WARNA & SI KECIL

warna & Si kecil

Anak-anak lebih banyak menghabiskan masa mereka di dalam bilik tidur berbanding ruang tamu dan ruang makan. Oleh itu, dalam memberikan gaya di kamar tidur, perkara pertama yang harus dititikberatkan adalah pemilihan warna untuk menjadi latar dinding kamar tidur si anak. Berikut adalah pantuan and petua warna & si kecil

MERAH

Dinamik, bersemangat, merangsang, aktif, kuat, hangat, agresif.

Tetapi bila terlalu banyak warna ini dapat menimbulkan kemarahan, tekanan, ketidaksabaran, ugutan, dendam dan suasana kelam kabut. Sebaiknya, jangan digunakan untuk bilik bayi (di bawah usia setahun).

KUNING

Warna yang susah ditangkap mata, ceria, hangat dan bertenaga.

Bagaimanapun warna ini kurang sesuai untuk bilik tidur anak kerana terlalu terang akan menyebabkan silau dan sukar untuk beristirehat.

BIRU

Warna yang paling nyaman untuk mata, menenangkan, aman, menerima, sabar.

Terlalu banyak warna biru dipercayai dapat menyebabkan rasa dingin dan membuatkan anak jadi pasif. Jika ingin menggunakan warna biru, pilih yang warnanya tidak terlalu pucat sehingga tidak terasa kesan ‘dinginnya’.

HIJAU

Rileks, sepi, semula jadi, menenangkan dan kelihatan pemalu.

Jika terlalu banyak hijau, ia akan menjadikan anak seorang yang malas. Bagi mengurangkan kesan negatifnya, hijau perlu digabungkan dengan merah atau oren.

OREN

Percaya diri, ramah, penuh keceriaan.

Pemilihan warna oren di bilik tidur membuatkan anak selalu terjaga, sebaiknya ia harus dikombinasikan dengan warna lain. Jika terlalu banyak oren, boleh menjadikan ruangan terlalu gelap sehingga memerlukan banyak cahaya perlu masuk.

UNGU

Boleh meningkatkan imaginasi anak dan kreativiti.

Terlalu banyak terdedah pada warna ungu juga boleh membuat mood anak terganggu dan menyebabkan anak terlalu ingin berkuasa.

LILAC

Menyentuh spiritual.

Jangan gunakan rona lilac di bilik tidur anak lelaki kerana boleh membangkitkan sifat feminin. Untuk mengelakkan rasa hambar, padukan ia dengan warna hitam atau perak.

 

WARNA & FENGSHUI

Warna memainkan peranan penting kepada manusia sama ada secara fizikal atau mental. Disebabkan itu, warna mempunyai posisi yang sangat mustahak dalam Feng Shui. Dalam dunia dekorasi, pemilihan warna di zon tertentu dalam kediaman juga mempengaruhi Feng Shui tertentu. Lihat lima jenis elemen Feng Shui ini.

1) ELEMEN METAL

Elemen metal seperti warna putih, perak dan kelabu menjadi simbol kepada kepimpinan, rasa hormat dan berani. Ia melambangkan kualiti keaslian, semangat, keberanian, kecekapan dan jelas. Bentuk yang sinonim dengan elemen metal ialah bulat. Sesuai diaplikasikan di bahagian tengah, barat, utara dan selatan kediaman.

2) ELEMEN AIR

Elemen air mewakili warna biru dan hitam. Ia menjadi simbol kelimpahan dan kekuatan berhadapan dengan cabaran. Air merupakan elemen yang sangat penting dalam Feng Shui. Ia melambangkan ketenangan, kesegaran, kepintaran, kelembutan, fleksibiliti dan multi talent. Objek berbentuk curvy sangat sinonim dengan elemen air. Sesuai ditempatkan di bahagian Timur, Selatan, Barat dan Utara dalam kediaman.

3) ELEMEN KAYU

Elemen kayu merupakan idea inovasi dalam dalam bidang pekerjaan. Ia melambangkan tenaga, kesihatan dan perkembangan. Bentuk yang sinonim ialah kolum panjang atau tiang. Sesuai digunakan di bahagian selatan, timur, selatan utara dalam kediaman.

4) ELEMEN BUMI

Elemen bumi merangkumi maksud kestabilan, kekayaan, perhubungan harmoni dan perkembangan kerjaya serta perniagaan. Bentuk yang sinonim dengan elemen bumi ialah segi empat tepat dan segi empat sama. Sesuai digunkan di bahagian tengah, selatan, barat dan timur laut dalam kediaman.

5) ELEMEN API

Elemen api melambangkan pengaruh, kuasa, dominan, agresif, kreativiti, semangat dan kesopanan. Antara bentuk yang sinonim dengan elemen api ialah kon, piramid, tajam, spike dan sebagainya. Sesuai diaplikasikan di bahagian timur, tenggara dan selatan dalam kediaman.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *