HIASAN RUANG TAMU

home decor

HIASAN RUANG TAMU ATAU ” HOME DECOR FOR LIVING ROOM “

 

Bukab semua  orang  bertuah memiliki ruang tamu yang  lapang.  Ini bukan bermakna ruang sedemikian senang  untuk dilengkapi dan didecor . Bahkan kebanyakan pemilik rumah seringkali menghadapi ketandusan ilham berkaitan memilih dan menyusun atur perabot. Ketiadaan dinding pengadang menyebabkan ada yang cenderung menempatkan semua perabot rapat ke dinding sekali gus meninggalkan ruang kosong yang hambar di tengah-tengah.Di sini petua ” home decor ” harap dapat memberi ilham untuk memanfaatkan anda.

 

Ciri Ciri Hiasan Ruang Tamu

  1. Ruang tamu yang lapang lumrahnya berkonsep terbuka, iaitu dibina bersekali ruang makan. Justeru itu, anda hendaklah mengambil kira fungsi kedua-dua ruang terbabit ketika ini, anda perlu menyediakan perabot khusus untuk ruang tamu dan ruang makan. Jika ada lebihan ruang, maka boleh diwujudkan sudut menonton atau membaca. Ini bermakna anda perlu membahagikan keseluruhan kawasan kepada beberapa sudut atau ruang kecil. Perabot yang sesuai hendaklah diletakkan selaras dengan fungsi ruang berkenaan.

 

  1. Sudut merai tetamu atau berbincang misalnya, sesuai diwujudkan di kawasan yang jauh sedikit daripada kawasan lalu-lalang. Perabot yang sesuai diguna adalah set sofa fabrik atau kulit sepenuhnya ataupun menggandingkan set kerusi jenis uphotsteri dengan sofa. Kawasan behampiran ruang dapur sewajarnya diletakkan set meja makan yang searsi sengan perabot di ruang tamu. Ruang lebihan yang dijadikan tempat menonton pula boleh diletakkan sofa dua atau tiga tempat duduk.

 

  1. Bagi yang gemarkan gaya seragam,pilih perabot yang mempunyai pertalian warna atau bentuk. Bagaimanapun, jika ingin mewujudkan suasana tersendiri untuk setiap ruang duduk, gunalah perabot yang berlainan.

 

  1. Ruang tamu rasmi perlu ditata hias dengan gaya yang tidak keterlaluan supaya sesuai dengan fungsinya. Begitu juga dengan ruang menonton yang berfungsi sebagai tempat bersantai, pastikan penampilannya memenuhi ciri sedemikian.

 

  1. Sudut berhampiran pintu kaca sorong sesuai menempatkan sebuah kerusi dua tempat duduk dan dua kerusi beralas tangan. Sudut menonton pula sebaik-baiknya ditempatkan kabinet televisyen dan sofa panjang yang digandingkan dengan kerusi ottoman.

 

  1. Penambahan kerusi tab reka bentuk Inggeris atau antic jenis ringan diselitkan di ruang yang kosong. Kerusi ini boleh ditarik ke kawasan ruang tamu jika bilangan tetamu yang dating agak ramai.

 

  1. Satu lagi cara ialah dengan mengubah suai lantai menjadi aras selisih. Langkah ini dapat mewujudkan suasana tersendiri di ruang terbabit. Namun, cara ini menelan sedikit perbelanjaan kerana membabitkan kerja memecah dan membina semula. Kaedah yang sama boleh dibuat pada siling. Gaya siling tinggi-rendah dapat membantu mewujudkan pembahagian ruang.

 

  1. Mengecat dinding dengan warna gelap boleh membuatkan suasana rusng yang luas nampak lebih kecil daripada bukaan sebenar. Selain itu, anda boleh menampilkan penggunaan banyak warna dalam satu ruang dan hasilnya menjadikan ruang kelihatan lebih sempit. Malah, penggunaan kertas dinding berlainan corak juga boleh diamalkan untuk tujuan yang sama.

 

  1. Jika semua perabot disusun di tepi dinding akan menampakkan suasana rumah seperti tidak cukup perabot. Untuk itu, pilih penggunaan perabot berukuran besar dan padu serta diletakkan di tengah-tengah ruang tanpa membahagikan ruang berkenaan kepada beberapa ruang kecil yang lain. Bagi memenuhkan ruang yang masih kosong, anda boleh menempatkan pokok pasuan, meja peti dan lampu lantai. Pembinaan laluan bergerbang juga adalah cara berkesan untuk mengecilkan ruang.

 

FAKTA PENTING MENGENAI HIASAN UNTUK RUANG TAMU ATAU ” HOME DECOR  FOR LIVING ROOM “

  1. Ruang tamu adalah tempat untuk menerima kunjungan tetamu dan lazimnya berkedudukan di tempat terbuka di dalam rumah.

 

  1. Buku Interior Decorating terbitan Ortho Books mengibaratkan ruang tamu sebagai ruang pameran atau tempat untuk ditayang kepada umum.

 

  1. Bukaan rumah yang terhad menyebabkan ruang tamu sering diguna untuk memenuhi pelbagai fungsi , daripada tempat untuk melayan tetamu sehinggalah kepada tempat untuk melakukan kegiatan seperti menjahit, menonton televisyen dan membuat pelbagai kerja lain.

 

  1. Walau apapun gaya yang hendak diterapkan, keselesaan perlu diberi keutamaan, selain berpenampilan mesra. Bak daripada membentuknya seperti ruang pameran yang tidak bersifat mengundang, melainkan anda mempunyai dua ruang tamu.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *