Panduan Menghias Ruang Tamu

panduan menghias ruang tamu

 Panduan Menghias Ruang Tamu

  1. Warna – Pemilihan warna memainkan fungsi penting. Guna tona cerah dan neutral pada dinding supaya memberi lebih kebebasan untuk memilih atau menukar jenis perabot tanpa perlu menggantikan warna didnding. Jika perabot berwarna neutral, selitkan warna yang lebih menyerlah menerusi unsur hiasan untuk mewujudkan ciri-ciri merai dan ceria.

 

  1. Kemasan lantai – Mampu berfungsi sebagai unsur yang dapat memberi watak kepada ruang tamu. Penggunaan lantai berkemasan kayu barnis misalnya, berupaya menjadikan ruang lebih menarik. Begitu juga permaidani dinding ke dinding yang kemudiannya ditambahkan hamparan berpulau di atasnya. Hamparan juga boleh diguna bagi membezakan ruang duduk, jika membahagikan ruang tamu itu kepada beberapa sudut atau kawasan.

 

  1. Kedudukan perabot

    – Pastikan disusun dalam keadaan teratur, terutama jika ruang tamu luas. Dalam kes ini, adalah lebih baik membahagikan lantai kepada dua atau tiga ruang duduk. Ini supaya memberi lebih keselesaan untuk merai tetamu yang dating dalam kumpulan kecil. Walaupun ramai, tetamu akan berasa selesa duduk secara berkumpulan. Anda juga boleh menyusun perabot terpilih dalam keadaan tertentu supaya dapat membentuk satu titik tumpuan.

 

  1. Hiasan dinding – Jika berhasrat menggantungkan gambar berbingkai atau fabric, pilih dinding yang menghadap tempat duduk. Ini membolehkan orang ramai menghayatinya dari tempat duduk masing-masing. Elak menggantung cermin di tempat tetamu boleh nampak biasan wajah mereka pada setiap waktu kerana bimbang ini akan membuatkan mereka kurang selesa.

 

  1. Pencahayaan – Kemasukan cahaya semulajadi adalah baik untuk ruang tamu. Dalam pada itu, penggunaan lampu lama dan lampu meja juga sesuai untuk membangkitkan suasana romatik dan hangat.

 

  1. Sempadan – Sekiranya ruang tamu bersifat terbuka dan anda ingin mewujudkan suasana lebih privacy, maka bolehlah diletakkan pengadang untuk memisahkannya daripada ruang yang lebih berdekatan seperti ruang menonton atau ruang makan.

 

MENATA RUANG TAMU TERHAD

Tidak banyak yang boleh dibuat untuk menhias ruang tamu berkeluasan terhad. Begitu pun, anda tetap mempunyai pilihan untuk menggayakannya.

 

  1. Pilih perabot sepadan ruang tamu. Tidak perlu gunaperabot mengikut bilangan set sebaliknya pilih sama ada untuk memnggunakan salah satu kerusi daripada set 3+2+1. Pilih kerusi dua atau tiga tempat duduk yang boleh digayakan dengan dua lagi kerusi berukuran kecil, sama ada jenis satu tempat duduk daripada set yang sama atau menggandingkannya dengan kerusi sampingan lain. Penggunaan perabot berfungsi juga adalah pilihan baik, begitu juga dengan perabot bentuk L.

 

  1. Ruang tamu berkeadaan tersendiri lebih mudah untuk ditata hias. Anda hanya perlu mengisikannya dengan kerusi, meja kopi dan perhiasan di sudut. Penampilan yang ringkas sudah cukup. Jika perlu pun, hanya tambah unsur perhiasan dinding yang sesuai dengan bukaan dan ukuran dinding.

 

  1. Jika ruang tamu berkongsi dengan ruang makan, penggunaan jenis dan bilangan perabot perlu disesuaikan dengan ukuran ruang. Elak menggunakan perabot tidak perlu seperti almari perhiasan, melainkan almari itu tidak kegunaan khusus seperti menyimpan buku atau menyorokkan peralatan tertentu.

 

  1. Bagi ruang tamu yang berkongsi dengan tempat menonton, susun kerusi menghadap cabinet televisyen manakala meja kopi sebaik-baiknya diletak di tengah-tengah. Pastikan perhiasan digantung di dinding supaya tidak nampak hambar.

 

  1. Berwaspada  pilih tempat  mempamerkan perhiasan . Jikalau meletakkannya di ruang berdekatan tempat orang berlalu , kemungkinan boleh mengganggu kelancaran pergerakan kerana terpaksa berhati-hati supaya tidak melanggar perhiasan terbabit, apa lagi jika jenis kurang stabil atau mudah pecah. Oleh itu, seelok-eloknya menempatkannya di tepi dinding.

 

  1. Jika tinggal di pangsapuri, penggunaan sofa katil adalah idea yang menarik, berbanding menggunakan sofa biasa sebagai langkah menjimatkan ruang.

 

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *