PANDUAN MEMELIHARA IKAN DALAM AKUARIUM RUMAH

Selain daripada memelihara ikan dalam kolam yang dibincang dalam post “memelihara ikan dalam kolam”   di taman dan laman ,ikan juga boleh dipelihara dalam Akuarium  rumah

Kedudukan
Akuarium tidak boleh diletak atas lantai,sebaliknya hendaklah diletak tinggi di atas kaki
logam atau atas kabinet rendah.Akuarium juga boleh dletak dalam kabinet yang dibina khas untuknya.Bagi mengelak dinding akuarium ditumbuhi lumut dengan cepat,elak meletakkannya berhampiran tempat yang menerima pancatan terus matahari.Pastikan ia berada tidak jauh daripada punca elektrik keran peralatan seperti penapis dan batu udara memerlukan aliran elektrik yang rendah untuk menggerakkannya.

Ikan mudah mengalami tekanan,justera elak meletak akuarium di tempat yang bising
seperti ruang menonton dan ruang dapur,sebaliknya letak di ruang tamu dan bilik tidur.

 

Pemelihara baru
Bagi yang baru hendak mencuba memelihara ikan,berikut adalah peralatan yang perlu
disediakan – akuarium (pastikan kacanya tahan tekanan dan tidak bocor),penutup akuarium (bagi menghalang ikan melompat keluar dan kemasukan debu),lampu,penapis(pilih jenis yang dipasang di dasar,luar akuarium atau sisi akuarium bagi memastikan air sentiasa bersih daripada sisa makanan di samping menapis bahan klorin yang terhasil dan menambah kandungan oksigen dalam air), batu kerikil atau batu sungai sebagai tempat ikan berlindungan atau mencari makanan,alat pemanas air jika akuarium ditempatkan dalam ruang berhawa dingin), batu udara bagi mewujudkan gelembung udara kecil dalam air yang menggalakkan lebih banyak kandungan
oksigen,cecair atau peralatan merawat air berkloring,peralatan menguji kandungan alkali (PH) air,pengikis lumut,pokok hiasan segar atau tiruan yang bertindak meneutralkan kandungan ammonia dan nitrat yang dihasilkan oleh ikan,sauk kecil dan jangka suhu akuarium.

 

Penyediaan 

Bersihkan akuarium terlebih dahulu sebelum diisi air.Jangan guna sabun atau bahan
pencuci untuk memberdihkannya,memadai menggunakan air panas dan sedikit
garam.Basuh juga peralatan lain seperti penapis,batu kerilkil,batu udara dan pokok
hiasan.
 Selepas memasang alat penapis,pemanas air,batu udara dan jangka suhu,barulah
ditabur batu kerikil atau batu sungai.Pastikan batu kerikil tidak menghalang laluan air ke
bahagian penapis atau tersumbat di mana-mana lubang dalam akuarium.
 Letak piring di dasar akuarium terlebih dahulu,kemudian tuang air bagi mengelak
curahan mengganggu kedudukan batu kerikil.Seterusnya masukkan pokok hiasan dan
tunggu sehingga air dalam akuarium tenang,sebelum diuji kandungan alkalinya.
 Pasang semua peralatan dan pastikan suhu air tidak terlalu sejuk atau panas.Aakhirnya
barulah boleh dimasukkan ikan.

 

Membeli Ikan
Pergi ke kedai yang mempamerkan ikan dalam akuarium berair jernih.Pilih ikan yang
sihat,cergas dan tidak ada kecacatan seperti sirip terkoyak atau sisik tertanggal.
Jika harga ikan mahal,pastikan kedai itu member jaminan menggantikan ikan yang dibeli mati dalam 24 hingga 48 jam.Fikirkan ukuran akuarium atau baling yang menempatkan ikan.Jika terlalu sempit,boleh membantut tumbesaran ikan yang cepat membesar.Jangan letak terlalu banyak ikan dalam satu bekas kerana ia akan menyebabkan air dalam akuarium menjadi bertoksid.Bagi yang gemar mencampuradukkan spesies ikan,dapatkannasihat daripada jurujual
terlebih dahulu bagi mengelak ikan yang agresit daripada melukakan ikan kecil.

Ikan Emas
Untuk memelihara ikan emas,sebaik-baiknya guna akuarium besar dan jika masih
berkeras mahu menggunakan bekas kecil,jangan letak terlalu banyak ikan di dalamnya atau memenuhkan bekas denfdan air sebab ikan emas mengambil oksigen dari permukaan air.Jika air terlalu penuh boleh menyebabkan menyukarkan ikan mendapat oksigen.
Tidak perlu membeli air khusus memadai menggunakan air paip uang sudah dibiarkan
semalaman supaya kandungan klorinnya meresap ke udara.
Jika betul penjagaannya, ikan emas mampu hidup dalam akuarium sehingga 10 tahun
atau lebih.Ia makan apa sahaja keran sifatnya yang kuat makan, begitu pun makanannya hendaklah mengandungi kaborhidrat yang tinggi.Jangan member terlalu banyak makanan kerana ini mempercepatkan pencemaran air akuarium.Sebaiknya tempatkan satu spesies ikan sahaja dalam satu bekas kerana berlainanikan emas memerlukan suhu air yang berbeza.

Menukar Air
Air akuarium perlu ditukar setiap minggu bergantung kepada jumlah ikan yang
dipelihara dan ukuran akuarium.Sebaik-baiknya peruntukkan satu bekas khusus.Berapa banyak air yang perlu dibuang sebenarnya?Sebaik-baiknya buang 30 peratus daripada air dalam akuarium.Jika dinding akuarium dipenuhi dengan lumut,guna berus lumut atau kad kredit lama untuk membersihkannya.Jangan sesekali guna sabun kerana sabun adalah racun kepada ikan.Sewaktu membersihkan akuarium, tanggalkan racun apa juga peralatan yang menggunakan aliran elektrik,kemudian perlahan-lahan tambah air baru.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *