Membentuk Lanskap kediaman

landskap

Pada keluaran lalu, pembaca diperkenalkan kepada takrif dan pengertian lanskap.Kali ini,pembaca akan dibawa mendekati dan memahami kepelbagian lanskap di kediaman. Diharapkandengan rencana ini,pembaca akan cuba mendekatkan diri kepada persekitaran kediaman masing-masing dan mereka bentuk lanskap rumah sendiri.

Sebelum memulakan proses reka bentuk, elok terlebih dahulu kita dahulu kita melihat
jenis kediaman di Negara ini. Pengkelasan yang paling sesuai untuk membezakan kawasan
kediaman adalah berdasarkan jenis kediaman.Ukuran luas kawasan memainkan fungsi penting
di peringkat awal proses mereka bentuk lanskap.

Katgori kawasan kediaman boleh dibahagikan kepada :
1. Lot banglo
Biasanya ia mempunyai halaman yang luas dan pelbagai konsep reka bentuk lanskap
boleh diwujudkan.Perancangan teliti akan memaksimumkan penggunaan halaman bagi
tujuan lanskap.
2. Rumah berkembar
Ruang untuk kawasan lanskap agak terhad dan reka bentuk lanskap bertumpu hanya di
sebahagian kawasan rumah.Perancangan lanskap yang baik perlu bagi mewujudkan
keseimbangan dalam reka bentuk.
3. Teres
Ruang bagi lanskap sangat terhad.Reka bentuk yang mudah tetapi menarik perlu bagi
kediaman jenis ini.
4. Kondominium atau pangsapuri
Boleh dikatakan tiada ruang untuk lanskap tetapi penggunaan tanaman berpasu adalah
pilihan yang baik.Pemilihan tanaman memainkan fungsi penting kerana suasananya
berbeza berbanding lanskap di halaman.
5. Rumah tradisional /desa
Mempunyai banyak ruang untuk tujuan lanskap.Ia memerlukan perancangan teliti
supaya setiap ruang dapat dimanfaatkan,di samping mengekalkan imej desa yang
menarik.

Dalam menentukan reka bentuk lanskap yang sesuai untuk kediaman,cita rasa
dan kehendak pemilik perlu diutamakan.Pereka bentuk lanskap perlu menilai perkara ini
dan boleh memberi atau berkongsi ilham dengan pemilik kediaman.Kehadiran pereka
bentuk lanskap juga perlu kerana mereka boleh menzahirkan ilham ini di peringkat awal
menerusi lakaran,lukisan perspektif dan juga pelan lanskap.
Selain ilham pemilik kediaman dan pereka bentuk lanskap,tindakan mencontohi
atau disesuaikan daripada sumber lain juga boleh dijadikan asas kepada reka bentuk
lanskap yang diingini.Contohnya,pemilik kediaman mungkin pernah melawat sesuatu

Landskap yang menawan dan seri akan membawa banyak faedah kepada penghunidari segi mental saprti ,menenangkan fikiran .Ia  juga akan menaikkan harga rumah apabila membuat jual kelak

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *