Rekaan Dalaman BILIK BAYI

bilik tidur bayi

BILIK tidur adalah ruang pertama dan utama bagi penjagaan bayi.Susun atur dalamannya bukan sahaja perlu mewujudkan suasana tenang, riang dan menyenangkan,malah ia mestilah memenuhi fungsi penjagaan bayi serta member keselesaan.
Kemudahan utama yang mesti disediakan dalam penjagaan bayi adalah :
1. Tempat member susu kepada bayi.
2. Tempat menyalin lampin.
3. Tempat mandi
4. Tempat tidur
5. Ruang penyimpanan pakaian,lampin dan barangan bayi yang lain.
6. Tempat penyediaan susu bayi

 

1. Tempat Memberi Susu
Lebih senang member susu jika ibu dapat duduk dengan selesa.Kerusi beralas tangan (armchair) paling sesuai.Kusyen boleh digunakan untuk menumpang siku dan tangan sewaktu member susu kepada bayi.
Sediakan sebuah meja sisi bersebelahan kerusi ini,untuk meletak botol susu,tisu dan keperluan lain yang berkaitan.

 

2. Tempat Menyalin Lampin
Tempat menyalin lampin mestilah sesuai dengan paras ketinggian pengguna apabila berdiri sewaktu menukar lampin.Paras meja yang sesuai ialah berukuran 70 hingga 80 sentimeter.
Sediakan tempat menyimpan lampin,kapas,bekas air dan sebagainya bersebelahan meja ini.Tempat ini juga penting sewaktu menyiapkan bayi selepas mandi.

 

3. Tempat Mandi
Sebolehnya tempat mandi biarlah berdekatan tempat menyalin lampin untuk memudahkan tugas tanpa perlu berjalan jauh.Untuk ini, bilik mandi berhampiran bilik tidur mandi dan besen lain yang diperlukan supaya mudah dikeringkan.

 

4. Tempat Tidur
Katil bayi (baby cot)hendaklah diletakkan di tempat yang ada pengudaraan nyaman.Suhu udara perlu selesa,tetapi jangan letak secara terus di bawah kipas.Pencahayaan secukupnya juga perlu
diberikan,tetapi jangan sampai menyilau mata bayi apabila dia berada di katil.Lampu siling atau tergantung mestilah tidak menghasilkan pencahayaan terus ke katil bayi.Lampu meja yang tidak menyilaukan boleh diguna untuk member pencahayaan,di samping boleh digunakan sebagai lampu tidur.
Apabila menggantung ‘ mobile ‘ dari atas katil,pastikan ia digantung dari kaki katil ataupun dari tepi katil dan bukan secara menegak dan langsung atas kepala bayi kerana bayi perlu menengok ‘mobile ‘ dari sudut.
Pemilihan hiasan katil seperti cadar dan sarung bantal terpulang kepada citarasa masing-masing.Bagaimanapun,mutu fabrik yang diguna hendaklah lembut dan selesa serta menghasilkan adunan warna bersesuaian.Pendek kata,sedap mata memandang.

 

5. Ruang Penyimpanan
Tempat menyimpan pakaian, lampin dan barangan lain bayi hendaklah diletak di tempat yang senang diambil dan di paras ketinggian yang mudah dicapai.

 

6. Tempat Penyediaan Susu
Sekiranya penyediaan susu bayi dilakukan di dalam bilik sama,sediakan meja yang tingginya selesa kepada pengguna.Namun,pastikan ia cukup besar bagi meletakkan alat pembersihan botol susu,tin susu,termos air,bekas air masak dan keperluan lain.Sekiranya menggunakan alat pembersihan jenis elektrik,pastikan ia dekat dengan soket elektrik.

 

Apa pun,pastikan ruang bilik tidur bayi,bersih dan bebas habuk.Kipas angin yang digunakan hendaklah sentiasa bersih,begitu juga tingkap dan langsir.Pengudaraan mestilah secukupnya,tetapi jangan terlalu berangin dan sejuk.Suasana tenang dan nyaman bagaimanapun boleh diperbaiki menerusi penggunaan gabungan warna yang bersesuaian.Pencahayaan tidak bersilau menambahkan lagi keselesaan.
Penggunaan fabrik yang mempunyai tekstur dan warna bersesuaian serta mudah dibersihkan, menambahkanlagi seri bilik.Selain itu,lantai bilik biarlah senang dicuci dan jika dilengkapi kemasan permaidani,ia hendaklah selalu dibersihkan dengan mesin hampagas bagi menghilangkan habuk.Penggunaan ambal yang menarik juga boleh menambahkan estetika ruang dan memperbaiki suasana dalam bilik.
Manakala ruang bilik tidur hendaklah sentiasa bersih,cirri estetika dan suasananya juga biarlah menyenangkan tanpa kelihatan gersang dan muram.Bilik tidur bayi periu tenteram, nyaman,riang dan istimewa.

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *