TIP JIMAT TENAGA

tip jimat tenaga

10 Tip Jimat Tenaga PENGHAWA DINGIN

Penghawa dingin merupakan alat yang menjadi solusi kepada masalah kediaman berbahang.Penggunaannya dapat menjadi rumah sejuk,selesa dan cool pastinya !
Namun,penggunaan penghawa dingin dikaitkan dengan pengeluaran tenaga yang banyak.

 

Lihat tip berikut untuk menjimatkan penggunaan tenaga penghawa dingin.
1. Penghawa dingin anda haruslah sentiasa dalam keadaan baik.Sentiasa dapatkan professional untuk memeriksa dan menyelenggarakan penghawa dingin.Penghawa dingin yang berada dalam kondisi baik akan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
2. Sentiasa bersihkan condenser yang berada di bahagian outdoor.Bersihkan bahan asing seperti rumput,daun dan benda yang tersekat di situ.Anda boleh menggunakan penyedut hampages untuk membersihkan condenser.
3. Set suhu penghawa dingin tidak kurang daripada 25 darjah selsius.Ini akan mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 40 peratus.
4. Ketika bilik anda mendapat pancaran cahaya yang panas di siang hari,gunakan langsir atau blind untuk menutup bahagian tingkap terbuka.Ini akan membantu mengurangkan tenaga yang terhasil daripada penghawa dingin untuk menyejukkan ruang bilik anda.
5. Panel pemisah boleh membuatkan satu ruang lebih kecil sekaligus membuatkan target untuk penghawa dingin lebih kecil.Ini keran lebih besar ruang yang ada,maka lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menyejukkannya.
6. Anda boleh memasang penghawa dingin sejam sebelum tidur.Kemudian,anda boleh menukarkan fungsi penyejukan dengan menggunakan kipas.Ini kerana ruang bilik sudah disejukkan terlebih dahulu.Bijak dan efisien.
7. Penggunaan timer pada penghawa dingin sangat bagus kerana ia boleh memastikan penghawa dingin tidak digunakan untuk masa berpanjangan.Set masa untuk penghawa dingin tutup 30 lebih awal setiap kali penggunaan.Dalam satahun anda boleh berjimat sehingga ratusan ringgit.
8. Periksa penapis penghawa dingin sebulan sekali dan pastikan ia sentiasa bersih.Jika perlu,gantikan dengan penapis yang batu.Ia dapat memudahkan pergerakan udara bersih disitu di samping mengurangkan penggunaan tenaga.
9. Elakkan penggunaan alat elektrik berbaha seperti seterika di dalam bilik yang dipasang penghawa dingin.
10. Pastikan penghawa dingin ditutup apabila anda berada di luar rumah untuk jangka masa panjang.Ia dapat mengurangkan penggunaan elektrik dan tenaga.

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *