Panduan Memelihara Ikan Dalam Kolam

panduan memelihara ikan

Ketegangan
Meredakan juga adalah antara haiwan peliharaan yang paling digemari.Bezanya,ikan dipeliharadi dalam kolam,baling atau akuarium dan bukan untuk dibelai atau menjadi teman bergurau.Ia se kadar untuk dinikmati keindahan rupa dan kelincahan gelagatnya yang menghiburkan.Memelihara ikan dikatakan dapat mereda ketegangan dan merendahkan tekanan darah.Penggemar ikan boleh duduk berjam-jam memerhati aksi hidupan itu di dalam air.

 

PANDUAN MEMELIHARA IKAN DALAM KOLAM

Sama ada besar atau kecil, kolam ikan mewujudkan suasana santai dan riang di taman.Tidak sukar untuk memiliki kolam sebegini asal sahaja anda mendapat maklumat betul dan membuat perancangan untuk membinanya.
Memahami habitat, persekitaran ikan dan tumbuhan juga penting,malah asas kepada
penjagaan kolam ikan.
Ikan dan tumbuhan hidup dalam persekitaran tertutup,justeru mutu air yang bersih
diperlukan untuk tumbesaran kedua-dua hidupan itu.Mutu air dikatakan kunci kepada
penjagaan kolam yang bersih.

Kebersihan Air
Mengekalkan kebersihan air kolam memerlukan sedikit kerja dan pemahaman
mengenai asas yang membabitkan penjagaan mutu air. Kebersihan air perlu dijaga bagi
memastikan ikan hidup segar.Biasanya air kolam yang semakin kering kerana proses
pemeluwapan digantikan dengan air paip dan air ini dicampur bahan klorin bagi mengurangkan kandungan bacteria.

Bagaimanapun klorin sangat bertoksid kepada hidupan air dan mesti dibuang sebelum
merosakkan hidupan.Anda boleh menggunakan pembersih air paip atau mengguna bahan nyah klorin yang boleh didapati di kedai akautik dan pusat taman.Ia penting dilakukan kerana kegagalan membuang kloring menyebabkan tekanan kepada ikan dan mungkin boleh membunuhnya.Kandungan klorin menjejaskan insang dan lapisan mukus pada badan yang melindungi ikan daripada penyakit.

Memahami Sifat Air
Kandungan air kolam tidak pernah tulen seratus peratus kerana ia bercampur dengan
galian garam dan sebatian yang menawarkan ruang persekitaran baik untuk ikan dan
tumbuhan.Bagi memastikan kandungan air kolam bermutu,anda perlu mengambil kira kitaran kandungan nitrogen yang mengandungi bahan ammonia,nitrit dan nitrat serta kandungan asid dan alkali dalam kolam.

Pastikan anda menguji kandungan air kolam setiap minggu.Untuk mengenal pasti
perubahan yang berlaku dalam air kolam dan mengesan masalah dalam system
penapisan.Jangan lupa juga sentiasa buat ujian untuk kandungan alkali dan asidnya
menggunakan kertas Ph. Kandungan alkali dalam kolam ada kalanya terlalu tinggi akibat bahan kapur dalam simen yang pecah dan jatuh ke dalam kolam.Oleh itu,bersihkan kolam yang baru dibina terlebih dahulu sebelum diguna.Jika kolam daripada konkrit,sapu cat bermutu tinggi yang kalis air dan dapat mengawal kandungan toksid batu kapur daripada mencemari air kolam.

Ada masanya hujan turun lebat sehingga air yang berlebihan di tanah melimpah dan
memasuki kolam.Air hujan juga mengandungi bahan asid yang mamou merendahkan
kandungan alkali dalam kolam menyebabkan kematian ikan.Bagi mengatasi masalah ini,anda perlu membuang sekurang-kurangnya 20 peratus dan menambah air baru.

Kekerapan mengurus kolam,termasuk membuang daun mati dan menyedut keluar
bahan yang terkumpul di dasarnya akan memastikan kestabilan kandungan pH air dalam kolam.Jika anda dapati ikan kerap menyedut udara atau tercungap-cungap di permukaan air,ini menunjukkan kolam kurang kandungan oksigen.Ia disebabkan oleh banyak perkara,antaranya pergerakan air yang tiba-tiba terhenti cuaca terlalu lembap,terlalu banyak ikan dalam kolam,memberi makanan berlebihan,memilih tumbuhan air yang menggungakan oksigen pada waktu malam dan terlalu banyak tumbuhan menutupi permukaan kolam.

Penapis Air
Dua tugas penting penapis ialah membuang semua bahan buangan dan pejal yang tidak diperlukan serta menyediakan tempat untuk bacteria berguna yang dapat memecahkan kandungan ammonia dan menukarkannya kepada bahan nitrat yang berguna kepada ikan.Terdapat pelbagai penapis di pasaran,antaranya diperbuat daripada span berbusa,tikar,berus,batu kerikil,batu akua,karbon,filtroc,butiran tanah liat dan gegelung plastic.

Tumbuhan Air
Tumbuhan air penting bagi memastikam mutu kolam.Ia boleh dibahagikan kepada
dua,iaitu tumbuhan yang terapung di permukaan dan tumbuhan yang ditempatkan di dasar kolam.Tumbuhan yang terapung periu dibuang selalu bagi memastikan ia tidak menutupi sebahagian besar permukaan air.Tumbuhan di dasar pula hendaklah ditanam dalam bekas,sebelum diletakkan didalam air bagi mengelak kandungan bahan organik dan pasir mengubah warna air kolam.Ia juga memudahkan kerja menukar pokok uang dijangkiti penyakit atau rosak akibat perubahan kandungan pH air.Jangan sesekali menyembur racun serangga untuk mematikan atau menghalau serangga yang memakan/merosakkan daun tumbuhan.Kerana racun serangga adalah toksid kepada ikan dan boleh menyebabkan ia mati.

Menempatkan Ikan
Pelbagaikan spesies ikan boleh dipelihara tetapi jangan terlalu banyak.Jangan terus
lepaskan ikan ke dalam kolam selepas dibeli,sebaik-baiknya hanyutkan bekas plastic yang mengandungi ikan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum hidupan itu dilepaskan,bertujuan menyesuaikan ikan dengan suhu air kolam dan mengurangkan tekanan kepadanya.Kekalkan dahulu jumlah ikan yang ada selama sebulan sebelum menambah ikan baru.Kerap uji kandungan pH dalam kolam.Jika mendapati ikan berkelakaun ganjil seperti terapung,mencungap atau luka,segera asingkannya dalam bekas atau akuarium.Selepas sebulan,jika ingin menempatkan ikan baru,masukkannya dalam bekas menggunakan air kolam selama kira-kira sebulan.Jika ikan baru serasi dengan air kolam barulah dipindahkan ke dalam kolam.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *