Pengubahsuaian Rumah SENARAI PERANCANGAN AWAL

pengubahsuaian rumah

ADAKAH anda dapati rumah yang diduduki sekarang sudah tidak selesa atau terasa sempit? Mungkin juga rumah yang baru dibeli didapati kurang sesuai dengan kehendak dan selera.Ini adalah petanda awal untuk anda memikirkan mengenai pengubahsuaian yang perlu dilakukan.
Di sini saya membincangkan persoalan mengenai keperluan pengubahsuaian dan kaedah anggaran perbelanjaan bagi memastikan anda mempunyai belanjawan kewangan yang mencukupi sebelum kerja pengubahsuaian dilaksanakan.

Keperluan
Pengubahsuaian dirasakan perlu,terutama bagi rumah yang usianya usia sudah lanjut (melebihi 15 tahun).Ia juga mengambil kira factor bilangan dan umur ahli keluarga yang semakin meningkat,termasuk menyediakan keperluan ruang atau bilik tambahan bagi memenuhi kehendak berkenaan.Kerja pengubahsuaian rumah lama biasanya disertakan kerja membaik pulih untuk member suasana baru.
Di samping keperluan asas untuk pengubahsuaian,terdapat beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi penghuni rumah untuk melakukan pengubahsuaian,antaranya supaya menepati kehendak dan citarasa terkin; memenuhi tafar kedudukan yang sudah berubah; memiliki pendapatan berlebihan dan tidak ketinggalan untuk bersaing dengan jiran atau keluarga lain.

Jenis
Apakah yang biasanya diubah suai?Jenis pengubahsuaian kediaman pada dasarnya terbahagi dua.Pertama,membabitkan pengubahsuaian dalaman,termasuk bagi tujuan pembesaran ruang sedia ada; penambahan bilik;menukar atau membaiki kemasan (lantai,dinding,siling);menukar atau membaiki pintu,tingkap dan perabt siap dipasang serta membaiki bentuk kemudahan yang dipasangkan dalam bangunan(services) seperti paip,pembetungan , lampu dan alat pendingin hawa.Kedua,berkaitan pengubahsuaian bahagian luaran yang biasanya meliputi bidang lebih luas,termasuk kerja penambahan bilik di bahagian bawah atau atas rumah;membesar atau membina anjung kereta (car porch);membina atau membaiki pagar/pintu pagar serta kemasan luar;membaiki atau mengganti kemasan bumbung,pintu,tingkap dan longkang yang rosak.

Kaedah Anggaran Perbelanjaan
Untuk menzahirkan hasrat anda, faktor penentu yang utama adalah kewangan.Ini amat penting keran ia perlu diseimbangkan dengan faktor selera,jika tidak boleh menimbulkan masalah di kemudianhari.Bagaimanpun ,perancangan yang teliti biasanya dapat mengelak berlakunya sebarang kesulitan.
Kaedah anggaran perbelanjaan melalui sebut harga adalah antara sebahagian daripada pelbagai bentuk atau jenis kaedah anggaran yang pernah digunakan dalam industry pembinaan.Begitupun,ia masih sesuai digunakan di sini memandangkan ia boleh dilakukan sendiri oleh pemilik rumah tanpa menggunakan khidmat perunding.Namun demikian,sekiranya skop kerja pengubahsuaian agak besar ,khususnya dari segi pelaksanaan dan belanja,maka dinasihatkan supaya mendapatkan perkhimatan golongan profesional.

Langkah Awal
Antara tugasan utama di peringkat awal ini ialah menyenaraikan semua bentuk atau jenis kerja pengubahsuaian yang hendak dilakukan.Dalam keadaan ini,lebih baik mengutamakan pengubahsuaian yang membabitkan kerja struktur dahulu kerana sudah tentu bentuk pengubahsuaian seperti ini memerlukan belanja besar.Kemudian barulah diikuti kerja pemasangan bekalan elektrik seperti pendawaian,soket,suis dan jenis lampu yang hendak dipasang atau diganti.Aturan terakhir ialah senarai kemasan (lantai,dinding dan siling) yang akan melengkapkan proses pengubahsuaian anda.

Pelan/Lakaran Awal
Hasil senarai kerja pengubahsuaian tadi,jika anda berkemampuan atau dengan bantuan anak dan rakan, buat lakaran kasar bagi kerja yang hendak dilakukan di atas pelan asal rumah anda.Di pringkat ini,anda tidak perlu menggunakan khidmat arkitek kerana apa yang diperlukan hanyalah lakaran kasar sahaja.Yang penting ialah anggaran ukuran bagi ruang yang hendak diubah suai seperti bilik ( panjang x lebar x tinggi) dan lantai (panjang x lebar).

Mendapat Sebut Harga
Berbekalkan beberapa salinan senarai jenis kerja pengubahsuaian dan lakaran awal tadi, dapatkan kontraktor berpengalaman untuk memberikan sebut harga.Lebih baik jika mereka dijemput ke rumah supaya mendapat gambaran sebenar.Jumlah kontraktor yang dijemput tidak terhad,Cuma sebaiknya hendaklah lebih daripada satu dan sekurang-kurangnya tiga.Ini kerana bagi kerja pengubahsuaian, perbelanjaannya sukar ditentukan berbanding kerja pembinaan baru disebabkan proses atau corak pengubahsuaian itu mungkin membabitkan beberapa faktor tertentu seperti jumlah pengubahsuaian,bahaya yang perlu ditangung,gangguan kerja sama ada kepada penghuni atau disebabkan oleh penghuni sendiri,tahap ketukangan yang perlu dijaga,di samping persaingan mendapatkan khidmat kontraktor.

Keputusan Akhir
Selepas sebut harga diperolehi,dapatlah anda bayangkan belanja yang mungkin perlu dibiayai sekiranya ingin meneruskan kerja pengubahsuaian.Anda boleh membuat rumusan sama ada sumber kewangan mencukupi atau perlu kewangan anda mencukupi,bukan sahaja untuk membiayai kerja pengubahsuaian bahkan juga belanja ‘terlundung’ lain.
Panduan Tambahan
 Dapatkan nasihat tambahan daripada kenalan yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian dan mereka yang arif dalam bidang pemninaan bangunan,terutama mengenai belanja pembinaan.
 Berlagaklah seperti anda tahu mengenai soal bangunan dan harga terkini sewaktu berurusan atau berunding dengan kontraktor,meskipun anda sebenarnya agak ‘buta’mengenai perkara ini.
 Jangan tergesa-gesa atau terlampau percaya kepada kata-kata kontraktor,terutama mengenai kesukaran melaksanakan sesuatu kerja dan memerlukan perbelanjaraan yang besar.

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *