baka atau klon mestilah yang berdaftar dan bermutukeran ia tidak akan merugikan dari segi pengeluaran dan rasa.Apabila membeli,pastikan perkara ini :
1. Umur dan ukuran pokok –bagi pokok baka cantuman,pilih tunas yang panjangnya 30 hingga 50 sentimeter dan berusia lebih kurang tiga bulan serta sudah dilakukan pengerasan.Pastikan tanah dalam beg plastic,lembab dan tidak mempunyai akar
kering.Akar pokok berukuran sederhana lebih kuat daripada kekejutan menanam (transplanting shock) yang selalu berlaku sewaktu dialih di tapak tanaman.Pastikan dahan utama lurus dan tegak manakala dahan susur bercabang seimbang.

A. BAKA cantuman tunas untuk buah durian,rambutan dan mangga.
B & C. LIMAU nipis daripada baka tut (kiri) dan jambu air daripada baka keratin (kanan).
D & E. POKOK durian cantum yang terlebih had masa dan ketinggian sudah kehilangan bentuk (kiri) manakala pokok durian cantum yang sesuai ditanam secara pancang dan diikat terlebih dahulu (kanan).
2. Penyakit dan serangga – elak membeli pokok yang terkena penyakit dan serangga ulat kerana ia boleh mengakibatkan gangguan kesegaran serta kesihatan pokok.Ranting dan daun yang berpenyakit hendaklah dibuang sebelum membeli.

 

Pokok Buah Hiasan
Pelbagai jenis pokok buah hiasan boleh ditanam dan selalunya ia baka anak bernih daripada biji ataupun dibiak menerusi cantuman, tut serta keratin.Kebanyakan klon yang dijual di Jabatan Pertanian adalah baka cantuman atau tut yang klonnya sudah didaftar.Anatara klon disyorkan adalah :
1. Belimbing – B2 (Maha 65 berbuah bujur sebesar 8 hingga 12 sentimeter berwarna hijau dan beransur putih kehijauan,berair serta terktur halus);B10 (buah berukuran 12 hingga 15 sentimeter berwarna kuning sehingga merah keemasan apabila masak,bertekstur halus tetapi keras). berair,harum dan seberat 200 gram; B11 (Chan Yong seperti B2 boleh ditanam bercampuran dengan B10 bagi menggalak pembuahan ).
2. Cempedak – CH19 (Paya Jaras berbuah besar, lonjong ,bengkok dan berwarna kulit hijau kekuningan serta ulas isinya besar,tebal berwarna kuning dan manis); CH27 (berbuah besar,panjang,lurus ,dengan warna kulit hijau kekuningan dan ulas isi sederhana besar,tebal,kuning dan manis);CH30 (Kuang 5 berbuah sederhana besar,bulat melonjong,dengan warna kulit hijau dan ulas isi tebal warna jingga serta manis.
3. Duku langsat – hasil kacukan semulajadi duku dan langsat,dengan klon yang didaftarkan adalah DU2,DU3,DU4 serta DU5.
4. Durian – D2 (Dato Nina berbuah sederhana besar,bulat lonjong,berkulit nipis,berduri halus,berwarna hijau perang,dengan mutu buah yang tinggi,isi tebal warna tembaga,manis,harum dan tahan lama manakala bijinya keset);D7 (kuning berbuah bentuk bulat lonjong,sederhana besar dan tidak tahan lama,tetapi ulas isinya kuning,sederhana tebal,berbau harum serta lemak); D24 (bukit Merah berbuah sederhana besar,bulat,berduri halus tajam,berkulit hijau muda dan nipis,dengan isi sederhana tebal dan berwarna kuning); D99 (berbuah bulat,sederhana besar,isi warna kuning,tebal dan lemak manis).
5. Jambu batu – GU8 (Kampuchea berbuah besar 300 hingga 600 gram berbentuk bujur,isi putih dan manis); GU10(Klon Salji yang sederhana besar 200 hingga 300 gram,berbentuk bulat,isi tebak warna putih dan manis.
6. Mangga – MA128 (Harumanis berbuah sederhana besar 450 hingga 500 gram berbentuk bulat panjang , kulit nipis, halus dan berlilin,dengan warna kulit hijau tua,isi tebal warna kuning dan halus,manis,harum serta banyak air);MA165 (MAHA65 berbuah besar 500 hingga 600gram berbentuk panjang leper,dengan isi tebal warna kuning muda,manis dan berbiji nipis);MA162(Golek sederhana besar 450 hingga 500 gram berbentuk bulat panjang,berkulit warna kuning kehijauan,dengan isi tebal,halus warna jingga dan manis.
7. Nangka – J29(berbuah besar,bulat,warna kulit hijau kuning dan ulas isi besar ,bujur panjang,tebal,pejal serta kuning yang mempunyai ira halus,sangat manis dan kurang getah);J31 – (NS1 berbuah sederhana besar bentuk lonjong warna hijau kuning dan ulas isinya sederhana besar,bulat,kuning,tekstur halus dan manis).
8. Rambutan – R3 (berbuah besar,bulat,merah,isi pejal,manis,berjua,lekang dan bersih daripada selaput biji); R7 (berbuah besar,bulat,warna merah,isi manis ,lembut dan lekang); R156 (Muar Gading berbuah sederhana besar,bulat,merah,isi manis,pejal dan sedikit berair).
9. Ciku – C61 (Betawi berbuah sederhana besar,bulat,kulit warna coklat merah,isi manis dan berpasir); C62 (Jantung berbuah sederhana besar,bujur,isi manis,ira halus dan wangi).
10. Limau – Limau berasid (Limau nipis,Italian lime); Limau musk (Limau kasturi); Lemon dan Citron (Limau mata kerbau,Limau mata belalang);Limau besar (Limau bali,Limau tambun);Limau kupas(Limau potong (Limau cula, limau careng dan Washington Navel)

 

Pokok Buah Tradisi
Pokok buah-buahan tradisi atau nadir kurang mendapat perhatian penduduk Bandar meskipun di kampung masih terdapat pokok ini dan dijaga dengan baik.Khasiatnya banyak,selain menghasilkan buah,pucuknya juga boleh dibuat ulam dan ubat.Kayunya boleh dijadikan tongkat atau sarung golok,parang dan keris.Dari segi bentuk,warna,tektur dan ukuran pula, pokok tradisi sungguh indah di dalam lanskap kerana ada yang mengeluarkan pucuk merah,daun beruras,dahan lampai,kulit berjalur dan terkupas serta sesetengahnya berbau harum.Ciri ini menambahkan lagi keindahan dalam reka bentuk taman.
Antara pokok buah-buahan tradisi ialah bidara (Zisyphus mauritiaus Binjai (Mangifera excelsa), buah mentega (Diospyros discolor),cermai (Phyllanthus distichus),kundang (Bottea gandaria),kelumpang (Sterculia monosperma), melinjau (Gnetum gnemou),rambai (Baccarea motleyana),rokan masam (Flacourtia inermis ),sentul (Sandorium Koetjape ),tampoi (Baccaourea sapide),tempunik (Artocarpus rigidus), berangan (Castanopsis inermis),buah Melaka (Embelica officinalis ),cerapu (Garcinia prainiana),kecapi (Sandoricum neruosum),keranji (Eugenia pseudosubtillis) dan redan (Nephelium glabrum)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *